Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131018

Sebab aku gagal susukan anak aku


Aku rasa semua ibu berazam ingin menyusukan anaknya sepenuhnya. Tapi aku gagal.

Sebaik keluar hospital,  aku dah gagal menyusukan Luth sepenuhnya. Aku terpaksa campurkan dengan susu formula. Semasa tempoh berpantang aku agak lemah. Macam-macam dugaan aku hadapi. Aku sakit bersalin agak lama, kaki aku tak dapat bergerak, aku terlantar tak dapat bangun dan duduk dengan baik.

Anak pulak asyik menangis.. menangis dan menangis.

Siangnya Luth tidur sepanjang hari, malamnya Luth asyik menangis dan hanya diam bila dapat susu. Luth menyusu sepanjang malam, tak berhenti-henti. Kadang kesian tengok dia. Bila menangis, suaranya tak keluar, menangis sampai biru. Last-last aku pun menangis juga. Ada yang suruh campurkan nasi, nestum kat dalam susu. Risau anak aku lapar. Sedaya upaya memang aku tolak cadangan tu. Bagi aku, perut bayi tu kecil je, sebanyak manalah dia boleh terima makanan. Dia belum faham lagi erti lapar dan kenyang. Alhamdulillah,sekarang yang dihisap pun aku rasa tak sekerap dulu. Sekarang, bila dia  kenyang, dia tak menagis macam dulu lagi.

Dari hari pertama dilahirkan Luth sudah dapat penyakit kuning.

Banyak petua yang kami cuba, apa yang kami rasa tak bahaya kami cuba. Mulanya cuba susu kambing, jenuhlah ayahnya memerah susu kambing. Nasib baik ada kambing yang baru beranak. Lepas tu check, bacaannya naik. Risau pulak. Orang kata, susu kambing kena bagi sebelum kena kuning, tapi bayi ni dari lahir dah kena. Cuba pulak air buah kundur, anggur hitam…mandi daun inai dan macam-macam lagi.

Doktor, macam biasa nasihatnya, susukan dengan susu ibu. Ubat segala penyakit. Walaupun masih sakit, aku terpaksa juga berusaha menyusukan Luth sekerap yang boleh. Agaknya bayi yang kena kuning ni memang suka tidur. Susah betul nak kejutkan dia untuk hisap susu, tambah pulak dia tak tidur malam. Siangnya memang asyik tidur aje la. Dalam masa yang sama, aku tak berani nak ambil apa-apa ubat mahupun jamu. Risau boleh memberi kesan kepada Luth. Alhamdulillah, penyakit kuning Luth tak melarat. Lepas 3 kali ambil darah, hari ke 8 luruh tali pusat, penyakit kuningnya juga beransur kurang.

Sepanjang dalam pantang, aku tak dapat buat stock susu perahan. Malah terpaksa menampung dengan susu formula. Anak laki kuat menyusu. Sedih jugak kerana sebagai ibu aku rasa gagal. Aku setuju dengan kenyataan, ‘susu ibu mencukupi untuk anaknya’ memang cukup sebab aku perasan bila hari ni anak aku kuat menyusu, esoknya susu aku akan makin banyak. 

Nasib baik jugak, sepanjang berpantang aku tak pernah kena ‘bengkak susu, sebab  anakku asyik mengepam. Penat sangat tapi syukur aku tak sampai bedarah dan melecek. Ada setengah orang sampai keluar darah, bila susu mula nak keluar.  Cuma kalau nak mandi tu memang ngilulah..kena gigit dengan anak. Ada kawan aku sampai deman-deman sebab bengkak susu. Anak perempuannya kurang menyusu. Ibu pulak banyak susu.

Aku simpulkan penyebab utama aku gagal adalah kerana aku sakit. Atau bahasa kasarnya, aku tak cukup kuat semangat.

Aku cuti bersalin dua bulan aje. (aku harap satu hari nanti pekerja swasta juga dapat cuti bersalin 3 bulan, susah oi nak kerja bila hati asyik teringat anak) Sebelum mula kerja tu aku dah bising kat suami nak beli pump susu. Tapi tau aje la bila dah anak, memang susahlah nak shoping. Hu..hu..ada aje halangan. Sudahnya aku pinjam pump sepupu aku. Dia tak pakai , sebab masa bersalin dulu dia operate, alasan yang sama sakit masa operate, dia tak dapat menyusu. Nak tahu macam mana pump susu tu….



Macam nak tercabut tangan, betapa keras pump ni. Jenuhlah aku mengepam sambil berselimut dalam kain sembahyang 2 kali sehari kat surau kilang aku. Nasib baik aku ni perkasa, dan hasilnya memang memberangsangkan. Hu…hu..  Tapi pump ni memang lambat la nak keluar susu. Nasib baik aku ni bos, hilang lama-lama kat surau pun orang tak kata apa.

