Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131202

Cabaran 5 tahun Minah Kilang


01.12.2008 ~ 01.12.2013.

Pejam celik dah 5 tahun aku jadi minah kilang.  
Terasa tua pulak.

Dari zaman anak dara, bini orang sekarang dah jadi mak orang. Aku masih kat sini. Setia. Tak ada banyak perubahan sangat kerjaya aku. Kawan-kawan aku asyik melompat kerja, aku masih di sini. Selesa, atau aku jenis takut nak buat perubahan yang drastik. Tambah lagi bila aku dah beranak ni, kebarangkalian aku nak tukar kerja makin jauhlah.

Serius, tahun pertama, kedua kerjaya aku memang cukup tertekan. Kena marah dengan bos, sampai menagis dah jadi perkara biasa. Kena marah dengan pekerja bawahan sampai nak menganis perkara biasa jugak. Malu pulak bila aku ingat-ingat zaman kebodohan dan kemanjaan aku. Macam mana aku boleh menangis?

Kerja yang paling susah nak buat adalah bila..
Bos suruh, kau suruh pekerja buat kerja itu ini.

Kalau kau pernah kerja kilang, kau tahulah macam mana organisasi kilang. Ada supervisor, leader, qc, technician, cleark, operator, manager itu ini, executive itu ini, GM, MD dan macam-macam lagi.

Aku paling susuh, paling tak reti nak arah-arah orang buat kerja ni. Bila kau orang baru masuk kerja dengan pengalaman O. Payah! Jangan sombong dengan degree yang kau ada, banyak benda yang aku tak belajar kat universiti, aku belajar kat sini.

Top management cakap, 
‘Kau lembut. Kau takut nak arah pekerja.’
Kawan-kawan seangkatan  cakap, 
‘Kau kaki bodek’
Subordinate kau cakap, 
‘ Aku otai sini, dah lama aku kerja.
Kau tak tahu apa-apa. Pui!
 Cakap banyak aku tampar perempuan ni’.
Pekerja bawah-bawah. cakap, 
‘ Aku ikut leader aku je.

Alhamdulillah, semuanya aku dah harung. Aku dah jadi senior kini.. hu..hu..



Pahit manis, suka duka minah kilang.
Aku pekerja kilang, bukan taukeh kilang.
Aku pekerja, bukan bos.
Kerja untuk company, bukan untuk aku.



4 ulasan:

  1. xpe kerja kilang pun satu kerjaya halal jgak kan..
    hehe ita pun penah kerja kilang jgk waktu bujang2 dulu..hihi

    BalasPadam
  2. Sy pun dh 5 taon keje kat tmpat sy.. Sblm kawen smpai branak pinak.. Tua dh kita ek hihi.. Masa lepas spm dlu pnh gak keje kilang.. Yer! Sgt mencabarkan.. Sy penah kne suruh buat keje berat tolak kotak radio berkotak2 sbb de laki baik ngan supervisor suruh supervisor arahkan sy partner ngan dia.. Sbb nk ngorat la.. Huh mencik.. Last2 dpt gaji tros chow eheheh..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...