Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131218

Rekod Perbelanjaan

Dulu masa aku mula-mula dapat kerja, lepas aku habis belajar…aku ada buku belanja harian. Aku catat semua perbelanjaan harian aku kat buku nota tu. Sangat detail, sampai beli gula-gula 20sen pun aku catat jugak. Masa tu aku rasa perlu sangat catat perbelanjaan aku sebab gaji aku sikit sangat. Jadi aku sangat disiplin buat catatan. Tapi bila aku dah dapat kerja sekarang ni, memang aku langsung tak tulis berbelanjaan aku. Aku tak tahu mana hilangnya duit gaji aku setiap bulan.

Sekarang bila aku ada matlamat baru, baru aku sedar kepentingan buku rekod perbelanjaan ni. Jadi aku mula balik mencatat segala duit masuk dan duit keluar harian aku.

Antara langkah pertama yang aku ambil untuk Bulan pertama ni (Bulan 12), Aku catat dulu semua perbelanjaan aku. Ini penting agar aku dapat membuat anggaran budget perbelanjaan bulanan aku.

Aku bahagikan kepada beberapa perbelanjaan wajib aku seperti sewa rumah, loan kereta, bil utilities, minyak kereta, duit saku, belanja barang dapur dan lain-lain. Semua resit-resit shopping aku tampal dalam buku rekod aku.

Bila masuk separuh bulan ni, aku review balik perbelanjaan aku, baru aku sedar budget yang aku letak memang tak cukup terutama barang dapur. Baru separuh bulan, tetapi aku sudah belanja untuk 1 bulan budget aku. Nak buat macam manakan? Barang dapur, tetap kena beli. Perut ni tetap kena isi..huh..hu..

Lepas balik kerja semalam singgah pasar malam sekejap nak cari lauk.  Serius terkejut, berapa ringgit aku belanja untuk beli lauk kat pasar malam..lauk mentah yer..

Mmmm…Semua barang dah mahal.

Aku harap aku dapat disiplin merokod perbelanjaan bulanan aku.





6 ulasan:

  1. samala kita! rekod perbelanjaan every month. tp imh xdetail smpai tulis tiap2 satu item. tp husband imah mmg lg rajin bab rekod2 ni. bila dh buat rekod bru kita tau mna pergi duit kia setiap bulan kn. brang mmg mkin mhal..huhu

    BalasPadam
  2. saya pun rekod jgk......tapi kdg2 terlupa hihihi.....

    BalasPadam
  3. Dulu memang ada rekod perbelanjaan,skrg bz sikit tu yg terus x rekod.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama gak..br nk mula disiplin balk..hu

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...