Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120512

DIY Hantaran Pertunangan


Tiada yang membahagiakan si gadis apabila disunting kekasih tersayang. Syukur perkenalan yang sesingkat ini  mengikat janji kita untuk ke gerbang perkahwinan insyallah semoga tuhan mempermudahkan hasrat kita.

Kekasih,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
 sedarkanlah aku dengan amarah-amarah Allah.
Jikaku bersedih tanpa kata,  
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...
Jikaku lemah tak berdaya, 
ingatkan aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, 
ajaklah aku meleraikan segera...

Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah...
dan
Jika esok ku lena tanpa jaga, 
iringilah lenaku dengan kalungan doa...

Berjanjilah kekasih,
ukhuwah kita untuk selamanya...





Semua epal merah.. tak payah rebut-rebut.. :=





DIY coklat yang sangat senang.. beli coklat kat kedai.. complete..coklat, bekas acuan dan beli badan sikit.. Goreng sikit badan. cairkan jer coklat guna kaedah double boil, tuang je ke acuan. Bila dan sejuk masuk peti ais.. keluakan susun dalam bekas.. 


Bekas tu curi bekas ferrero-rocher  yang orang dah buang kat ofis masa bukak hamper raya Cina.. ;)



Sirih junjung untuk letak cincin, hasil kerja kakak ipar. Nasib baik kat kampung ada lagi pokok sireh..Kita orang main cucuk-cucuk aja..guna jarum peniti. 




Cincin suasa buat tunang tercinta. letak atas sireh junjung.





Semua ni hasil kerja sendiri yang serba sederhana. Beli reben dan bunga sahaja..tampal-tampal..ikat-ikat... Tak cantik tak apa...puas hati bila dapat buat sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...