Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131224

Tak Suka Berleter

Masa aku muda remaja (sekarang muda belia), aku sudah berjanji kat diri aku sendiri. Aku tak nak jadi macam mak aku. Asyik berleter jer. Salah sikit, leternya berjela-jela. Kadang tu belum buat salah lagi, baru je niat nak buat.. J dah berleter. Ishk macam tahu-tahu je dalam kepala otak aku. Pening kepala aku. Asyik duk ulang-ulang benda yang sama. Oh aku bukan anak yang baik.

Bila aku dah berumah tangga, mesti suami aku sayang aku sebab aku ni tak suka cakap banyak.
Tak suka berleter.  Cakap sekali je dah cukup.



Amboi bagusnya.

Abe, bangun subuh. Dah nak habis waktu subuh.
Mmmm…
Abe bangun!
Mmmm jap.
Bangunlah.
Bangun dah ni.
Bangun bendanya. Mata tutup lagi. Bangunlah. Subuh dah nak habis. Subuh gajah ni! Ni syiah ko? Sa tak nak abe masuk neraka sebab tak sembahyang subuh.. Ingat sa suka ke bising-bising pagi-pagi ni. ..Sa pun penat tahu, semalam Luth asyik isap susu. Bangun, nangis. Abe, tidur lewat lepas tu susahlah nak bangun…Bla….bla.. pok..pok.. (tak ada dah sayang-sayang bucuk-bucuk bangun, doknya bangun!)

Tiap pagi kalau tak gaduh dulu, memang tak bangunlah. Ada cara yang berkesan nak kejutkan laki bangun subuh?
Ustaz cakap bisikkan kat telinga dia inalillah..  tak jadi ustat!




Pastu dia komplen aku sekarang suka berleter. Sikit-sikit berleter.
Ingat aku suka ke berleter? Terpaksa tahu. Sakit tekak aku. Kalau aku tak ulang-ulang cakap tak adanya nak bangun! Suruh buang sampah pun kena ulang-ulang cakap, kena bagi ceramah sikit sebanyak baru buat. Baru tak lupa.

Aku nak ingatkan je, kalau aku tak ingatkan mesti dia lupa.
Mmm jap lagi abe buanglah…
Jap lag..jap lagi MESTI LUPA.



Aku DIAM bila aku merajuk. Kalu aku diam, maksudnya aku marah. Aku merajuk malam ni tak payah tegur aku, nak tegur, tegur esok! Kalau aku bising, aku berleter sebab aku sayang. Aku tak suka sebenarnya berleter, terpaksa tahu.. seksa jiwa aku.
Aku dah beransur-ansur bersalin kulit menyerupai mak aku…


25 ulasan:

  1. Itulah dulu kata mak haaa... sekarang baru tahu ye.
    Tapi sebaiknya tak payahlah berleter. Cakap baik-baik, mesti dengar punya.
    Kakak kejut anak-anak kakak memang dgn nada baik tau. Sebut 'sayang bangun'. Tapi si adik kakak panggil 'manja bangun'... biasa mungkin budak perempuan senang nak bangun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik kak.

      hi..kejut paknya..anaknya yg bangun..

      Padam
  2. saila tak la pandai bab rumahtangga ni, saila pun baru setahun kawen..jadi masih belajar,byk baca majalah2 wanita,ada byk info berumahtangga penulisan prof2 dan pakar, rancangan TV pun byk share info berumahtangga :) so far saila kalau nak suruh suami buat sesuatu, saila akan cakap baik2,mintak tolong,jangan paksa especially guna nada suara yang agak keras. Orang lelaki ni tak suka disuruh2,sebab diorang kan ketua keluarga..

    kalau suami suka guna perkataan 'nanti' kita bagi sikit masa kat diorang. jangan paksa lagi. bila 'nanti' dia tu tak bergerak jugak, remind je secara baik. jangan desak2..so far cara mcm ni berkesan hehehe :)

    suami ni dia ada ego,dia tak suka perempuan berleter,tak comel..hehehe..suami pun kena lah alert dgn tugas2 rumah dan tgjawab masing2..takde la isteri nak berleter hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak cakap baik2 jugak.. x suka tau bebel ni..

