Inquiry: petakbunga@gmail.com

20130617

Termengandung

Kat kampung suami dulu ada cerita yang aib terjadi.

Cerita yang biasa kita dengar, kita baca dan kita tengok kat drama-drama television.

Ter-mengandung

Budak perempuan ni masih sekolah lagi, kalau tak silap tingkatan 6. Apa yang paling tak logiknya, sepanjang dia mengandung tak ada siapa pun yang tahu. Satu hari tu kat sekolah, dia sakit perut. Cikgu pun bawa la dia ke hospital, masa tu baru lah orang tahu dia mengandung dan sakit nak beranak. Mak bapak dia mula-mula  ingat anak dia sakit perut biasa je. Maknya  2,3 kali pengsan masa dapat tahu anaknya dah beranak. Tahu-tahu je dah jadi nenek.

Kalau fikir-fikir memang tak logik.

Macam mana dia boleh sorok perut. Aku mengandung tiga bulan pun perut dah buncit.

Kata suamiku, badannya berisi sikit,  orang ingat dia gemuk je. Balik je sekolah terus masuk bilik. Jarang bersembang-sembang dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Entah macam mana kat rumah pun mak bapak boleh tak perasan perubahan fizikalnya.

Paling sedih nasib bayi tu..Bayi tu perempuan. Masa mula-mula dia lahir tak ada siapa pun nak sentuh dia…entah apa la nasibnya.

Mula-mula memang rasa nak kutuk jer budak perempuan tu. Pandai buat dosa, pandai-pandai la tanggung. Tapi bila dah mengandung ni aku rasa kasihan pulak. Dan aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana adanya insan bergelar ayah kepada anak yang aku kandung ni. Sekurang-kurang aku ada tempat mengadu sakit perit mengandung dan insyallah tak lama lagi aku akan merasa sakitnya melahirkan anak kami.

Bila kita takut, tertekan kita jadi kuat.


Apa yang paling menakutkan manusia boleh melakukan sesuatu di luar kewarasan.



Akal waras berkata, mana ada ibu tak sayang anak.


2 ulasan:

  1. biasa mmg mcm tu kalau benda xelok / haram, realiti senang....mcm senang sorok, senang branak.....tp tanggung la di akhirat nti....

    BalasPadam
  2. dulu masa sekolah kt asrama...ada kakak senior satu dorm ngan saya pon mengandung jugak. mmg langsung tak perasan perut dia. sket pon tak nmpk. kitaorg satu dorm mmg tak tau ape2. tp dia ada craving..mcm mangga muda sume tu. kami mkn ramai2 mangga muda tu.. ingt mcm biasa je...sape yg tak suke mangga muda kan? tmbah2 mkn ramai2. smpai la hari dia beranak pon... still satu dorm tak tahu. padahal org luar dari sekolah kitaorg sume da tahu ada pelajar asrama lahirkn anak. kitaorg ingt dia hanya gugur jer..padahal..baby tu cukup sifat sume. dia lahirkn anak dia dlm shower...waktu pagi org tgh busy nk pegi perhimpunan sekolah.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...