Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131010

Anak Aku, Anak Paling Cerdik Sedunia


Bila dah bergelar mak ni baru aku tahu betapa sayangnya seorang emak. Tak ada benda lain lagi atas dunia ni yang membahagiakan selain keletah anak kesayangan ini. Ingat lagi dulu betapa menyampahnya aku tengok  Wardina Safiyah jadi hos WHI, asyik cerita anak dia cerdik jer, apa ingat dia sorang ke ada anak. Aku pun ada anak kucing cerdik jugak, tak cerita pun..oi..

Sekarang, aku nak bercerita pasal betapa cerdiknya anak.

Oh hari ni anak aku dah pandai  senyum, dah pandai bergurau, dah pandai main-main.

Malam tadi dia sangat teruja tengok buku, aik kecik-kecik dah nak baca buku.

Luth dah mula nak meniarap.

Luth paling comel, paling cerdik, paling pandai.

Suka tegur orang, asyik senyum-senyum bila tegok orang.

Ni la keriangan seorang mak.

Maaf la, ni la naluri seorang mak… tak ada yang buruk pasal anak kesayangannya ni. Berak pun bau wangi.

Oh comelnya Luth meneran nak berak..ha..ha..


Oh, kawan aku India ajarkan urutan mancungkan hidung anak . Lepas mandi, urut hidung dari pangkal dahi ke atas. Amboi mentang-mentang hidung anak aku kembang…

Dengan hidung tu akan cair gadis-gadis kat Taman ni tengok Luth nanti.



5 ulasan:

  1. comelnya Luth :) saya tgh menghitung hari.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah semuanya selamat...
      semoga dapat anak yang comel dan cerdik macam Luth... hi..;)

      Padam
  2. comel Luth. makin cerdik skrg ye! hehe.,.smga membesar dgn sihat

    BalasPadam
  3. comel nama Luth :) semakin cerdik yer Luth.. :)

    BalasPadam
  4. Btl2.. Tok bidan sini pn ajr wat gtu jgk..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...