Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120731

Belajar Bayar Zakat


Sejak tiga tahun lepas saya sudah sudah mula membayar zakat fitrah sendiri. Maklumlah sudah bekerja tetap dan berpendapatan sendiri. Itu pun emak sibuk-sibuk suruh saya bayar sendiri. Pada fikiran saya, apalah sangat kalau ibubapa kita  jer yang bayarkan bukannya mahal sangat pun. 

Oleh kerana amanah yang telah diberikan ibu, saya mulakan misi macam mana kaedah membayar zakat. Kat mana-mana saya lihat banyak Amil yang kutip zakat musim ramadhan ni. Tetapi ada rasa ragu lagi, sebab saya tengok semua Amil nya lelaki. Siap bersalam ada akad semua. Takutnya... takut yang tak tahu kenapa.

Dengan sedikit keberanian yang ada, akhirnya kuatkan juga hati membayar zakat fitrah. 

Yer, perempuan-perempuan semua...
Tak payah akad semua. Jangan takut, tak payah hafal doa semua. Duduk jer, bagi tahu nak bayar untuk berapa orang. Nanti Amil akan suruh baca aje text yang dia sudah tulis siap-siap... 'Sahaja aku.. .' Lepas tu, Amil akan bacakan doa dan bagi resit. Sudah selesai tanggungjawab membayar zakat fitrah.

Senangkan.

Alhamdulillah, 

Pusat Pungutan Zakat sudah mengambil langkah mengembangkan lagi dakwah zakat dengan melancarkan aplikasi zakat pertama di Malasia sesuai dengan gaya hidup moden kini.

Saya pun tengah belajar macam mana nak bayar zakat pendapatan. Saya kira salah satu  aplikasi yang paling baik ialah kalkulator tafsir zakat pendapatan. Insyallah saya akan cuba. 

Pusat Pungutan Zakat sedang buat kempen... 'Saya suka Pusat pengutan zakat'.  

Jom kita sebarkan kempen ni, LIKE sekarang




Terma & Syarat Penyertaan Like FB MYZAKAT


TERMA & SYARAT
  1. Kempen “Saya Suka PPZ” ini dijalankan secara rasmi di www.facebook.com/myzakat bermula pada 20 Julai 2012 dan berakhir pada 20 Oktober 2012.
  2. Pusat Pungutan Zakat, MAIWP selepas ini dirujuk sebagai “PPZ” berhak meminda Tempoh Kempen tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan dan akan terbatal secara automatik.
  3. Untuk menyertai kempen ini, peserta mestilah bersetuju untuk terikat dengan peraturan kempen. Berikut adalah peraturan-peraturan umum kempen :
    • Peserta dikehendaki ‘like’ facebook PPZ di www.facebook.com/myzakat
    • Peserta dikehendaki memberi komen positif terhadap status di wall Facebook PPZ.
    • Pemenang dipilih berdasarkan komen terbaik yang dinilai oleh penganjur (PPZ) dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
  4. PPZ berhak membatalkan mana-mana penyertaan secara automatik jika melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.
  5. Sebarang syarat, terma dan peraturan yang tidak dipenuhi boleh menyebabkan pemenang tersingkir dari kempen dan pemenang gantian yang tersenarai akan terpilih sebagai pemenang.
  6. Kempen ini terbuka kepada sesiapa sahaja KECUALI kakitangan PPZ dan ahli keluarga kakitangan PPZ.
  7. Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  8. Pemenang di bawahumur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu bapa atau penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Pemenang dan ibu, bapa atau penjaga sah hendaklah menunjukkan pengenalan diri kepada PPZ.

  9. Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
  10. Jika hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan disebabkan keadaan-keadaan yang tidak dijangka atau dielak, PPZ dengan budi bicara mutlak berhak menggantikan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang sama nilai.
  11. PPZ boleh meminta pemenang untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video atau filem dan pemenang hendaklah mengiktiraf PPZ mempunyai hak untuk menggunapakai gambar-gambar publisiti, video atau filem tersebut di dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang difikirkan sesuai oleh PPZ.
  12. Penyertaan kempen dan sebarang material yang dihantar berkaitan dengan kempen ini adalah hak milik PPZ.
  13. PPZ berhak menerbitkan, menyiarkan atau mendedahkan nama seseorang pemenang dalam pengiklanan atau akiviti-aktiviti promosi yang melibatkan kempen dimenangi. Semua pemenang dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka bagi tujuan pengiklanan, promosi oleh PPZ tanpa pampas an tambahan.
  14. PPZ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau tuntutan yang mungkin terjadi daripada penyertaan kempen ini atau daripada penggunaan atau penebusan hadiah.
  15. PPZ berhak untuk, atas budi bicara mutlaknya untuk menukar, meminda atau menambah sebarang terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.


