Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131204

Mana nak Shopping barang murah

Akhir-akhir tahun ni memang banyak warehousale. Aku memang sangat teruja kalau dengar warehousale. Aku sanggup berhujan, berpanas, beratur, bersesak dan bersesat untuk warehousale

Tapi itu dulu, dengan anak kecil ni, 

malas aku! 

Tak kuasa aku!

Sebelum berumah tangga ni aku boleh dikategorikan kaki shopping juga. Kalau warehousale tu..memang aku tak senang duduk la kalau tak pergi.

Shopping baju, bag, kasut..benda-benda macam itulah. Aku ni bukan jenis gila barang branded, main sebat je..asal cantik. Kira barang-barang aku memang tak boleh nak buat hartalah. Bagi free pun orang tak nak kot. Alhamdullillah tak adalah sampai berhutang kadkredit bagai. Cukuplah gaji aku tak seberapa tu. 

Oleh sebab aku sangat-sangat gila shopping baju, aku setup business online bundle baju perempuan. Lepas tu, memang boleh dikatakan aku langsung tak beli baju. Aku rembat je dulu mana yang berkenan. Aku memang tak kisah orang alergik bundle! 

Kalau korang ada kegilaan shopping macam aku dulu (aku yang dulu bukan sekarang), aku nasihatkan kau setup lah business online macam aku. Konfirm keterujaan kau shopping berkurangan sikit. Hu..hu..kau boleh shopping barang lain pulak. Boleh gitu.

Hidup tanpa shopping?

Mampu ke?

Aku tak mampu? Kau mampu?


Walaupun aku cuba berjimat. Tak bermaksud aku langsung tak bershopping

Shopping is heaven, therapy for aku key.

Berbelanja dengan berhemah, 


Bandingkan harga yang tawarkan 

Kadang-kadang bila tengok pamphlet promosi pasaraya, kita akan tergoda dengan barang yang sangat-sangat murah. Contohnya kita tengok Tesco buat promosi Softlan rm10 sahaja. Kat Giant kita beli RM13. Maka, bersungguhlah kita pergi Tesco nak beli Softlan

Ada kau beli Softlan sahaja?

Tidaknya. 

Beli jugak susu, pampers, sabun, kicap, tengok nurget pun sedap, lama tak makan Maggie, rasa teringin pulak nak beli. 

Teringat pulak lotion dah habis. Belilah jugak. 

Ada jugak promoter suruh cuba kopi ciptaan baru, malu dah cuba tak nak ambik. Belilah jugak.

Untung beli Softlan RM3 tu entah ke mana.

Huh…jadi aku nasihatkan beli 3 sekali.(limit 3 barang per customer) Ini untuk barang keperluan yang memang kau akan guna untuk masa hadapan, bukan baju kau beli 3 sekali sebab nak untung. Tak pun suruh laki kau beli 3, ko beli 3, mak kau 3..ho..ho..

Bagi aku memang tak berbaloi kalau setakat nak pergi Tesco semata-mata nak untung RM3 tapi aku terbeli barang lain yang lebih mahal.

Kalau kau pernah belajar Marketing, ini pun salah satu stategi permasaran. Menawarkan harga murah untuk satu barang, menggoda orang ramai untuk pergi mendapatkan barang tu. 

Nilaikan keseluruhan tawaran yang pasararya tu tawarkan, terutama barang yang biasa kita beli macam barang-barang dapur. Biar mahal sikit, tapi bila campur keseluruhan jumlah barang yang kita beli sebenarnya lebih murah.


Aku suka shopping kat Tesco dan Econsave. Sebab 2 tempat ni agak dekat dengan rumah aku. Selain tu, aku ambik kira kemudahan parking yang luas. Aku memang fedup kalau berpusing-pusing bagai semata-mata nak cari tempat parking. Buat habis minyak kereta, masa aku lagi…

Pusing-pusing aku balik! 

Sekarang, dah bukak 99speedmark dekat lagi dengan rumah, selalu jugak beli barang-barang urgent nak guna. Contohnya gandum cap Wau, lebih murah beli kat 99 speedmark.

Kau tahu apa barang-barang keperluan yang ditawarkan murah daripada pasaraya lain? Share ye. 
Boleh sama berjimat.



8 ulasan:

  1. morning petak bunga!
    ada lagi 1 kedai murah jugak,tp bkn semua brg2 dia murah..kedai ThiznThatz makanan kucing murah kat situ..kat 99speedmart dgn giant pun x semurah ThiznThatz. so kena buat price list kot..hehehe..saila ada gak rasa nak buat price list..tak semua brg murah di satu2 kedai.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. good info, sapa nak beli makanan kucing..
      bagus kalau ada list macam tu..
      Thizn Thatz macam tak ada kot kat area kawasan sara ni.

      Padam
  2. suka p HERO... sbb ada kad utk kumpul ganjaran + dlm 3bulan, dpt katalog utk pengguna tegar, ada kupon yg murah sgt kalau nk beli diapers... fresh food pon ok, xde la ikan sampai mata merah... kecik pon kecik, maka nyer xde la terbabas beli menda bukan2 he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hero pun tak ada area rumah ni..
      :(

      Padam
  3. Sy bukan kaki shopping. Dalam setahun, 2,3 kali je saya all-out shopping. Itupun sbb nak restock baju anak. Kalau pegi holiday pun, saya tak suka shopping. Klu shopping pun, cuma souvenir utk family or kwn2. Tataulah nape dgn pangai sy ni. Hahahaha...

    Selalu kami belanja brg dapur kat Mydin. Mmg restock sebulan sekali sbb sy mls nak ke mana2 kedai lagi. Tapi kalau beli susu anak, tgu offer kat Tesco.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya boleh tahan shopping..
      sekarang dah tua ni slow dah ckit shopping

      Padam
  4. nasib la sini ada econsave.....tesco kbanyakan brg mahal, kalau pampers anak ila suka bli kt speedmart....

    tapi btul la...kalau ikutkan promosi murah tu mmg nak g beli, tapi xmemadai nk g semata2 nk beli 1 barang tu je...alih2 banyak jgk habis hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg pun suka g econsave gak

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...