Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131228

Masak setiap hari


Walaupun aku ni kerja, boleh dikatakan hampir setiap hari termasuk hujung minggu aku masak kat rumah. Aku ni kira beruntung juga sebab rumah aku dekat je dengan kilang tempat aku kerja.Tak pernahlah aku sangkut dengan traffic jem pergi balik kerja.  Kerja aku pun tak adalah penat sangat. Kalau tak ada testing product baru ke, tak ada complaint customer ke, tulis-tulis report sikit, draft-draft entry blog sikit..eh tu bukan kerja aku..macam makan gaji butalah aku.

 Jadi aku masih mampulah memasak setiap petang.

Aku ni bukanlah jenis pandai memasak. Setakat lauk pauk goreng-goreng tu bolehlah. Kalau nak gulai, kari, rendang bagai, aku tak khatam lagi. Jadi menu masakan aku setiap hari hampir sama. Kadang-kadang tak tahu nak masak apa. Bila tanya husband nak makan apa.

Ikutlah.

Susah tau nak fikir, apa nak masak setiap hari.

Tapi bila hujung minggu, terasa juga nak makan kat luar.  Aku rasa muak makan masakan sendiri.
Cuma masalahnya husband aku ni tak suka makan kat luar.

Dari zaman bujang lagi makan kat kedai! Ada bini pun tak akan nak makan kat kedai.
Tapi kalau kedai pelayan okey jugak.
Gurau tak boleh blah.

Ni lauk semalam, petang Jumaat
Sayur campur kubis dengan carrot. Stok sayur ni selalu ada dalam peti aku sebab ni sayur jenis tahan lama. Kalau jenis daun, beli sikit je..sebab cepat layu. Tak boleh buat stok. Kalau beli sayur weekend, bila hari Jumaat memang tinggal sayur jenis buah atau batang jer

Merah nak hitam tu, goreng sambal paru. Lama dah tak makan, selasa lepas singgah pasar malam beli sikit paru. Husband request suruh buat sup, aku takut tak sedap aku masak. Buat sambal goreng-goreng yang dah aku mahir je.

Gulai ikan Ayor (lupa nama ikan bahasa KL eh), semalam punya. Tingal seketul je tak habis, sayang nak buang. Boleh makan lagi tu.

Telur goreng tu penyelamat bila aku rasa paru aku masak sikit. Kira top up dengan telur gorenglah. Husband aku ni pelik, goreng telur tak mahu bawang. Letak garam sikit, jangan masin. Letak lada hitam banyak sikit. Tinggi betul standard nak masak telur goreng kat dia. (pasal itu je masakan yang dia terror).


Pagi ni sabtu, goreng kuetiaw nak buat breakfast.


Hari ni tak kerja. Tak tahu nak masak apa.
Lauk ikutlah.
Hari-hari duk fikir apa nak masak.
Senang dan cepat.



9 ulasan:

  1. Rajinnya dia masak setiap hari.. Hurm lama dah ni x menggoreng bihun2 mee kuetiow..

    BalasPadam
  2. Kak, (sorry tak tahu umur so pangge kakak aje, hehehe)

    kalau kueytiaw kaler macam tu kan kami orang panggil ia kuey tiaw bodo aje. sebab tak bubuh kicap. hehehe.

    sama la macam kakak saya. hari biasa masak goreng² aje sebab kejar masa. balik² masa benda yg sama juga. sampai dia naik bosan. hubby dia pun jenis tak kisah makan apa pun.

    saya la jadi mangsa dia tanya nak masak apa. saya pun bagi la idea. pastu dia cakap bosan la asyik² ayam ikan sotong udang. saya jawab la balik, dah tu aje yang kita boleh makan, lain kalau kita boleh makan pork memang la masuk dlm senarai tu.

    hahahahaha

    BalasPadam
  3. simple camni memang sedap..makan sure bertambah2 kan??

    BalasPadam
  4. Rajin nya masak...jenis sy ni kekadang weekend je baru dpt masak kt rumah..
    simple2 pun janji air tangan isteri kan..itu yg paling penting...suami pun suka:)

    BalasPadam
  5. sedapnya lauk..goreng paru tu saya suka..memang la encik suami akan suka makan dirumah..tapi ok la tu, tandanya dia sayang isteri..hihi..

    BalasPadam
  6. Rajinnya masak! seronoknya kalau rumah dekat dngan tempat keja. No more traffic jammed! hehe..

    BalasPadam
  7. Baguslah rajin masak...sy ni malas masak.... Tak suka.... Doakanlah sy rajin masak....hheee

    BalasPadam
  8. ehh kita ni sama la.sy pun msak hari2..umah pun dekat dengan tmpt keje..klu keje pg masuk pukul7 gigih tau bgun kul 5 masak utk lunch..en suami keje tengahari, msk siap2,balik keje beliau dh pegi keje..ptg tgok keadaan,kadang beli tp biasanya mmg masak..si chubby aiman kuat makan..:)

    sama la tak pandai sgt pun msk,goreng2 bolehlah..benda berkuah kari semua tu masih lg boleh..tp rendang mmg fail..bkn tak reti tp tak pernah buat..malas arr nk msk benda yg kena lelama atas dapur..hehe

    BalasPadam
  9. kata orang nak pikat suami,kena pikat dulu perut dia hehe allahuwaalam :)
    walau msk simple je yg pnting ada rasa kann !

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...