Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131016

Sakitnya Beranak


Insyallah, sebagai perempuan kau akan rasa macam mana sakitnya beranak. Bagi yang belum pernah merasa pengalaman ni… jangan risau, sekejap je sakitnya. Sekelip mata, kau akan lupa rasa sakitnya bila doktor letakkan anak kau di atas perut kau.  Dan bila kau dapat menciumnya, hidup kau sebagai seorang perempuan akan terasa sempurana.

Aku ingat, aku pun nak coretkan pengalaman pertama aku bersalin anak sulung aku ni kat blog ni …maaflah macam dah lambat sangat.  Sudah lebih 2 bulan , Luth anakku pun dah besar. Aku pun macam ingat-ingat , lupa. Sebelum aku terus lupa… nak jugak aku  tulis di sini untuk kenang-kenangan.
Luth dilahirkan lewat 12 hari dari due date. 

Aku masuk wad sebab overdue 9 hari dalam keadaan sihat walafiat. Doktor bagi 2 pilihan nak masuk ubat atau masukkan alat apa entah kat bawah tu. Diterangkan juga procedure dan risiko yang aku akan hadapi. Aku pilih ubat, induce. Lagi pun dari penerangan doktor tu macam menakutkan je masukkan alat kat dalam tu.. ee ngeri.

 Aku masuk hospital hari khamis dan doktor rancang nak induce ahad. Apa aku nak buat kat hospital 3 hari dalam keadaan sihat walafiat ni…  Malam pertama kat hospital, bosan sangat-sangat, tak ada sapa yang temankan aku. Aku dah pesan macam-macam majalah suruh suami bawakan esok hari. 

Esoknya Jumaat…doktor mulakan usaha untuk buat aku bersalin secara normal. Tiap kali aku diperiksa, ‘laluan’ akan korek. Aduh, sakitnya... Ya allah, time ni aku dah mula rasa sakit, bukan sakit nak bersalin tapi sakit luka. Majalah yang suami bawakan memang dah tak larat nak baca.

Pagi sabtu tu bukaan sudah 4cm, tapi aku langsung tak ada rasa sakit nak bersalin. Contraction jarang-jarang dan tidak kuat. Doktor suruh aku rehat dulu kat wad. Petangnya sekali lagi aku diperiksa, bukaan sudah 5cm, tapi aku tak ada rasa sakit lagi. Doktor dah arahkan aku ke labour room. Masa tu aku rasa dalam jam 4.30 petang. Aku cuba lambat-lambatkan ke labour room, aku ke tandas, minum air, hubungi suami. Aku rasa hari tu aku la orang yang paling sihat yang masuk labour room. Tapi nurse tetap tolakkan wheelchair untuk aku, tapi kalau suruh jalan sendiri pun aku rasa aku memang larat sangat-sangat lagi.

Aku akan bersalin secara normal tanpa induce.

Kat labour room, doktor pecahkan air ketuban. Satu lagi masalah yang aku dah agak sebenarnya. Heart bip yang biasa nurse letak kat perut untuk dengar degupan jantung anak tak dapat mengesanya,, anak aku asyik lari-lari aje. Patutlah setiap kali aku dapatkan pemeriksaan bulanan dulu pun susah nak dapatkan degupan jantung anak aku. Aktif betul. Sudahnya, doktor tak bagi aku pilihan lain, sejenis heart bip lain kena dimasukkan dari bawah. Aduh..

Tuhan sayangkan aku nak hapuskan dosa-dosa aku.

‘Bukaan’ tak naik-naik.5cm,  6cm, 7cm, jatuh balik… Doktor terpaksa masukkan ubat supaya ada contraction tapi contraction aku tak lama dan kuat. Aku cuma rasa sekejap-sekejap je sakit. Malah aku boleh bersembang lagi dengan suami dan nurse bila sakitnya hilang. Doktor pun cakap tengok muka aku pun macam tak sakit je..  Tapi bila kesan ubat tu datang, sakitnya amat sangat. Apa ayat Quran yang ingat, aku bacakan aje. Masa ni teringatlah apa dosa-dosa aku, atau aku ada melawan suami, tuhan nak balas kat aku. Banyak-banyak mengucap, mintak ampun dengan suami. Mintak tuhan ringankan penderitaan aku.

Sampai 1 pagi barulah aku mula rasa betul-betul sakit nak bersalin, badan pun dah rasa lemah. Aku dah rasa lemah, letih sangat..Tapi doktor marahkan aku bila aku bagi tahu sudah tak larat. Katanya, dia dah  nampak kepala anak aku, tapi aku dah tak boleh meneran. . Aku cuba, tapi tak berdaya, heart bip anak aku sudah lemah. Tak ada cara lain doktor terpaksa gunakan  vacuum. Suami aku terpaksa keluar, agaknya ngeri kot proses vacuum ni. Kalau aku gagal meneran dengan bantuan vacuum aku akan dibedah.

Allah hu akbar. Besarnya kuasa Allah.

Sekelip mata je, aku selamat melahirkan bayi yang amat comel pada jam 1.43 pagi Ahad 28 Julai 2013.
Sakit ke vacuum? Tak ingat. Sekelip mata aje. Aku tak rasa sakit, mungkin dibius.
Kesian , kepala anakku yang lembut sedikit panjang. Anakku terpaksa dimasukkan ke wad sebaik dilahirkan untuk di awasi.

Tengahari tu anakku dah dibenarkan keluar. Cuma aku masih terasa sakit lagi. Dan terpaksa bermalam di wad lagi sehari. Aku mengalami pendarahan yang agak banyak akibat proses vacuum.

Insyallah, next entry aku nak tulis jugak pengalaman berpantang aku... Sakitnya lebih lama dari proses aku bersalin vacuum.
               
Oh, dulu-dulu ada orang mengandung sampai 12 bulan, boleh juga bersalin normal. Sekarang tak boleh, doktor kata nanti anak makan tahi, anak lemas. Kena paksa juga.

12 bulan. macam mana mak nak beranakkan Luth yang sebesar ni belum pun cukup 3 bulan dan apa aktiviti Luth dalam perut mak?

Main bendera?



3 ulasan:

  1. Skng dah bpe kg luth? Nmpk smgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 bulan 5.5kg.. sekarang nak masuk 3 bulan dah ni.. ayah dia kata dah seberat tong gas dah..:)

      Padam
  2. nampak berisi Luth walaupun baru 2 bulan. tq share pengalaman bersalin.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...