      Padam
  3. suami kite pon susah gak nak bangun subuh, kalo kte terlajak dua2 terlajak..
    tapi jarang la sbb selalu pompuan selalu bangun awal kan..
    cara kita kejut dia peluk pastu kejutkan, cium pastu kejutkan sampai dia tersedar la..
    sambil tu geletek-geletek la tempat yg patut..hehe

    maknenye manje2 la kejut tu..
    kalau marah2 mmg dia sentap terus tak bangun -.-"

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah try kaedah manja2..ngada2..
      karang jd lain..ho.. (tutup muka)

      geletek2 tak geli. janis tahan geli.

      dia suka kaedah konversional, kejut nga bebel2 baru bangun.
      ha..

      Padam
  4. Hahahaha! Mcm sweet je entri ni.

    Kite sama. Sy pun siap bercita-cita tak nak bebel mcm mak. Tapi kes kite lebih kuang sama. bab nak kejut bgn Subuh tu, adoi. Tapi dia tak merungut nape sy dok membebel. Sebabnya, dia lagi kuat bebel dari sy. Sy yg merungut dia kuat membebel! Hahahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. husband sy sebenarnya lagi kuat bercakap.
      sy jenis pendiam.. he

      Padam
  5. sebenarnya bila mak dah takde rindu nak dgr leteran dia...uwaaaa rindu kat arwah mak..

    ehemmm...akak pun suka berleter tau...hehehe

    BalasPadam
  6. alaaa..kita pon suka berleter..tak tau dah camana nak buang habit ni sebab aida pon tak suka..tapi kalau tak berleter,tak bergerak..sudahnyaa..sakit hati yang dapat..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya leteran kita ni nyanyian kat telinga dia kot

      Padam
  7. sama la..tak suka berleter tp kalau dah kluar ayat dr mulut ni..uit..pedas pulok..haih..nak elak cakap y bukan2 lahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgh belajar kawal mulut gak..

      Padam
  8. Bunda tak suka berleter dan dileter...tapi kalu dah terpaksa berleter ...siap! non stop...bernanah telinga...hehe

    BalasPadam
  9. hahaha.. i feel you.. saya pun hadapi masalah sama gak. susah nak kejut bangun subuh. tapi saya pulak jenis tak suka bebel. maybe sbb mak saya pun bukan jenis suka membebel. Jadi saya pun tak suka dibebel atau membebel.

    cuma bab nak kejut suami bangun lahai.. penah sekali nak kejut dia bangun sahur. kejut 2-3 kali dia takmo bangun. saya geram saya terajang kabinet. nak bebel tak reti gak. haha.. sudahnya seminggu kaki bengkak..

    saya rasa in a way membebel bagus supaya awak tak stress sgt. meluahkan perasaan. sbb kalau stress tapi tak boleh luahkan.. stress woo.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh sakitnya.
      dah lah sakit hati, sakit kaki pulak.
      sy sakitt tekak je..hi

      Padam
  10. Ini kes tak boleh nak komen panjang. Ikut mood rasanya.. kalau angij tak baik mmg terbebel... kalau angin baik mmg elak membebel.. dah bosan buat buat membebel di sekolah.. kalau boleh masa di rumah nak jadi mama yg sweet je...agak baik cita cita kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cita-cita nak jd mama yg sweet gak.
      cool gitu..

      Padam
  11. dear.. perempuan dan leteran mmg xdpt dipisahkan.. suami ada gak ckp nora bebel tp kan bila ada sekali tu nora diam .. dia plak xsenang duduk.. dia kata mmg suka nora leter.. aik?? haha just share my experience

    BalasPadam
    Balasan
    1. senyap tu something wrong somewhere.

      Padam
  12. akak garu garu je ibu jari kaki kanan suami akak tu. in shaa Allah.

    lagi satu saya suka gosok tapak kaki. tapi jaga jaga juga takut terkezut lain pulak jadinya

    BalasPadam
  13. haha klu dh namanya perempuan mmg tak lepas dr berleter..kita ni lebih kurang sama je pernagai..klu marah sgt mmg diam tak bercakap,marah sikit2 tu berleter je la.hakhak

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...