Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131109

Permainan Menyeronokkan 0 hingga 3 bulan


Aku memang nak belikan Luth permainan. Tapi usia Luth yang masih telalu muda, bukan mudah nak mencari permainan yang sesuai dengan Luth. Ada juga mainan yang aku beli tapi Luth tak suka.

Aku perlu sedikit kreatif untuk merangsang Luth

Semua berkibar, bergerak


Kipas berkibar, calendar berkibar..langsir berkibar, apa saja yang begerak, buat Luth teruja. Aku gantung aje apa-apa yang barayun di strollernya.

Belon air liur

Lap-lap ada.. Baru sekejap lap, pecah lagi belon. Biarkan.

Meniarap


Pencapain yang paling memberangsangkan setakat ni.

Luth dan cermin

Sapa budak yang paling comel? 
Luth lah..
He..he.. dia senyum..
time menangis lalukan depan cemin, sempat lagi jeling tengok cermin.


Luth dan plastik

Rok..rak… bunyi plastik memang buat Luth geram sangat-sangat.

Meraba wajah


Ambil tangan dia, rabakan ke wajah mak…
Mata, pipi..hidung, mulut..gigit tangan dia, mesti dia ketawa. 
Sentuh rambut mak pula…Luth suka tarik rambut. 
Buat dia geli, raba wajah ayat, jangut ayah yang baru lepas trim.. ketawa geli..

Sorok-sorok

Letakkan kain atas mukanya... 
Panggil dia..Luth-luth..mana Luth. Luth akan bergerak-gerak, cuba menyelak kain. 
Tapi tangannya masih tak pandai nak selak. 
Tarik kain dari mukanya.. ‘ni pun Luth’. 
Dia akan gembira melihat muka kita.

1 and 2, 2 and 3, 3 and 4, I love you

Nyayian mak paling sedap, paling Luth suka.
Tunjuk 1 jari kanan..one, jari kiri,and two… 3 jari kanan, three and four. 
I love you. Cium Luth..

Geletek-geletek, cium-cium... asalkan bersama mak ayah.. Luth suka.. suka sangat.


Untuk anak kecil, yang masih belum tahu meminta-minta lagi aku rasa mainan ni sudah cukup merangsang Luth. Paling penting kasih sayang, masa berkualiti, dan perhatian mak ayah. 


5 ulasan:

  1. wah, luth da boleh meniarap ke kak? mikail belum lg..tengkuk pon lembik lagi..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. niarap sekejap-sekejap je..

      Padam
  2. Alalala., cumey sgttt si kecik ni..nheee

    BalasPadam
  3. berapa bulan dah luth ni. hehehe.. rasa janggal plak sebut luth tapi utk anak org lain. anak saya namanya luth je sepatah. luth bin mohd azrul. dah 8 bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jd mak angkatlah..hu..hu..
      ni muhammad luth rafiqi, sekarang dah 4 bulan. sebayalah anak kita sekolah nanti.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...