Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131021

Perempuan mengandung mengidam mesti dipenuhi


Aku tak adalah mengidam sangat pun masa mengandung. Yang aku ingat, aku nak makan nasi air, ais cream yougurt Jusco tu je lah kot. Kadang-kadang ada jugak la bangun pagi tu rasa nak makan roti canai hari ni.. 

Tu pun kira mengidam ke? 

Tak kot.

Aku pernah dengar orang cerita perempuan mengandung yang mengidam pelik-pelik. Nak makan air sabun, selipar jepun la.. rusa, pelanduk la.. 

Kawan aku penah cerita dia nak makan jambu batu tak ada biji. Jenuh si suami buang biji jambu, sebab tak tahu mana nak cari jambu batu yang tak ada biji. Tapi kantoi sebab jumpa biji yang dibuang tak habis. Kalua tak, dia pun tak tahu apa beza jambu batu tak ada biji dengan ada biji. 

Ada jugak kawan aku yang mengidam nak makan rusa liar, jadi suami kesayangannya kenalah pergi berburu la. Kalau aku tak sanggup la, buatnya jadi apa-apa kat dalam hutan tak ke menyesal seumur hidup. 

Sebab aku tak kena, aku tak tahulah, mungkin ada setengah orang mengandung yang memang betul-betul mengidam sampai boleh sakit-sakit kalau tak dapat. Cuma masa aku mengandung, aku perasan aku ni jadi sensintif sangat. Bila terasa nak makan apa-apa, masa tu jugak kita nak. Kalau tak dapat, rasa sedih sangat. 

Mak aku selalu pesan, jangan ikut sangat, jangan dilayan sangat. Husband aku pulak pesan, jangan ikut terlintas je nak makan apa di sebut-sebut.. Sebab bila dah sebut, secara automatik akan teringat-ingat. 

Kalau tak dapat memang akan rasa sedih. Rasa tak disayangi, rasa pengorbanan kau susah payah mengandung tak dihargai..hu..hu. 

Dan bila keinginan tak dipenuhi..

Bila lahir nanti, air liur anak kau meleleh sebab kau mengidam tak dapat

Iya ke?
Aku pun tak tahu, yang mengidam tu mak budak ke anak dalam kandungan?

Oh sejak akhir-akhir ni air liur anak aku asyik meleleh sangat. Jiran-jiran aku asyik duk tanya, apa benda nak makan tak dapat waktu mengandung? 

Puas la aku duk fikir, tak dapat-dapat lagi. 

Kalau tak, boleh aku cakap kat husband aku…

‘Tu lah… dulu saya teringin nak makan… abang kata jangan ikut sangat’

Aku rasa semua bayi memang suka main air liur. Luth siap buat belon lagi. 

Bila anak main air liur, rambut mak akan mula gugur.





DNA Luth kat mainan







Betul.

Rambut aku dah mulai gugur. Bangun pagi kat bantal, penuh dengan rambut aku.. Aku minum collagen sekarang…huh.. kot boleh merawat masalah rambut gugur ni.

Grr...apasal bukan rambut ayah?
Aku ingat anak dah meresap zat maknya ni. 

Ada petua rambut gugur ni?

Mak tak mampu nak pergi Yun Nam.
hu..hu



10 ulasan:

  1. Mcm sy, mgidam tp buleh lak tangguh2 nk mkn sbb tggu suami blik dr borneo.. Bukan time2 jgk nk mkn.. Bby fhm kot daddy dia duk jauh.. Hihi.. Mknn plk bukn yg plik2.. Alhmdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mak ke baby mengidam ni? hu

      Padam
  2. Boleh try shaklee set rambut gugur..sy pn mkn jgk..lg bgs utk akk sbb dpt khasit nya kt baby jgk + susu ibu jd bnyk..

    wassapp sy klo nk lebih info: farhana 0132504180

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah..kalau ada rezeki kita try.

      Padam
  3. setakat ni imah xde lagi ngidam pelik2..yg biasa2 ja snang cari. paling jauhpun ngidam yg ada dekat rumah dkt kampung tp masih leh tahan.

    BalasPadam
  4. Mengidam ala kadar je.. tak teruk sangat... apapun patut dipenuhi... kalau tak air liur meleleh...
    rambut gugur memang tersangatlah banyak.. huhu
    petua org nak kurangkan air liur leleh... pi rumah org cubit sikit garam kat rumah org tu pastu calit kat mulut anak... insyallah..kurang sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa luth kecil, bila g rumah oang tua.. dia orang suapkan luth gula, garam.. tapi Luth telan tu kot x jadi..hu

      Padam
  5. hehehe..kesian mak Luth rambut gugur ye.. saila mmg jenis rambut gugur,nk potong pendek syg..so minum kolagen :) so far ok sgt :) psl mengidam tu xleh nk komen la sbb belum ada pengalaman..hehehe! tp x mengandung ni pun keja saila asyik request makannnn je :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah, nanti doa Saila cepat-cepat menagandung..

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...