Inquiry: petakbunga@gmail.com

20121224

Bahaya nikotin

Sudah berapa kali mak cakap merokok ni merbahaya...

Tengok pokok lidah buaya mak, hidup segan mati tak mahu.


Kulit kuaci yang tercemar dengan air liur nikotin perokok. Ayah, bila nak berenti merokok?
Mak tak suka, tapi mak malas nak membebel. Ayah





20121221

Mual geletek

Suka geletek-geletek perut mak...

Geli tau..



oh dah mula mual...

10minggu..


20121215

Kuatlah anak mak



Lama benar tak update blog, alhamdulillah  semuanya baik-baik. Hampir 4 bulan bergelar isteri orang, melalui hari-hari bahagia kami. Banyak lagi yang masih perlu belajar.. Oh, ada berita baik lagi, kandunganku juga akan masuk 3 bulan tak lama lagi. Anugerah yang tak ternilai untuk kami.


Ahad, 18.11.2012

Mak bangun awal hari ni, sebelum solat subuh mak sudah siap sedia. Sangat berdebar-debar, walaupun period mak sudah lebih seminggu lewat. Ye, ada dua garis muncul. Tapi mak tetap tak percaya, takut salah tengok, kejutkan ayah. Alhamdulillah.


Isnin, 19.11.2012

Mak teringin sangat nak makan ice cream tuty fruity. Petang tu, lepas balik kerja mak terus drive ke Rawang, hajat hati nak sangat makan ice cream. Walaupun penat dengan jammed balik kerja tapi mak puas. Mandi petang tu, ada tompok-tompok darah keluar. Mak sangat takut. Bagi tahu ayah, normal la kot..tanda-tanda awal mengandung.


Selasa, 20.11.2012

Pagi ni mak pergi kerja macam biasa, tapi mak tetap risau..ada lagi tompok-tompok brownish yang keluar. Mak bagi tahu ayah, kalau makin banyak mak nak ambil separuh hari onleave hari ni. Mak tak dapat bertahan, makin lama mak rasa makin basah, badan juga rasa lemah sangat. Mak balik awal hari tu, lelap mata sekejap sebab mak rasa sangat letih. Tengahari tu ayah teman mak jumpa doktor pakar. Kami ceritakan masalah kita. Doktor scan perut mak, dan itulah pertama kali mak dan ayah melihat anakku. Kau hanya bulat anakku. Kecilnya…Alhamdulillah kau selamat anakku. Doktor bagi mak cuti seminggu. Kata doktor itu tanda-tanda awal keguguran.


Jumaat, 23.11.2012

Hari ni ayah bawa mak pergi klinik dapatkan ubat untuk mak. Semalam mak tak dapat tidur, selesema teruk. Mak tak dapat bernafas. Tapi doktor tak bagi mak ubat, sebab takut menjejaskan kandungan mak. Dia suruh mak bertahan. Suruh mak beli vapor vick dan sedut dalam air panas sahaja. 
Lepas balik dari klinik mak dengan ayah singgah econsave nak cari barang dapur. Pusing-pusing kat pasaraya tu, tiba-tiba mak mula rasa basah-basah. Mak rasa letih yang amat sangat. Cepat-cepat mak bagi tahu ayah nak balik. Balik rumah tu mak betul-betul terkejut. Darah dah banyak keluar. Berketul-ketul. Mak menagis. Mak sangat takut. Ayah suruh mak baring, tenangkan diri. 
Malam ni jugak, kami ke unit kecemasan hospital selayang. Masa tu mak rasa sudah okey sikit. Mak tak rasa sakit langsung, cuma letih sangat. Doktor scan perut mak, periksa ….. Doktor panggil ayah suruh lihat sendiri anak kami. Mak tak dapat lihat anakku masa doktor scan sebab alatnya tak sensitive macam kali pertama doktor pakar klinik swasta scan dulu. Doktor soal mak macam-macam… pernah keguguran ke.. ada jatuh ke.. banyak mana darah keluar..  ada sakit ke.. Alhamdulillah semuanya okey. Doktor cakap selagi kantung baby tak jatuh semunya selamat.. Doktor cakap, ianya berwarna putih.. Tak ada, Cuma darah cair dan pekat sahaja. Ini kali pertama terjadi. Doktor bagi mak cuti rehat dua minggu lagi. Mak tak boleh buat kerja berat. 
Kandungan mak, kandungan terancang.  Kata doktor, pendarahan ni banyak berlaku sekarang. Bertabahlah anakku.



Mak dan ayah berjanji akan jaga kamu sebaik mungkin, insyallah kita akan berjumpa tak lama lagi. Kuat ye anakku… Alhamdulillah menjelang 3 bulan tak lama lagi, kandungan mak makin kuat. Mak tak ada alahan, loya  muntah dan sebagainya.. mak dapat makan dengan baik. Cuma mak sentiasa hati-hati, beringat-ingat bila bergerak,  sebab mak takut anak tak kuat lagi. Perut mak pun dah nampak walaupun belum menjejak 3 bulan.  

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...