Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131229

Senyumlah sikit

Muka aku memang macam ni. Aku bukan sombong, memang muka aku jenis cengih. Mungkin pasal kening aku tebal. Tu yang nampak macam sombong. Nampak jer aku sombong, tapi sebenarnya aku ni tak sombong tau. Berapa kali aku nak ulang, aku ni tak sombong! Kalau boleh aku pun nak muka manis mcam Siti Nurhaliza tapi dah Allah jadikan kita ni tak secantik dia. Kenalah terima hakikat, Hu.hu. Mak aku kata, tak baik kutuk ciptaan Allah.

Laki aku selalu tegur 
apasal masam jer.
Eh, mana ada.Memang muka aku gini.

Jadi aku belajar senyum je.. Kadang tu bila aku turun kereta, balik kerja, nampak jiran duk melepak kat depan rumah aku senyum dulu. Kalau dia senyum balik, aku tegur.

Panas  ye hari ni.
Walau tahu hari memang  panas. Pasal aku tak ada modal nak tegur apa.

Kalau dia tak senyum?
Ishk rasa nak marah pulak.
Sombong! (marah dalam hati)
Senyumlah, bukan kena bayar pun. Baru lepas gaduh dengan laki kot, ke ngumpat aku eh!

Tapi letih tau bila asyik tersengih je…rasa sakit rahang ni. Jadi senyumlah seikhlas hati. Pasal muka nampak sombong nak buat mcam mana. 



Tak kenal, maka tak cinta.


6 ulasan:

  1. Ha..tak senyum tak pe lagi.. tp yg penting kalau ada orang senyum..kena balas senyuman tau.. saya geram betul kalau jumpa orang yg kita senyum pun dia buat tak tahu je..

    BalasPadam
  2. hehe...sabo je la...hanya yang kenal kita je tau

    BalasPadam
  3. sama macam saya. saya jenis yang kalau serius memang muka nampak masam. tapi kalau senyum atau sengih orang akan cakap, aik senyum aje?

    laaa pulak.

    BalasPadam
  4. tak boleh menilai dari luaran kan :)

    BalasPadam
  5. klu senyuman kita tidak dibalas mmg hangin..biar la tak peramah janji senyum.haha

    BalasPadam
  6. saya pon jenis muka masam..huhu

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...