Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120723

Cincin Emas Lembik?


Cincin tunang saya sudah lembik. 

Hasrat hati cincin tunang yang disarungkan sebagai tanda pertunangan kami, tidak akan saya tanggalkan sampai bila-bila... kerana pakai sebagai cincin basahan, cincin saya sudah lembik. Dah tak nampak kelopak bunga..hu..hu...

Kesian saya...

Kalau saya tahu betapa lembiknya emas 916 saya ambil cincin belah rotan jer...Cincin emas 916 memang tidak berapa sesuai diikat dengan permata. Kononnya nak cincin emas yang betul-betul tulen....nasib tak beli emas 999. 

'Tak apa lah, nanti lepas kahwin abang ganti cincin lain.'
'Nanti abang pergi lombong emas, melombong emas untuk sayang.'
'Sabar yer'

Hu..hu..

Teringat kursus kahwin yang saya hadiri baru-baru ini...
'Duit hantaran itu duit kamu. (perempuan) seeloknya kamu beli emas... kalau terdesak kamu nak pinjamkan kat suami kamu, jangan bagi duit..nanti habis. Kamu bagi emas, boleh gadai kat bank'.

Semalam berjalan-jalan kat shopping complex sempat lagi berborak dengan salesman Poh Kong... belajar tentang gold investment.. menarik jugak. 





Semenjak nak kahwin ni..saya dah jadi macam mami jarum... 

Tunang saya dapat info entah dari mana, harga emas akan turun hari jumaat.. Kebetulan waktu kami cari gelang emas untuk perkahwinan kami pada hari rabu harga nya tinggi..dan bila kami beli  hari sabtu emas dah turun sikit...



10 ulasan:

  1. emas pon blh lembik ke?hee.tak tau pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi tulen emas lagi lembik...macam jongkong emas 999. Hanya boleh buat bentuk jongkong jer..barang kemas tu dah dicampur sikit, bagi keras

      Padam
  2. owh yeke?sbb tu kedai emas xikat batu pakai emas 916.nasib baik ana mmg xbeli emas 916 yg ada batu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm jarang dapat cincin emas 916 yang ada batu...tu yang gatal nak...rupanya tak boleh buat lasak..

      Padam
  3. oooo.. baru tau cite sebenar.. memang emas 916 tak sesuai ikat batu/permata.. sebab dia lembut.. biasa yang ikat permata ni emas 750..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sara pun baru faham... sebelum ni dengar2..tp tak ambil pusing..

      Padam
  4. my ibu cakap pon mcm tu, 916 memang tak sesuai ikat dgn diamond.. lagi2 american diamond.. sebabnya cik bie tak mik pot.. ikot je la kan. haha.. bila sara bgtau baru ngerti dikit :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. sebelum ni ingat sama jer semua.. sekarang baru nak ambil tahu..

      Padam
  5. owh thanks yer for information nie.kebetulan cincin tunang saya pun ada permata.cuma cincin risik jek belah rotan.so lepas ni cincin tunang kena simpan elok2 and cincin risik jelah jadi basahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cincin permata dari emas 750, tak ada masalah kot nak buat basahan.. keras compare nga emas 916. Jarang dapat emas 916 buat cincin permata.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...