Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131223

Homemade Topeng Muka dengan Kunyit


Kajian menunjukkan kunyit mengandungi kandungan semulajadi sebagai antiseptic yang sangat berguna untuk kulit.

Antara faedah kunyit untuk kulit adalah.
  • Kunyit dapat melindungi kulit daripada masalah pigmentasi.
  • Kunyit mengandungi antibakteria untuk merawat masalah kulit berjerawat dan lain-lain jangkitan kulit.
  • Anti-aging yang terkandung dalam kunyit dapat melambatkan process penuan.
  • Kunyit dapat mengurangkan kulit wajah yang berminyak.
  • Pengambilan kunyit dengan susu suam sangat bagus untuk meneutralkan darah dan mengembalikan kulit wajah yang cerah semulajadi.


Resipi topeng muka dengan kunyit
2 sudu besar tepung beras dan 1 sudu kecil serbuk kunyit dicampurkan bersama.
Campurkan sedikit air agak-agak pekat. Sapu ke muka dan biarkan sekejap.
Seeloknya 20~30 minit.
Bersihkan dengan air suam.
Untuk kesan yang baik, amalkan 3 ke 4 kali seminggu.


Dari zaman anak dara sampai dah jadi mak orang ni, masalah jerawat tak pernah hilang-hilang. Dah macam-macam produk aku cuba. Pantang dengar sikit orang promote, mesti nak cuba.

Jerawat di awal-awal kehamilan
Di awal-awal kehamilan hari tu, jerawat tumbuh dengan sangat dasyat. Masa tu malau sangat, tambah-tambah pulak bila kawan-kawan duk tegur. Ceh macam iklan New York Skin Care pulak. (Tapi tak adalah sampai mengutuk macam iklan tu..hu.. kejam gila!) Redha je la. Hormon tak stabil kot.

Aso (makcik Cina cuci ofis), selalu bagi motivasi kat aku,
Tak pa, lepas beranak  mesti ilang. Saya dulu pun itu macam jugak.
Em..harap-harap betullah..sok..sek..

Kawan aku cakap, nak dapat anak perempuan kot, muka tak berseri ni..Orang kata anak perempuan akan ambil ke seri an mak. Hua. .demi anak, tak pa.

Disebabkan masa tu aku tengah mengandung, aku langsung tak pakai apa-apa ubat jerawat, lotion, cream atau apa-apa je untuk kulit aku. Makan ubat ke, vitamin (selain doktor bagi untuk anak) jauh sekali. Takut ada effect kat baby aku.

Pembersih muka pun, guna jarang-jarang. Hu..hu..
Boleh kata, muka aku hampir FREE CHEMICAL. Kecuali bedak, tabur je.
Bertabahlah aku melalui hari-hari, bulan-bulan dengan masalah jerawat yang tak boleh di ubati ni.

Alhamdulillah, diakhir-akhir kehamilan aku, jerawat beransur-ansur hilang, tinggal parut-parut je. Lepas aku bersalin, boleh dikatakan aku langsung tak ada jerawat. Bersih jer.

Jerawat hilang lepas bersalin
Bila aku mula kerja, ramai kawan-kawan ofis tegur..wah, muka dah cantik. Auo..
Mungkin aku baru habis pantang, jaga makan, jadi kulit muka pun tak ada masalah.. Tapi gembira aku sekjap.

Huh..4 bulan kemudian, dia dah datang balik..

Adakah aku kena berpantang balik?


Mmm..aku ada pakai produk penjagaan kulit baru, kononnya nak bagi hilang cepat parut-parut jerawat ni. Mungkin tak sesuai dengan muka aku. Mungkin produk chemical tak sesuai dengan aku.
Oh..back to nature mungkin.

13 ulasan:

  1. nora pun susah nak cari yang bersesuaian dengan muka. mmg kalo guna natural cam herba lagi baik dari kimia punya barang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lambat lah nak cantik pakai natural..
      huha..x sabr

      Padam
  2. Sy pun ms mengandung anak kedua ni, jerawat kemain byk. Adeh!! Suami pun dok tegur. Ms anak pertama dulu, takde pun jerawat tapi pun takde seri gak. Selekeh g ade. Kuarnya, anak lelaki. Hahahahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..ha..
      memang dasar selekeh..salah kan anak x de seri..hi..:

      Padam
  3. banyak kebaikan kunyit ni kan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau..tp beli cream jgk..ho

      Padam
    2. dah malas sgt kan tu yg main beli je..hehe..akak lah mcm tu...:)

      Padam
  4. kunyit salah satu bahan antiseptik..memang baik untuk kulit berjerawat...

    BalasPadam
  5. So far aida pakai satu produk muka ni..Alhamdulillah serasi..taknak tukar lagi buat masa ni..hehee

    BalasPadam
  6. dedulu saya pun selalu naik jerawat atas hidung. sampai ke dalam dalam hidung. habis berparut.lepas tu kawan saya kenalkan ngan product mlm. tapi skeptikal la masa tu. maklumlah. product mlm kan. haha.. tapi da pakai tu rasa okay pulak. da lama tak naik jerawat kat hidung. parut tak hilang lagi la. tapi kulit da ada perubahan. husband pun da perasan. so okay la tu kan. hihi..

    kalau kaedah natural try la paste kayu mania. perit sikit. tapi jerawat cepat kecut.

    BalasPadam
  7. akak, cuba la ephyra. in shaa Allah mana tau serasi nanti.
    kalau akak menyusu baby pon bagus kalau minum ephyra. dia memperbanyakkan susu ibu. in shaa Allah

    BalasPadam
  8. benda natural ni semua nk kena rajin..sy ni yg produk doka da tinggal tepek pun malas.tp nk cantik...cmno?haha

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...