Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131203

Guna separuh pun dah cukup, jimat lagi baik

Beberapa hari lepas dapat SMS daripada sahabat aku Ila pasal teh lipton yang aku bahagi 2 tu. Maaf tak dapat balas. Tahukan, kredit handphone aku tak topup lagi? L

Tak tahu pulak teh tu bahagi dua..Nak buat jugaklah. Rugi aje  tak potong.

Aku memang kena siap-siap potong, kadang-kadang husband aku rajin buat sendiri air dia, husband aku tak reti nak potong. (alasan)
Reti guna sahaja.


Sekali dengar, memang rasa kelakar…kedekutkan?
Tapi sayangnya, macam membazir sahaja.. celup teh sekejap sahaja.
Guna separuh pun dah cukup. Celup sekejap aje, kalau lama berendam, pahit pulak teh cik abang kita tu.

Sebenarnya banyak benda yang kita boleh jimat kalau kita nak.

Korang tahu tak kita dah guna banyak serbuk pencuci daripada sepatutnya?

Walaupun aku tahu, tapi ini memang tabiat aku yang paling susah nak kikis. Kalau aku membasuh memang kalau boleh nak letak sabun tu banyak-banyak. Biar berbuih-buih. Kalau tak berbuih macam  tak bersih. Sebenarnya sabun yang banyak buih tu, banyaklah bahan kimia macam sodium laurath sulphate.



Arahan kat label serbuk/cecair  pencuci biasanya suruh kau guna sepenutupkan?
Sedangkan separuh penutup pun sudah cukup.

Apa yang aku baca dalam web-web, separuh pun sudah cukup. Sepenutup serbuk pencuci tu cukup untuk melarut dalam air, maksudnya tak berketul-ketul lah sabun kau tu. Kalau kau letak banyak lagi dari arahan dia. (macam aku biasa buat) terlebih sabunlah.

Ini macam cerita ajinamoto nak naikkan keuntungan.  (Betul ke bohong?).

Kononya dulu-dulu perniagaan ajinamoto merosot teruk, orang jarang beli. Orang beli sekali pakai berbulan-bulan. Lepas tu ada hamba Allah cadangkan suruh besarkan lubang botol ajinamoto. Tiap kali guna, banyak ajinamoto yang keluar...
Maka ajinamoto cepat lah habis, cepat orang beli.

Brilliant idea…


Emmm, kena study balik berapa banyak serbuk pencuci yang nak letak dalam basuhan aku ni..

Tengok seluar kerja ayah dia… rasa macam nak letak 1 bag sabun jer. Grr.


Korang ada tips penjimatan? Jom kita share.


14 ulasan:

  1. teh yg uncang tu ke potong2..hehe
    sama lah kita..kalau guna sabun msti terlebih sbb suka tgk berbuih2..hehe

    BalasPadam
  2. Imahpun kalau bab2 pencuci ni xkiralah yg pencuci toilet ke, lantai ke, pinggang atau baju memang jenis xpandai nak bajet2. kdg2 ad produk tu guna setengah penutup botol dah cukup, setitik pun dah cukup tapi imah mesti akan letak banyak jugak sbb fikir kalau sikit nanti xwangi la..xbersihla. hehe....takde sangat tip berjimat barang dkt rumah. cuma yg selalu buat, beli bila perlu, dan setakat hendak guna je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli keperluan..:)
      betul tu

      Padam
  3. Tanpa Nama2:27:00 PTG

    kalau nak jimat guna teh, guna serbuk teh..harga lebih murah compare harga uncang.. xperlu lah potong dua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm masalahnya malas nak menapis di situ.. ada kemalasan lg..hurmm lagi pun husband cerewet.. nak lipton uncang aje. yg bulat pun dia kata x sedap. macam sama je rasa, tp dia leh tahu rasa lain..hu..;)

      Padam
    2. Tanpa Nama5:08:00 PTG

      kalau awk potong dua teh tu,tak berterabur ke part yg lagi 1 tu? sorry bertanya..sebab nak tau sgt :D

      Padam
    3. tak..memang uncang tu dah dibahagi 2 sebenarnya.
      dulu saya potong guna tangan jer x bertarur pun. sayang sgt tgok teh tu celup sekejap je.

      Padam
    4. Tanpa Nama10:12:00 PG

      ohw! baru tau..saya x pernah tau pun uncang tu memang ada dua keping :(
      punya lah hidup senang, uncang teh ada dua keping pun xtau..huhuhu!
      selalunya saya celup2 sikit lepas tu letak kat mata je.. :)

      Padam
    5. guna balik untuk mata pun dah jimat tu...

      Padam
  4. boleh tiru idea ptoong dua teh ni..hehe..tq :) tak penah terlintasplak sblm ni..kikiki...mmg kena bajet sgt2 skg ni....huhuh...

    BalasPadam
  5. hahaha....dah agak dah.....mesti kes xtopup, teruja nk bgtau yg ila br tau teh tu blh bahagi 2....rupa2nya kt tengah2 tu ada space.......

    sabun tu mmg ila xsuka buh banyak2....sbb guna softlan, nt bau sabun lg kuat dr softlan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah..suri rumah kena cerdik bab perbelanjaan dapur ni..

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...