'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan.'

Pernah terfikir, kadang-kadang senang sahaja duit mengalir entah ke mana. Iya, ada harta yang perlu saya sucikan.. Ya Allah ampunkan dosaku.





20120730

Perut mahu kempis.

yer..saya belum kahwin. belum mengandung.. 
yer perempuan mengandung memang comel tapi saya belum lagi. 

15 saat pun tak larat. Penat.

computer hi..hi..

Encik photographer, make sure jangan ambil gambar perut saya.


Nak belajar pakai ni...

Nak beli tak nak...nak beli tak nak....Kena beli ini kot.. 


Hi, dah daftar http://my.churpchurp.com belum?
jom daftar sekarang..

Beli coklat murah kat warehousale


Kita tak beli pun lagi godies nak bagi kat tetamu...sebab kita tunggu ini...



YES, YES, akhirnya... saya tahu mesti Cocoland mesti buat warehousale punya.. & tengah fikir nak beli kupon ini ke tak...

Cik Cocoland, kalau buat warehousale tolong email saya tahu..

Tahun lepas saya tunggu-tunggu sampai terlepas. Dulu ada jugak tampal kain rentang kat depan office saya. Tahun lepas raya cina tak ada,  dan  saya tahu dah terlepas dan saya kecewa. Jadi tahun ini hari-hari saya search agar tak terlepas lagi...




Cocoaland Warehouse Sales on the 3rd – 5th August 2012 (9am – 7pm) and 10th – 12th August 2012 (9am – 7pm), at both these locations:

• Kepong: No.41, Jalan E 1/4, Perusahaan Tmn Ehsan, 52100 Kepong, Selangor (Tel: 03-6276 6862)
• Rawang: Lot 88, Rawang Integrated Industrial Park, 48000 Rawang, Selangor (Tel: 03-6091 3131)


Sapa yang nak ke Rawang, boleh la kita jumpa kat sana nanti..




20120729

Tsunami Air dan Angin


Sebelum menetapkan tarikh kahwin, tunang ada berjumpa dengan PakTua ni. PakTua ni orang tua kampung tunang sebab tu la saya namakan PakTua. Kononnya pandai tengok orang. Banyak pantang larang, PakTua... kenduri kena buat bila, tarikh ni elok, tarikh ni tak elok...macam-macam. Tak apa lah, mana yang baik kita ikut.

PakTua tu bagi pesan kat tunang, 
'Dia lebih panas dari awak..
Awak kena banyak bersabar dengan dia.'

Amboi, belum pernah jumpa sudah tahu perangai kita macam mana. Hebat jugak, main congak-congak nama kita dengan nama dia sudah tahu kita serasi ke tidak...

Saya tanya dia...
'Abang tak takut ke? Saya ni panas.'

Dan dia jawab...
'Insyaallah, semua boleh berubah...'


Dalam hati... senyum.

PakTua bagi petua kat tunang kita tapi bila kita tanya dia tak ingat., tapi lebih kurang ada kaitan dengan 4 unsur yang biasa kita dengar.

Anak sulung di bawah unsur Tanah. 
Menjadi tempat bergantung.



 Anak kedua  di bawah unsur Air.
Air sudah tentu la penyejuk dihati, penenang dijiwa...saya la tu..ada ke kata kita panas...
Ni yang buat nak jadi air panas ni.



Anak ketiga  di bawah unsur api. Semangat membara...



Anak keempat  di bawah unsur angin.
Tidak dapat dilihat tetapi kehadiranya sentiasa dirasai. 
Dia la tu, saya tahu walau awak jauh, awak sentiasa ada bersama saya. Saya rasa.



Dan bila air disatukan dengan angin pada 24hb August ni, saya takut akan berlaku tsunami lagi. 



