Inquiry: petakbunga@gmail.com

20120818

Kahwin Raya


Alhamdulillah pelamin sudah mula dipasang. 
Oh saya beraya dengan pelamin la tahun ni...


Tinggal beberapa hari lagi saya akan menjadi isteri orang. Memulakan fasa baru dalam hidup saya. 
Semoga hidup saya akan lebih baik selepas ini. Insyallah.



Selamat hari raya Sara ucapkan kepada semua sahabat-sahabat PetakBunga. 
Maaf ada salah dan silap terkasar bahasa. 
Doakan majlis saya berjalan lancar.

Amin.






20120814

Cerita Makeup ala Dukun Degawan


Pada asalnya memang tak nak buat pelamin, family pun tak berapa galakkan buat pelamin cukup dengan hiasan bilik tidur sahaja. Tetapi saya ambil juga pelamin, tak ada niat nak bersanding, lagi pun saya pemalu.. ho..ho.. Cuma untuk bergambar kenangan dengan family semua. Lagi pun saya ada menempah photographer juga nanti tak ada tempat pulak nak posing. Tak akan satu family nak masuk dalam bilik semua.

Saya ambil package pelamin yang basic, sewa dengan bridal dekat rumah. Baju 3 pasang, makeup 2 kali, pelamin, hiasan bilik tidur, meja beradap, khemah, kerusi dan meja saya bayar kurang 2ribu. Saya rasa tu yang paling package yang paling murah. Agaknya kat kampung memang murah sebab saya dengar kawan-kawan kahwin semua ribu riban. Hasilnya nanti macam mana? Saya tak pasti, adik saya cakap kawan dia sewa cantik, saya yer kan ajer.

Lagipun masalah cuti. Cuti balik kampung hari tu pun tak lama, masa tak cukup untuk buat survey. Banyak lagi urusan yang saya kira penting seperti dokumen-dokumen semua. Ada jugak cuba bertanya kat fb mana-mana yang tahu, tetapi kebanyakannya sekitar kawasan KL, Selangor sahaja. Tak akan saya nak bawak balik package balik Kelantan. Tak mampu hu..hu..

Oh saya agak risau pasal makeup, ada masalah besar dengan kening saya yang sangat tebal dan bersepah. Bakal suami saya juga tak bagi cukur. Pandai ke mak andam saya makeup tanpa cukur kening? Belum tanya lagi mak andam. Tapi saya tahu ADA!. Ada yang boleh makeup tanpa mencukur kening. Tapi mak andam saya ni bukan Makeup Artis (MUA).

Belum jumpa lagi mak adam dan belum tanya lagi pengalamannya, mana tahu dia memang makeup artis. Kot, tiba-tiba dia cakap 'AKAK NI MUA Misha Omar' atau tiba-tiba makeup muka saya jadi Neelofa. Dush!!!


Tergelak tengok makeup masa tunang, adik-adik saya jadi tukang makeup maklumlah kakak ini langsung tak pandai makeup. Ada sikit macam dukun Degawan dalam cerita susuk dulu-dulu.. akhirnya saya ambil tisu dan sapu balik makeup kening mak andam tak bertauliah ni…Tak apa la dik, terima kasih atas jasamu.


Oh saya tak boleh ketawa kuat-kuat nanti susuk jatuh.



20120813

Masa untuk Packing Doorgift


Doorgift untuk kanak-kanak Sara beli kat warehousale cocoland hari tu..beli lot100 gula-gula.

Banyak jugak memborong selain untuk doorgift, tak tahan tengok coklat...oh..oh... makan coklat yer raya rumah saya tahun ni..biskut kurang..mahal oh, beli biskut.

Gula-gula ni untuk kanak-kanak jer, untuk tetamu semua mak cadang nak kasi telur, ikut tradisi kita. Lagipun bunga tisu saya beratus sehingga hampir mematahkan pinggan tu nak buat apa? ho..ho..



Sekarang baru nak start kerja-kerja packing gula-gula.

Packing semua nak jimat, maklum lah wedding saya bukan mak bapak sponsor, ishk, ishk...


Beli plastik kosong jer, dan terjumpa kertas cup cakes lama kat dapur. Tapi,saya kira tak cukup jugak, kertas lapik biskut pun jadilah...kahwin time raya kena ada unsur-unsur raya tak gitu?

Tema kaler? Nasib lah kahwin budget...ho..ho..kertas cupcake pink tu dah kena sikit dengan tema.



Reben tu nasib la lepas ni warna apa pulak ada..ho..ho..baki buat bunga telur.



20120812

Mandi Daun Pandan Wangikan Badan


Insyaalah lagi beberapa hari lagi kita akan balik kampung. Ho ho, ho tak sabar nak balik kampung. Tak sabar nak raya… ho..ho.. sebenarnya tak sabar nak kahwin… oh, takut jugak. 

Mak asyik pesan suruh jaga badan, biar harum. Hik..hik… deodorant kan ada, perfume ada. Tapi mak selalu cakap perfume busuk.. bau kuat sangat la. Oh ye, emak tak pernah pakai perfume dan badan dia tak pernah berbau. Kali ni kena percaya petua dia. 

‘Hari minggu tu rajin-rajin lah rebus daun-daun kayu tu buat mandi… biar harum sikit bau badan.’ 

