Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131129

Suami cakap aku kedekut


Aku sudah bentangkan budget 2014 kat suami. Ini ada kaitan dengan keseriusan aku untuk mendapatkan rumah idaman aku. Mungkin bukan rumah idaman, rumah sendiri lebih tepat. Kecil ke buruk ke tak apa, yang penting sekarang ni matlamat aku adalah rumah sendiri.

Semalam petang, balik kerja lepas bank in duit untuk bayar bil, nampak orang jual kuih-kuih tepi jalan.


Husband tanya nak beli kuih ke?
Sayu je. 
‘Tak nak’. L
Sa sekarang kedekut la.
Oit.

Sudah seminggu aku tak topup handphone. Masa bercinta dulu memang tak pernah terjadilah perkara ni. Handphone tak ada kredit. 

Mak aku mintak belikan tong sampah baru. Kucing geledah sampah, habis keluar perut-perut ikan semua. Tong sampah aku ni hancur pun pasal anak-anak jiran yang buat tempat panjat pokok mangga. Itu yang buat aku malas nak beli baru.

Teh lipton aku dah gunting siap-siap. Bahagi jadi 2. Tiap malam suami aku suruh buat seteko air tehO. 1 kotak ada 25 packet kecil untuk lebih kurang 25hari. Hah, sekarang dah cukup untuk 50 hari.

Pandainya aku.


Aku nak bawa bekal kat tempat kerja. Hajat nak masak pagi-pagi memang payahlah. Anak kecik aku kena menyusu dulu sebelum aku pergi kerja. Aku masak malam hari, suami aku pulak makan banyak, tak sempat nak simpan. Tak apalah. Ada masa bawak bekal, kalau tak beli aje di kantin, tak mahal sangat pun.

Kalau malas pergi kantin, aku diet.

Aku bukan kedekut,
Aku jimat,
Sebab aku ni cermat,
Nanti aku dapat beli rumah cepat.

Extreme sangat ke penjimatan aku?
Hah..belum sampai naik bas pergi kerja. Tak kuasa aku!

16 ulasan:

  1. Tak de la kedekut...saya pun macam tu jugak..alhamdulillah dah dapat beli rumah sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedekut duit sendiri je.. :)
      insyallah menyusul

      Padam
  2. wah, gud luck kak..tetiba sy pon rasa macam akak jugak, nak berjimat utk beli rumah sndiri..sampai bila nak menyewa kan.. >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kita sama-sama berjimat.
      jangan wat entri/publish beli apa-apa tau..karang terbeli jugak..ho..mudah terpengaruh.

      Padam
  3. bukan kedekut tapi jimat dan spend wisely namanye ;)

    salam kenal ;)

    BalasPadam
  4. haha....nekad btul kawan aku ni....ape pun good luck...smga dpt ape yg diinginkn....sy pun nk kena ikut jgk ni.....

    eheh....tong smpah yg pecah dlu tu ada lg eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi..simpan wak kenangan..hu

      Padam
  5. bukan kedekut tu tapi berjimat.hehe.. beza kedekut dgn berjimat. samala kita, mmg tgah usaha jimat cermat. bukan setakat nak beli rumah sendiri tapi nak tampung kos hidup kat bandar yg makin meningkat & tambah duit saving sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cita pasal kos hidup..
      semua naik..kelapa je turun.


      turun dari pokok.

      Padam
  6. semoga apa yang dihajati ,tercapai nanti..cepat ke lambat,asalkan dapat kan..tapi tang teh tu lawak la..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kita bahagi 2 siap2..ho..ho

      Padam
  7. Moga impian jadi kenyataan..aminn

    BalasPadam
  8. sy pun kedekut jgk sebenarnya..haha
    eh kalau potong teh tu mesti isi dia berterabur kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak de bertarubur.. try la.. dia dah jahit bahagi 2.
      dulu sy potong dengan tangan jer puntak bertaerabur...sekarang gunting kasi kemas sikit.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...