Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120812

Mandi Daun Pandan Wangikan Badan


Insyaalah lagi beberapa hari lagi kita akan balik kampung. Ho ho, ho tak sabar nak balik kampung. Tak sabar nak raya… ho..ho.. sebenarnya tak sabar nak kahwin… oh, takut jugak. 

Mak asyik pesan suruh jaga badan, biar harum. Hik..hik… deodorant kan ada, perfume ada. Tapi mak selalu cakap perfume busuk.. bau kuat sangat la. Oh ye, emak tak pernah pakai perfume dan badan dia tak pernah berbau. Kali ni kena percaya petua dia. 

‘Hari minggu tu rajin-rajin lah rebus daun-daun kayu tu buat mandi… biar harum sikit bau badan.’ 

‘Mana ada daun kayu kat rumah sewa ni.’ 

‘Rebus jer daun pandan, daun lengkuas kat depan rumah tu. Buat mandi, gosok-gosok serata badan’ 




Tak pasti la betul ke petua mak saya ni. Tapi ikut jer la lagi pun daun pandan kan wangi. Dan kena percaya petua dia, dia kan mak. 


Biasa kalau kat kampung, mak suruh mandi dengan daun jambu batu. Tujuannya bagi kelatkan kulit. Kelat? Mengikut mak daun jambu batu ni sifat dia kelat. Tumbuah yang sifatnya kelat bagus untuk sejukkan badan lembutkan kulit. Betul saya percaya, mandi dengan daun jambu batu memang saya suka. Rasa licin sikit kulit lepas mandi. Tak sabar nak balik kampung. Kat kampung senang macam-macam boleh buat, semua bahan ada kat sekeliling rumah aje. Dijamin selamat. 



Oh tak sempat nak pergi spa…


7 ulasan:

  1. info yang bagus.. nanti nak cuba jugak la

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat spa kat rumah jer. ho..ho

      Padam
  2. bie pernah cuba cuci muka guna daun jambu. memang berkesan. Sangat! menghaluskan kulit & gebu...

    info : pokok jambut batu bkalang rumah dah tumbang. Sedih! :((

    BalasPadam
  3. penah gak dgr..
    mmg nk try....

    BalasPadam
  4. petua org dulu2 lagi bgs dr produk moden kan..sy pun x pergi spa..sy suka guna petua je :))

    BalasPadam
  5. owh..ingatkan mandi bunga & mandi limau je leh harumkan bandan..boleh mandi daun pandan gak ea..leh try neh. jimat pn jimat gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. limau tak berbuah..huk..huk.. limau yang paling best, bunga tak bau la.. bunga ada kaitan dengan aura..tak reti la..

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...