Ya Allah, mintak dijauhkanlah. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Fikir positif Sara...Please.
& anak ke lima dan seterusnya ulang balik tanah, air, api dan angin.


20120727

Saya suka free gift


Sapa tak nak barang percumakan?


Pakai ubat gigi Darlie sebab nanti dapat gelas comel ni. 




Kadang-kadang guna Colgate nak dapatkan gelas upin dan ipin yang comel. Minum air Bliss dapat gelas plastic, kadang dapat tapurware comel, kadang dapat bag comel. Makan Mc Donald untuk kumpulkan gelas coco cola. (tak larat nak makan, stop)



Makan kfc kumpul jam comel yang dah tak function. Paling best dapat tabung tembikar kfc..sayang sangat.


Makanan ringan saya Milo Nugget nanti dapat gelas canggih ni.


Sabun sudah tentulah Daia..nanti dapat free pinggan..

Beli kereta pun saya tanya sales advisor...apa hadiah percuma produa bagi?
I love free gift, hakikatnya barang yang tak perlu pun beli..



Tapi saya belum beli minyak Mazola yang cholestrol free ni... 

Tak nampak pun mana kolestrol.




20120725

Pusing-pusing reben


Masa tunang hari tu last minit planning. Tak sempat pun nak buat apa. Cuti sekejap, balik kampung... tiba-tiba bertunang. Beli barang pun kelam kabut. Main ambil aje.. Sayang sangat beli reben banyak, tapi guna sikit jer... tak masuk tema ni.. Nak kahwin pun tak guna pun reben ni. Kalau boleh tak nak membazir sikit pun... tak tahu nak buat apa.


Sambil tunggu waktu berbuka... main simpul-simpul jadi ini...



Tapi blur... 
apa nak buat ni?




20120723

Cincin Emas Lembik?


Cincin tunang saya sudah lembik. 

Hasrat hati cincin tunang yang disarungkan sebagai tanda pertunangan kami, tidak akan saya tanggalkan sampai bila-bila... kerana pakai sebagai cincin basahan, cincin saya sudah lembik. Dah tak nampak kelopak bunga..hu..hu...

Kesian saya...

Kalau saya tahu betapa lembiknya emas 916 saya ambil cincin belah rotan jer...Cincin emas 916 memang tidak berapa sesuai diikat dengan permata. Kononnya nak cincin emas yang betul-betul tulen....nasib tak beli emas 999. 

'Tak apa lah, nanti lepas kahwin abang ganti cincin lain.'
'Nanti abang pergi lombong emas, melombong emas untuk sayang.'
'Sabar yer'

Hu..hu..

Teringat kursus kahwin yang saya hadiri baru-baru ini...
'Duit hantaran itu duit kamu. (perempuan) seeloknya kamu beli emas... kalau terdesak kamu nak pinjamkan kat suami kamu, jangan bagi duit..nanti habis. Kamu bagi emas, boleh gadai kat bank'.

Semalam berjalan-jalan kat shopping complex sempat lagi berborak dengan salesman Poh Kong... belajar tentang gold investment.. menarik jugak. 





Semenjak nak kahwin ni..saya dah jadi macam mami jarum... 

Tunang saya dapat info entah dari mana, harga emas akan turun hari jumaat.. Kebetulan waktu kami cari gelang emas untuk perkahwinan kami pada hari rabu harga nya tinggi..dan bila kami beli  hari sabtu emas dah turun sikit...



20120722

Harus beli barangan terpakai


Sara telah menceburi diri dalam business online sejak setahun yang lalu.. Alhamdulilllah semakin baik.

Ada beberapa yang saya rasa perlu saya kongsi tentang pakaian bundle yang perlu anda tahu terutama soal hukum halal-haram..



sumber: KOSMO jumaat 6Julai 2012



Sesiapa yang mendapati was-was maka hendaklah dia berkata

 “Aku beriman dengan Allah SWT”


Himpunan ucapan dan doa untuk bakal pengantin


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

.........................................................................................................................



Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : 
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman  hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,memberkati mereka berdua
 dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

.........................................................................................................................


Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku dekatkanlah dia padaku,
 satukan hatinya dengan hatiku,  titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."

~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

 .........................................................................................................................



Ya Allah,berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).  Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.  Ya Allah Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

 .........................................................................................................................



“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin –

 .........................................................................................................................


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

 .........................................................................................................................