‘Mana ada daun kayu kat rumah sewa ni.’ 

‘Rebus jer daun pandan, daun lengkuas kat depan rumah tu. Buat mandi, gosok-gosok serata badan’ 




Tak pasti la betul ke petua mak saya ni. Tapi ikut jer la lagi pun daun pandan kan wangi. Dan kena percaya petua dia, dia kan mak. 


Biasa kalau kat kampung, mak suruh mandi dengan daun jambu batu. Tujuannya bagi kelatkan kulit. Kelat? Mengikut mak daun jambu batu ni sifat dia kelat. Tumbuah yang sifatnya kelat bagus untuk sejukkan badan lembutkan kulit. Betul saya percaya, mandi dengan daun jambu batu memang saya suka. Rasa licin sikit kulit lepas mandi. Tak sabar nak balik kampung. Kat kampung senang macam-macam boleh buat, semua bahan ada kat sekeliling rumah aje. Dijamin selamat. 



Oh tak sempat nak pergi spa…


20120811

Tutorial ikatan reben bunga telur

Tak payah cerita, tengok gambar pun rasanya sudah faham. Tak perlu kot buat video nanti upload lambat, broadband slow.. hu..hu..




 




Macam ni pun boleh jadi tutorial?

Jangan tak tahu, ada sekarang zaman internet semua kita search...google.. 
Tutorial memasak air pun perlu tau. Kalau tak pandai, air masak payau tau..

sapa tu yang search cara-cara nak ikat reben?

saya la tu...





20120810

Tutorial Bunga Carnation aka bunga tisu

Saya tahu ramai yang dah tahu buat bunga ni... tapi ini kan Diari. Saya saja nak tulis untuk ingatan diri sendiri & mana tahu ada yang tak pernah tahu dan tercari-cari idea nak DIY sendiri. Boleh? 

Saya kira bunga carnation ni yang paling simple untuk yang tak berapa pandai dan keras tangan macam saya untuk save bundget kahwin :).



Sehelai kertas tisu ni boleh buat 4 kuntum bunga. Jadi nak senang agak, potong terus jadi 4 bahagian.



Ambil 1 bahagian potong lagi jadi empat segi macam gambar kat atas. Panjang-panjang.


Kemudian lipat-lipat macam lipat kipas.


Kat tengah-tengah tu potong sikit, senang nak ikat wayar. 
Bahagian tepi potong serong jadi kelopak-kelopak sikit.


Selepas diikat dengan dawai, boleh tarik sehelai-sehelai.


Maka siap lah. 

Magic, 
bunga merah boleh jadi biru.


boleh tengok contoh yang dah siap kat sini, sini, dan juga di sini..

Siapkan 500pcs small matter...ha..ha...



hu..hu...  



20120809

Harapan buat isteriku





Abang harap isteri abang nanti seorang yang beriman. Boleh mengaji, boleh ajar anak-anak abang baca Quran. Ringan sikit tanggungjawab abang. Senang sikit abang.


Abang harap isteri abang nanti tidak sombong, peramah  dan merendah diri. Semoga dia memainkan peranannaya untuk  menyatukan kembali keluarga abang. Abang impikan keluarga abang kembail seperti mana arwah ibu masih ada.


Abang harap isteri abang pandai masak... abang tak cerewet. Abang makan aje, abang dah jemu makan luar… please..please..please…



Banyak yang abang harapkan tapi abang syukur apa yang abang ada. Allah sudah berikan yang terbaik untuk abang.


insyaallah.

20120806

DIY album wang hantaran


Saya faham susah tunang saya nak buat persiapan kahwin tanpa ibu di sisi. Tak apa lah, mana yang mampu saya akan tolong. Saya juga macam tu, mana yang saya tak dapat buat, saya mintak tolong dia, kami tolong menolong untuk menyiapkan majlis kahwin kami nanti...

Hari-hari tunang kita asyik tanya... sudah beli ke belum album dia nak letak wang hantaran? Saya beli yang murah-murah jer dan cuba nak balut.

Ini album yang belum dibalut. 


Tengah tu ada tempat letak gambar, saya dah potong kertas hitam tampal kat situ.

Ni album yang saya dah balut, dengan kain bersinar-sinar skit saya recycle baju bundle yang saya tak jual. 


Belum tunjuk lagi kat dia...kalau dia tak suka tak apa lah...beli yang lain.. saja gatal tangan balut.. macam berlebih-lebih pulak...



20120803

DIY bunga tangan


Main pusing-pusing reben dalam entri kat SINI... tiba-tiba reben bertukar menjadi ini…



Bukan satu.




Tetapi dua aje..



Saja-saja buat bunga tangan ni untuk adik-adikku bergambar dengan pengantin.. ho..ho..



20120802

Belajar minum jamu





Kunyit+asam jawa+gula melaka+air = Jamu Kunyit Asam

Insyallah, harapnya kali ni sengugut akan kurang sikit.

Selain untuk mengurangkan sengugut, jamu ini juga dapat mengurangkan  bau hanyir darah. Badan pun akan jadi segar. Rajin minum jamu ini juga dapat membersihkan organ dalam kewanitaan.


Sapa yang boleh minum air asam jawa mesti boleh minum sebab rasanya lebih kurang jer, kita dah maniskan dengan gula melaka.

Ada berani cuba?


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...