Kalau tanya aku, patut tak beli pump sebelum beranak? Beli la terutama orang beranak sulung macam aku.  Kita tak ada pengalaman, bayi tak reti menyusu, puti#g payu#ara tak ada, Masa aku bersalin kat hospital tu ada yang lebih teruk dari aku, susunya kurang kot…anak asyik menangis sepanjang masa, nurse memang tak akan bagi susu formula. Jadi terpaksalah berusaha untuk menyusu sendii. Tension sangat-sangat tau, anak  menangis lapar, kita pulak sakit.. Aku rasa kalau ada pump waktu tu, tu banyak membantu jugak.

Walaupun aku ni perkasa, aku teringin jugak nak beli pump yang elok sikit. Jadi aku oder la yang canggih sikit kat fabulous mom. Medelaharmony. Asalnya aku ingat nak beli yang elektrik, sebab sepupu aku cakap senang, sambil tengok tv pun boleh pump susu. Namun, atas sebab-sebab tertentu, aku beli manual jugak. Satunya, aku bukan nak pump kat rumah sambil tengok tv, kat rumah anak aku dah tolong pumpkan. Lagi pun kat surau kilang aku tak ada plug. Ofis aku pulak tempat terbuka. Lagi pun yang elektrik tu mahalnya sangat bagi aku yang tak berapa kaya ni. Selamat la duit aku beli yang manual jugak.. Aku pun puas hati sangat dengan pump medela aku ni, tak lah lenguh sangat tangan kalau nak banding dengan pump bulat sepupu aku tu.

Tengok kemontelan anak aku..hu..hu...


Setiap pagi sebelum pergi kerja aku susukan anak aku kenyang-kenyang dulu. Jadi, tengahhari sikit dia minum susu perahan dan top up dengan susu formula. Balik kerja aku akan menyusu dia. Waktu malam, memang aku tak bagi susu formula, aku susukan dia sepenuhnya. Lagi pun waktu ni  lah dia  nak bermanja dengan aku. Setakat ni, anak aku tak ada alahan apa-apa lagi, malah dia boleh menyusu susu aku, susu perahan susu fomula dengan  baik. Cuma masa dalam pantang tu dia kerap sikit buang air besar, sekarang biasanya sekali atau 2 kali sehari sahaja. Kira normal la.

Awal dulu aku ada bagi susu yang mahal sikit tu..susu.N.. yang biasa orang bagi kat bayi. (kononya susu dari tumbuhan)  tapi nurse kat kampung aku dulu cakap susu tu ada lemak bab#, so aku stop, bagi kucing minum. Tak apa kot, kucing minum bab#. Then, husband aku beli  Dutch Baby , murah berbanding susu lain. Orang kata cuba susu murah dulu, kalau dia okey dia boleh minum susu apa-apa aje. Boleh tukar-tukar.




12 ulasan:

  1. masa kat hosp pun nurse pesan kalau nak bg fm bagi susu biasa2 je.tak perlu yg canggih2 sbb belum tahu keadaan anak.
    sarah pun gagal nak bg sepenuhnya bf sbb bby kuning+ dehydrate masa minggu 1st. down sgt bila org terdekat yg suruh topup fm.tp nk bertahan anak pun asyik lapar.
    takpe la, atleast kita sedaya jugak nk bf anak kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. susu yang biasa, selalu iklan kat tv tu.

      Padam
  2. inilah yg dikatakan pengorbanan seorang ibu kan..=)

    BalasPadam
  3. Dh sakit nk cmne. Xsangka entri kita sme lak.. Hehe.. Susu ape n tu.. 'Curious'

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tanda halal tapi bukan jakim
      tu yang tak berani nak cakap.
      kot nanti jadi fitnah.
      dah tahu ada unsu babi, elakkan lah.

      Padam
  4. susu n tu susu ape? enfalac ke..
    jijah pon campor gak yunk mula2 dulu.. betul anak laki kuat myusu.. sedihh bila anak ngis lapar..huu
    walau susu fm pon tu rezeki juga tp cara yg berbeza gan susu ibu,,

    BalasPadam
  5. Susu ibu tupun rezeki kan. Tiap2 orang keadaan dia xsama. ada org yang murah rezeki dia nak bagi full breastfeeding dekat anak. setengat tak. Ibu mana pun tetap nak bagi yg terbaik dekat anak. Kita leh usaha tapi penentu nya Allah. Imahpun dah masuk dalam list nak beli barang baby nanti kena beli jugak FM sbb takut tetiba xcukup susu ke, susu xnak keluar ke, xkan nak biar baby lapar kan. Tq for sharing ur experience..

    BalasPadam
  6. tu la..saya pun harap pekerja wanita swasta diberi cuti berpantang 3 bulan..tak pe..next anak kena bersedia dr segi kelengkapan menyusu, ilmu dan kena ada backup grup menyusu siap2.. jika ada apa2 keraguan blh tanya dan sebagai sokongan moral

    BalasPadam
  7. saya akui kesilapan besar sy gagal menyusu anak adalah disebabkan kekurangan ilmu berkenaan penyusuan..Alhamdulilllah ank kdua byk persediaan dan masih menyusu di usia 1 tahun.

    Perasaan Saya Apabila Gagal Menyusu Anak Sulong

    BalasPadam
  8. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    BalasPadam
  9. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...