Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120729

Tsunami Air dan Angin


Sebelum menetapkan tarikh kahwin, tunang ada berjumpa dengan PakTua ni. PakTua ni orang tua kampung tunang sebab tu la saya namakan PakTua. Kononnya pandai tengok orang. Banyak pantang larang, PakTua... kenduri kena buat bila, tarikh ni elok, tarikh ni tak elok...macam-macam. Tak apa lah, mana yang baik kita ikut.

PakTua tu bagi pesan kat tunang, 
'Dia lebih panas dari awak..
Awak kena banyak bersabar dengan dia.'

Amboi, belum pernah jumpa sudah tahu perangai kita macam mana. Hebat jugak, main congak-congak nama kita dengan nama dia sudah tahu kita serasi ke tidak...

Saya tanya dia...
'Abang tak takut ke? Saya ni panas.'

Dan dia jawab...
'Insyaallah, semua boleh berubah...'


Dalam hati... senyum.

PakTua bagi petua kat tunang kita tapi bila kita tanya dia tak ingat., tapi lebih kurang ada kaitan dengan 4 unsur yang biasa kita dengar.

Anak sulung di bawah unsur Tanah. 
Menjadi tempat bergantung.



 Anak kedua  di bawah unsur Air.
Air sudah tentu la penyejuk dihati, penenang dijiwa...saya la tu..ada ke kata kita panas...
Ni yang buat nak jadi air panas ni.



Anak ketiga  di bawah unsur api. Semangat membara...



Anak keempat  di bawah unsur angin.
Tidak dapat dilihat tetapi kehadiranya sentiasa dirasai. 
Dia la tu, saya tahu walau awak jauh, awak sentiasa ada bersama saya. Saya rasa.



Dan bila air disatukan dengan angin pada 24hb August ni, saya takut akan berlaku tsunami lagi. 



Ya Allah, mintak dijauhkanlah. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Fikir positif Sara...Please.
& anak ke lima dan seterusnya ulang balik tanah, air, api dan angin.


9 ulasan:

  1. saya tanah bertemu api.. camno tu.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut firasat ahli nujum PakTua, tanah api tu gelap sikit macam tanah gambut...sesuai la tu untuk bercucuk tanam. Tanam apa pun subur, jadi kamu akan ada anak ramai...

      Padam
    2. wow, menarik tu... hehehe

      Padam
  2. Wah...saya pula api air. ok le tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut firasat ahli nujum PakTua, api air sudah seimbang. Kalau dia marah awak kena mengalah...kalau awak marah dia kena mengalah.

      hi..hi... pandai-pandai jer..

      Padam
  3. Assalamualaikum.. Banyakkan berdoa.. Kami lagi sama2 api, semangat sentiasa membara, selalu panas bila berdua.. dua tahun plak tu bertunang.. apapun, kita hanya mampu merancang, Allah yg tntukan.. namun, kalau kite terlalu merancang, takut kita kecewa dgn semua perancangan, adalah lebih baik bersederhana dan berserah pd Allah.. selalu redha, percayalah, jika dia jodoh kita, kita akan tahu n nilai sendiri nanti.. cuma buat masa ni, hargailah apa yg kita sdg ada n miliki.. kerana tidak semua org memiliki semua yg kita ada.. :) salam perkenalan juga.. terima kasih sudi lawat blog saya yg dah lama tak update tu.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks dear..insyallah nasib kita, kita yang tentukan dengan usaha, doa dan seterusnya tawakal.

      Padam
  4. saya dua2 unsur tanah.tapi yang sy perasan selalu sy akan cepat terasa kecik hati dan nak marah-marah jek.entahlah bila perangai buruk ni nak hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaya la kamu, ada tanah yang luas..:)

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...