Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131106

Shopping Kedai 2 RINGGIT

Cuti Awal Muharam kemarin, aku dengan  mak pergi kedai 2 RINGGIT. Mak aku memang sangat teruja tengok semua barang dijual RM2. Aku tak pernah kot bawak mak aku kat sini, agaknya mak aku tak pernah tengok barang jual murah macam ni. Keturanan aku memang dasar suka barang murah kot. Huh.

Asalnya cuma nak singgah untuk beli hadiah kat anak jiran yang sambut Birthday. Budget ciput. Alih-alih aku dan mak bershopping kat kedai 2 RINGGIT. Macam-macam beli, pam tandas, bakul plastik macam-macam saiz, pinggan mangkuk, kepala paip  dan macam-macam lagi. Tiba-tiba pulak rasa beli kat Daiso macam mahal pulak.. ha..ha..

Antara barang comel yang sempat aku sambar untuk anak jiran aku.


Coloring book, buku melukis, note book, set pensil case dengan pensil tekan, ubat, eraser dan pensil warna (bekas bulat)

Nasib baik aku cepat sikit ambil, sebab lepas tu ada sekumpulan cikgu-cikgu memborong kat sini.  Aganya untuk hadiah anak-anak murid mereka.

Comelkan? 

Tiba-tiba rasa bestnya ada anak perempuan, boleh beli barang-barang yang comel-comel


5 ulasan:

  1. pinky semuanya. comel2..dah lama xg kedai 2 ringgit sbb dekat shah alam ni xde. dekat kampung mmg selalu pergi. Jimat.

    BalasPadam
  2. Cikgu mmg suka mmborong sini.. Jimat budget

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2:31:00 PTG

    Bg la detail tmpt kedai rm2 ni kat mana.. Nk share info, tp xdetail... Huhu sedih je yg membaca ni.. Mohon detailkan lokasi . kami pn nk g.. Nk jimat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak je kedai RM2.. nak area mana? :)

      Padam
  4. Tanpa Nama8:02:00 PG

    kedai rm2 di shah alam kat mane ye?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...