Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131225

Hukum Ucapan Merry Christmas

Sekadar berkongsi

 Islam mengharamkan membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. 

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

Boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.


Tak ada apa buat cuti hari ini..suami kerja. Melayan keleteh anak kat rumah.
Langsung tak boleh berenggan.

Masuk dalam perut balik nak?


hoho..
tu jer.




17 ulasan:

  1. Luth nak manje2 la tu....ibunya cuti skali skala hehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. baju cik ila bagi tu..
      dulu besar, skrg dah seksi

      Padam
  2. thanks kak share info ni.
    alahai, comey nya dia.. mama nk soh masuk blik dlm peyut. hihi

    BalasPadam
  3. Comel je soklan utk Luth tu....hehhehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x dgr dia nangis dlm perut.

      Padam
  4. TQ sharing...selalu juga terbaca ttg hukum mengucapkan Merry Christmas ni..
    comellnya dia.. mata bolat...cute:)

    BalasPadam
  5. Eee... rugi nak masuk perut balik dah comel macam ini. Sini ikut auntie terus auntie tak pulang balik pada mama baru tahu mama kan sayang...

    Sebaiknya dah tahu tak payahlah meraikan atau membesarkan agama/anutan mereka. Kita ada pegangan kita kukuhkan iman itu lebih baik kan... biarlah mereka dgn cara dan agama mereka.

    BalasPadam
  6. bestnye cuti2 boleh main dgn anak.. xkisahlah suami keje yang penting anak ada...

    salam kenal... http://upsidesdown.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Thank u for sharing this useful info..nasib baik tak praktikkan .. :)

    BalasPadam
  8. boolattnya mata..

    serba salah bila bercakap tentang sambutan perayaan.. team tempat kerja semuanya bangsa dan agama lain..bukan nak membesarkan.. pada saya, saya sekadar menghormati perayaan mereka.. dan insya allah tak menyebut perkataan yang menyebabkan syirik.. lagi pun dalam islam pun diajar supaya kita hormati orang agama lain kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama jgk, cuma ofismate ramai cina.
      diaorang selalu wish selamat hari raya bila time tahun baru cina wish jugak. selamat tahun baru cina. tak ada niat apa, sekadar membalas kebaikan diaorang.

      Padam
  9. kiutnya dia..terluap terus ceita ucapan chirstmas tu klu dpt tgok baby comel cmni..:)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...