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaM kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

.........................................................................................................................


Ya allah ya Tuhan kami,
kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi,
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga,
sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


.........................................................................................................................


**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**

"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya,
maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya." Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan.

 
.........................................................................................................................



20120720

Tutorial Bunga Dip

Salam, ini tutorial asas membuat bunga dip.

 Boleh terngok bunga dip yang tak berapa menjadi kat sini & sini..usaha lagi..

Bahan-bahan membuat bunga dip.


Cecair dip boleh didapati dikedai menjual barang perkahwinan atau kedai kraft.

Cecair dip cepat pekat apabila terdedah kepada angin. Oleh itu jangan lupa beli thinner (untuk bunga dip) untuk mencairkan kembali. Terutama yang buat kerja tak habis-habis,bertangguh-tanguh macam saya… sampai keras cecair dip. Peace.

 Kaedah pintal dawai.

Celup dawai ke dalam liquid dip. Siap, keringkan. Sebelum kering letakkan manik.


Kurang cantik la bunga dip saya, ada bubble selepas dicairkan kembali dip dengan thinner. Oleh itu, saya nasihatkan untuk yang pertama kali cuba buat bunga dip ni, pintal banyak-banyak bunga kemudian celup sampai siap..jangan tangguh-tanguh macam saya. Dip ni cepat sangat pekat.


Tapi kalau nak cover bubble tu boleh beli serbuk bersinar.

Otai-otai buat bunga dip, ada petua tak nak bagi cecair dip cepat pekat? 
Kenapa bunga dip saya  ada bubble ek? Share la.


20120719

LIMA Resipi bukan untuk dimakan

Nak share resipi yang bukan untuk dimakan.




1. Bancuh pekat TEPUNG UBI KAYU dan PARUTAN TIMUN bersama sedikit air. Kemudian sapu ke serata wajah. Biarkan kering sebelum dicuci bersih.


Resipi yang paling suka kerana paling mudah dan kesannya dapat dirasa sebaik sahaja muka dibersihkan….


2. Sapukan PUTIH TELUR pada wajah. Kemudian, tekapkan kapas di atas putih telur tadi. Sapukan sekali lagi putih telur di atas kapas dan biarkan kering sebelum dicuci bersih..


3. Campurkan PUTIH TELUR, SUSU TEPUNG dan sedikit MADU hingga sebati dan sapu ke serata wajah. Biarkan kering sebelum dicuci bersih.


4. Bancuh TEPUNG UBI bersama AIR ASAM JAWA lalu dikacau sebati. Sapukan ke seluruh wajah dan biar selama 15 minit sebelum dibasuh. Asam jawa angat bagus untuk kulit berminyak dan berjerawat.


5.Parut sebatang LOBAK MERAH dan campur dengan sesudu TEPUNG JAGUNG dan SEBIJI KUNING TELUR. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan 15 minit.


Kaedah mana yang paling berkesan?


Hanya anda yang tau…kerana semuanya bergantung kepada jenis kulit dan yang paling penting sekali..



ke-RAJIN-an.

ops..ni resipi topeng muka yer bukan untuk dimakan.

20120718

Nikah di Kelantan

Tertarik dengan cerita anakpakshaikh pasal borang kahwin...di Kelantan saya kira sedikit berlainan procedure nya. 





Borang nikah atau nama betulnya, PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN.

Saya kira, procedure di Kelantan lebih mudah,. Borang ini hanya perlu dapatkan daripada imam kampung, tidak perlu ke pejabat agama semuanya akan diurus melalaui imam kampung. Jadi jangan nak menyombong dengan imam. Jangan macam saya..'tak pernah nampak pun...' hi..hi..'saya dah lama tak duduk kampung, saya kerja kat bandar.'

Masa mula-mula dapat macam konfius sekejap kena tulis jawi ke? Ada 3 jenis tulisan kat borang.

Oleh kerana saya dan pasangan saya berasal dari negeri yang sama, kami cuma perlu mendapatkan borang ini daripada imam kampung masing-masing. Bagi pihak lelaki, dia perlu mendapatkan kebenaran/pengesahan daripada imam kampungnya dan diserahkan kepada imam sebelah pihak perempuan. Tempohnya, selewat-lewat tujuh hari daripada tarikh kahwin. Tidak perlu ke pejabat agama, mendapatkan kebenaran Kadi kecuali jika pasangan daripada negeri lain atau perkahwinan ingin diadakan kurang daripada tiga hari.

