Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131209

Projek hujung minggu, tukar baju jadi bantal


Aku anak tukang jahit, tapi kuah tak tumpah ke nasi. Aku tak ada bakat nak menjahit. Dari kecil sampai dah tua belajar menjahit tak pandai-pandai jugak.

Mak selalu bising suruh belajar menjahit, 

Nanti nak jahit kain sarung pun kena upah orang..
Orang tak pakai kain sarung, pakai seluar..
Ha..ha.. lepas bersalin baru kau tahu.. nak jugak kain sarung tuh..
Oh, sekarang kain sarung beli, dah siap terjahit.
Selamat.
Kalau semua orang pandai menjahit, tukang jahit macam mak tak ada orang nak upah pulak.

Banyak alasan aku kalau dah malas..eh tak ada bakat nak menjahit.

Tiba-tiba semalam semangat nak menjahit..

Test sikit bakat menjahit..

Ni baju bundle, besar, kain nya masih cantik, macam belum guna lagi..



Eh, dah jadi bantal anak aku.
bantal kecil je, besar tak larat nak jahit. Rasa macam jari dah nak patah ni jahit bantal ni.
Tiba-tiba rasa kalau ada mesin jahit mesti best ni..hu..hu..


6 ulasan:

  1. sejak prepare hal2 kawen sendiri,baru rasa jatuh hati nak menjahit..bila time2 mcm ni nak belajar menjahit, mcm takde masa yg lapang pulak..sobs!

    insyaallah, one fine day, amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. berguna sangat kalau pandai menjahit.

      Padam
  2. ok la tu.. gigih awak jahit bantal pakai tangan :)

    BalasPadam
  3. bestnya kalau pandai jahit kan..macam-macam boleh jahit..hihih..transform jadi bantal tu idea yang menarik!hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiba2 teringin nak beli mesin jahit pulak.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...