Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131230

Belajar ucap terima kasih

Aku tak pandai sebenarnya nak buat kerja. Banyak kerja aku, aku sub kat orang lain tolong buatkan. Aku pandai cakap je. Theory nya aku tahu..tapi praktikalnya aku tak tahu, aku tak reti. Aku boleh tunjuk kau dengan detail kalau ada masalah berkenaan produk kilang aku, tapi kalau suruh aku repair, aku tak boleh. Aku surrender.

Bila aku dapat arahan daripada top management nak buat apa-apa, aku Cuma draft je apa nak buat..pas tu pass kat budak-budak ni tolong buatkan. Kalau tak faham macam mana nak buat, tanya aku balik. Nanti aku cerita balik.

Bila dah siap, bagi semua result kat aku. Aku nak present kat top management. Memang betul, korang punya kerja aku yang dapat nama. Aku berterima kasih sangat atas kerjasama korang. Aku tak dapat beri kau apa-apa sebagai penghagaan, sebenarnya aku amat berterima kasih kat korang.

Korang memang awesome.
Kalau korang ada kutuk-kutuk aku, tak puas hati dengan aku. Tak apa. Aku maafkan kamu.

Gaji aku pun kecil. Aku punya hutang lagi.Tiap bulan gaji aku kena potong buat bayar hutan PTPTN. Tu tak termasuk lagi hutang bla..bla…aku lagi miskin dari korang. Ot pun aku tak ada. Huh..huh..Gaji aku pun lebih kurang dengan yang korang dapat jugak.

Aku pun tak mampu nak belanja korang makan. Duit saku aku pun rm10 je sehari. Tu pun berjimat lagi nak menabung. Aku doa korang murah rezeki, doa-doa biar dapatlah lebih sikit bonus kita tahun ni. J

Terima kasih yer.


Aku pun nak ucap Terima kasih kat Photobook.
Aku dah dapat album aku. Comel jer.
Terima kasih ye. 2, 3 hari jer lepas upload aku dah dapat album ni. Terima kasih banyak. Sapa yang belum reedem baucer tu, cepat-cepatlah reedem. Kalau tak de gambar nak upload, macam aku ni.. kau letak je 1 gambar, 1 muka surat. Kecil je saiznya.


Cover page anak kesayangan aku

Favourite page aku. Comel.

End pages, dedikasi buat anak kesayanganku.

Terima kasih jugak buat kamu yang sudi singgah blog tak seberapa  ni, terima kasih banyak sudi komen blog saya.

19 ulasan:

  1. PTPTN sudah tukar ujrah? Baru² ni naik lagi charges dia. Ada insuran pulak. Bulanan paling kurang kena bayar RM193++. Huk aloh.

    BalasPadam
  2. seronok bila ada kawan2 yg memahami... doakan mrk juga murah rezeki..
    Photobook sy pernah buat poster print.. mmg cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam singgah di ambang 2014 :)

      Padam
  3. dilema seorang bos.... bos2 selalu kena camni... sy paham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ek..bukan bos.
      he. xde delima

      Padam
  4. wahh cantiknya pic2 tu..
    nk buat gak ler photobook nie..hihi

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum .. Salam perkenalan dari Ros..

    BalasPadam
  6. salam kenal...
    hebatnya seorang bos yg memahami:)
    cutenya baby at photobook

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan..bukan bos.
      alamak salah tulis ke..
      bukan bos.
      belum lagi.
      doa-doakan biar jd bos

      Padam
  7. Moga dimurahkan rezki lg di masa akan dtg...

    BalasPadam
  8. Cantik photobook tu...
    SELAMAT TAHUN BARU..

    BalasPadam
  9. Semoga tahun baru ni lebih menggembirakan kita..

    BalasPadam
  10. tulis di blog ni mereka2 tu baca ke?ucap terima kasih secara direct pada mereka2 iar mereka tahu awk sgt menghargai mereka.Bagus kalau awk dh lakukan begitu.hehe..

    photobook yg cute..sy byk sgt gambar,bila la nk tiup angin rajin..:)

    BalasPadam
  11. mantap gan :D Keep Posting :)
    Blogwalking Andrekocak Blog - Blog Cerita

    BalasPadam
  12. alolocomeinye photobook tuh..sy dah buat tp tak send lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. terangkan sikit pic tau.
      sara punya macam gelap sikit lepas print.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...