Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120718

Nikah di Kelantan

Tertarik dengan cerita anakpakshaikh pasal borang kahwin...di Kelantan saya kira sedikit berlainan procedure nya. 





Borang nikah atau nama betulnya, PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN.

Saya kira, procedure di Kelantan lebih mudah,. Borang ini hanya perlu dapatkan daripada imam kampung, tidak perlu ke pejabat agama semuanya akan diurus melalaui imam kampung. Jadi jangan nak menyombong dengan imam. Jangan macam saya..'tak pernah nampak pun...' hi..hi..'saya dah lama tak duduk kampung, saya kerja kat bandar.'

Masa mula-mula dapat macam konfius sekejap kena tulis jawi ke? Ada 3 jenis tulisan kat borang.

Oleh kerana saya dan pasangan saya berasal dari negeri yang sama, kami cuma perlu mendapatkan borang ini daripada imam kampung masing-masing. Bagi pihak lelaki, dia perlu mendapatkan kebenaran/pengesahan daripada imam kampungnya dan diserahkan kepada imam sebelah pihak perempuan. Tempohnya, selewat-lewat tujuh hari daripada tarikh kahwin. Tidak perlu ke pejabat agama, mendapatkan kebenaran Kadi kecuali jika pasangan daripada negeri lain atau perkahwinan ingin diadakan kurang daripada tiga hari.

Bersama borang ini jangan lupa sertakan sijil kursus kahwin, salinan kad pengenalan pasangan, salinan kad pengenalan wali, HIV test dan gambar. Gambar pihak lelaki kena bersongkok atau berkopiah tau..Imam dah siap pesan awal-awal. Gambar perempuan sudah tentulah bertudung.






Kenapa tiba-tiba rasa takut nak isi...


15 ulasan:

  1. kat tpt sy pun blh amik trs dr imam kg.tp klu rjn nk ke pej agama pun blh.hee

    BalasPadam
  2. lain negeri lain prosedur nya kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... kat kelantan imam siap pesang ambil gmbar pakai songkok tau..

      Padam
  3. wow...laki kene bersongkok dlm gmbr?pelik btl....;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kira tu bukan procedure mungkin lebih manis :)

      Padam
  4. waaa.. tak amik lagi borang kawin..

    BalasPadam
  5. borang ni org pmpn ke laki kene isi?laki ade kene sain pape x kt borang ni?klu laki org k.l

    BalasPadam
  6. borang ni org pmpn ke laki kene isi?laki ade kene sain pape x kt borang ni?klu laki org k.l

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg sara tau.. borang ni kita ambil dgn imam tempat masing2. perempuan ambil kat imam dia..lelaki ambil kat tempat dia.. dan 2 borang yg lengkp diserahkan kat imam tempat perempuan & bg tarikh nk kahwin.
      so kalau dr kl,kena dapatkan pengesahan dr pejabt agama kl br hantr kat tempat perempuan. Kalau nk clear jumpa imam kat kg perempuan dulu..dia akan bg tau semua apa yg dia nak...lain cikit procedure kahwin lain2 negeri2 ni...

      Padam
  7. Tempohnya, selewat-lewat tujuh hari daripada tarikh kahwin. Tidak perlu ke pejabat agama, mendapatkan kebenaran Kadi kecuali jika pasangan daripada negeri lain" atau perkahwinan ingin diadakan kurang daripada tiga hari."- soalan sy,kalau sy dah siapakn semua yg perlu tu dan sy nak nikah dlm msa kurang dr 3 hari boleh la eh??? cuma kena dapatkan kebenaran kadi je la???

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah nya bukan mudah nak dapat kebenaran Kadi. Itu dah melibatkan pejabat agama dah tentulah ada lg procedur yg kena follow.

      kalau biasa, dengan imam kg je..semua serah kat dia tolong uruskan..

      harap dapat bantu. kalau ada yg tak jelas, better tnya imam kat kg bakal isteri..itu lebih baik.

      Padam
    2. so maksudnyer kalau pihak lelaki dari negeri yang lain, kena refer terus pada pejabat agama lar ea, tak boleh kew terus pada imam kampung jep...

      Padam
  8. Hiv test bleh buat kt mna2 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut boleh buat kat mna2.. tp bgtahu nak nikah kat negeri mna kot ada doc yg kena attach sb masa khursus tu diaorg ckp kalau hiv + diaorang tak akan bg result test..dia org akan pass direct to pejabat agama.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...