Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131128

Sayang nak buang…


Aku rasa ramai orang kat luar sana terutama perempuan macam aku yang jenis penyayang (oh..penyaynag macam aku) sangat-sangat. Ni cerita tak ada kaitan dengan sayang kasih,  cinta cintun kat sapa-sapa tau.

Sayang nak buang sampah!

Tiap kali nak buang sampah, aku mesti rasa sayangnya nak buang macam tu  sahaja.
Betul-betul sampah ke?
Tak boleh nak reused balik ke? Nak recycle balik ke apa? Buat kraft ke?

Tulang-tulang, sisa makanan, sisa sayuran, daun-daun kayu gugur, semua boleh buat kompos. Boleh buat baja tanaman. 
Organik gitu.

Tapi itulah, duduk rumah link-teres tanah yang ada pun sekangkang kera...

Pernah aku tanam perut ikan kat depan rumah dan  tak dapat kambus dengan baik sebab tanahnya jenis berbatu-batu. Sudahlah dihurung semut yang gatal, lalat-lalat, digali kucing-kucing lapar. Bayangkan bila aku  nak buat kompos ni, habislah rumah aku, jiran-jiran aku kena serang lalat.

Kraftangan daripada bahan buangan

Aku memang suka Green Idea. Aku pun suka buat kaft.
Beberapa minggu lepas aku sibuk searching website green idea. Oleh kerana terpengaruh dengan website, aku simpan tin-tin susu kononya nak buat macam ni.


Alih-alih mak aku buang.
Jadinya aku basuh dan simpan kat dalam bilik. Takut mak aku buang lagi.
‘Kenapa ada tin dalam bilik, semak!’ Bising pulak husband aku.

Aku rasa macam terlalu ideataklogistik je projek konon-konon aku.

Sudahnya tin aku jadi tempat letak sikat. Tunggu masa nak buang jugak ni.

Kraf guna bahan buangan ni macam tak berapa praktikal untuk aku yang tak berapa seni ni. Contohnya nak buat botol kicap jadi pasu bunga.Mana aku nak letak pasu bunga botol kicap tu?  Buat semak rumah saja, lain lah kalau rumah kau besar.


Tapi kalau rumah besar pun aku rasa macam tak masuk pulak dengan deko rumah. Macam tak selamat je letak tepi tingkat. Budak kecil main-main, kena langar ke? Ishk.

Lainlah kalau kau mampu buat mcam ni ke.


Boleh tukar botol jadi lampu.

Kalau anak aku dah besar sikit..mungkin seronok juga buat aktiviti kraft ni dengan anak aku. Buat main-main sekejap lepas tu baru buang.  Rasa macam dah fully utilized.

Bila nak shopping sabun mandi, aku akan pilih yang di pack dalam plastik sahaja, bukannya botol. Balik rumah, tuang balik dalam botol-botol lama.

Botol jem, memang aku simpan sekarang. He..he..jadi balang isi barang dapur. Cantik je.

 Buat masa ni aku memang tak dapat lagi nak full utilized barang buangan. Nak simpan pun buat semak rumah sahaja.

Idea yang paling praktikal, buang jugak sampah tu. Nak jual pun aku rasa tak berbaloi sikit-sikit. Rumah aku tak ada ruang. Tapi asingkan sampah yang boleh dikitar semula. Plastik, botol, kertas aku letak asing.

Aku harap orang yang kutip sampah rumah aku dapat kumpul dan jual. Semoga rezeki mereka bertambah dan terima kasih sudi ambil sampah rumah aku.


Amin.



7 ulasan:

  1. Sy mmg takde pemikiran HIJAU lgsg. Hahahah1 Sy ni pantang tgk brg yg menyemakkan pandangan mata. Buang sana sini. Mmg tak kose nak pk recycle bikin tu bikin ni sbb sy jenis tak suka sampah. Tapi tak ley tiru mcm sy. Tak bgs lgsg. Huhuhu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuat fikir jer..huhu..
      buatnya hampeh.

      Padam
  2. eh, sama la kita. saya pun jenis penyayang tak bertempat gak. kadang2 span2 dalam kotak barang2 letrik tu sayang je nak buang. kotak kasut ke. kain-kain perca yang sisa jahit apa2 tu pon saya kumpul gak. kadang2 kertas2 catalog free yg org letak dalam post box pun syg nak buang. kot2 boleh tukar jadi paper beg ke. tapi tak buat pun.

    ye awk. nama anak saya luth.

    BalasPadam
  3. huhuhu..macam saya jenis suka melapangkan rumah..n kalau ada yang bakal berstatus sampah,memang saya akan buang je..jenis tak sayang jugakla..hihhi

    BalasPadam
  4. Ehh sama la kita.. Sibok google tgk apa org buat ngan bahan buangan.. Pastu projek xjalan2 last2 botol tersimpan buang tuang minyak je hahaha.. Neway tin susu tu balut je cantik2 then leh letak apa2

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...