Bersama borang ini jangan lupa sertakan sijil kursus kahwin, salinan kad pengenalan pasangan, salinan kad pengenalan wali, HIV test dan gambar. Gambar pihak lelaki kena bersongkok atau berkopiah tau..Imam dah siap pesan awal-awal. Gambar perempuan sudah tentulah bertudung.






Kenapa tiba-tiba rasa takut nak isi...


20120717

Kad Kahwin Murah + Wangi


Rasanya sudah sampai masa nak mengedar kad kahwin ni. Kad saya tak glamour, sebab saya tak glamour. Orang yang dapat kad saya pun hanya akan tengok dan buang juga akhirnya. Kalau boleh saya nak kad yang paling murah tapi tetap nak cantik, dan yang paling penting dia mestilah wangi

Hakikatnya semua tu tak akan datang sekali... Kad perkahwinan wangi budget dan murah tak akan datang denagan package yang lengkap.


Kad cantik+murah



+ Wangi




= Kad Wangi




Sepatutnya kad ini memang kad wangi tetapi mungkin ini stock lama atau sebab lama sangat saya simpan,wangi nya sudah hilang. 



Tak apa lah..


20120716

Cuka Epal dan madu rawatan resdung


Hidup bujang, seorang diri,  balik ofis dah penat, nak masak tak ada orang nak makan. Makan kedai malas nak singgah..Asyik-asyik makan maggie. Macam mana nak sihat, nak cantik.

Kena kuatkan semangat untuk menolak makanan ringan. Mulakan cara hidup yang sihat.

Oleh kerana Sara ada masalah resdung dan jerawat jadi Sara amalkan cuka epal (Apple cider vinegar) dengan madu. Alhamdulillah berkesan dengan Sara. :) 

'1 sudu cuka+1 sudu madu dengan segelas air setiap malam 
dan kalau perut tak senstitif ambil juga waktu pagi.'

Antara khasiat cuka epal adalah sebagai...

Detox

Menyingkirkan toksin dalam badan. Sebelum mengambil apa-apa suplement kalau boleh buat detox dulu. Selepas toksin disingkirkan baru badan senang nak terima suplement.

Selain itu, kita pun ada ambil inner shine biar bersinar macam Maya Karim 'tak makeup pun'.



Psst...orang yang tak ada masalah jerawat resdung beruntung lah.. 
hu..hu.. kita ni asyik kena berpantang jer... sedih.





20120715

Bunga Telur Carnation


Projek terbengkalai perlu disiapkan juga.

Sekarang senang, semua bahan dah siap sedia...cantum-cantum semua boleh buat sendiri jer...

Ni antara bahan asas membuat bunga telur yang simple dan budget murah.



Antara bahan-bahan yang wajib ada,
 reben
 tempat letak telur 
(baru tahu ada net tempat letak telur yang dah siap), 
lidi buluh
dawai
 pelilit
dan 
rantai kelik-kelik..



Bunga carnation daripada kertas creepe.



Wah sudah banyak bunga saya..


Apa bukti cinta?


Sejauh mana anda sanggup buktikan cinta...


Winston Howes, 70, mengahabiskan kira-kira seminggu untuk menanam anak-anak pokok oat sehingga membentuk hati sebagai kenangan untuk mendiang isteri tercinta Janet yang meninggal dunia kira-kira 17 tahun lalu. 





A devoted farmer created this touching heart-shaped meadow as a tribute to his late wife - by planting thousands of oak trees....>>>>










Insyallah saya pun nak buat buat jugak..








Saya bercadang nak buat macam ni...






 jimat sikit...


20120713

Sebenarnya Hidup



Hidup ini bukan mudah. Dari bertatih sehingga kita mampu berlari kadang jatuh kita bangun berlari kembali, sebenarnya sudah banyak kita lalui. 


 Walau parut itu masih ada sebagai ingatan dan pengajaran juga hadiah untuk untuk kita yang berjaya menghadapinya.


Namun akhirnya, dugaan dan cabaran itu sudah kita lepasi dan menjadi sebahagian daripada kita sekarang.




Alhamdulillah Allah sudah permudahkan semuanya.



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...