Inquiry: petakbunga@gmail.com

20130531

Warga emas mengandung

Sehari dua ni saya rasa mengah je, bang. Perut saya besar sangat kot, bang. Kalau berselisih dengan orang kat tangga, mereka akan berhenti bagi saya naik dulu sampai habis. Saya pun mendaki tercungap-cungap tangga dengan tiga kali berhenti. Tapi tangga tu luas bang..muat lagi tiga orang nak lalu.’

Orang mengandung biasa la tu.

Macam warga emas, banyak keistimewaan.

Tambah-tambah warga emas yang mengandung.

Ceh. Grrrr…

Kaki dah sembab, tidur malam pangku kaki tinggi-tinggi. 


Harap naik turun tangga ni dapat kurangkan kaki yang sembab ni… bidan cakap banyak berjalan bagus, senang  nak beranak..

Cayok..cayok…



20130529

Minah kilang


Kerja apa?

Kilang.

Ooo tak pe la slow-slow nanti dapatlah kerja elok-elok.

OPS, apa salahnya kerja kilang… Tak bagus ke kerja kilang. Jadi minah kilang.

Banyak kelebihannya… Hai-hari pakai uniform, tak payah fikir nak pakai baju apa. Penjimatan di situ.


zaman muda-muda dengan pekerja nepal.


Yang pakai uniform kilang tu bukan semua operator.

Manager pun kena pakai uniform tau.





20130528

Minum ais anak besar


Tahun ni kat kilang aku kerja ramai yang mengandung…

Tiga orang dah lepas...sorang kat QA bulan 2, kat production bulan 4, yang baru lepas bersalin kat bahagian Delivery ni bulan 5 baru ni. Lepas ni giliran aku bulan 7. Ada 2 orang lagi kat bahagian QC hujung tahun nanti.

Tapi rasa macam aku yang paling lama mengandung. Dulu, belum masuk 3 bulan aku mengandung, perut dah tak boleh sorot. Nak buat macam mana kulit perut tebal kot.

Ramai yang duk tanya bilanya nak bersalin.. hu,hu, Tengok perut macam tunggu hari dah, padahal dekat 2 bulan lagi.

Tu yang dia orang rasa macam lama sangat aku mengandung dan tak beranak-beranak lagi. Pantang aku cuti sehari dua, dia orang dah bergosip aku dah beranak. Siap anak kembar lagi tu. Tau la perut besar. Tapi 1 je la.



Mak asyik bising bila aku meneguk ais…

Nanti anak jadi besar.

Susah nak beranak.

ADUH takutnya.

Panasnya orang bawak perut ni.



20130501

Abang belajar niaga goreng pisang.

Cerita abang nga adik

Abang goreng pisang 1 ringgit berapa?
5 keping dik.
Nak beli 0.60 sen boleh abang?
Adik punya pasal boleh je.
Banyak ni bang.
Tak pe abang kasi.
budak, kesian tak cukup duit.




Abang nak goreng pisang 3ringgit.
Siap dik.Aik.... banyaknya duit syiling adik. Adik pecah tabung ke?
Bayak lagi duit bang.
Ooo.. kalau banyak duit kena membeli. Berat, nanti runtuh rumah.
habis lah duit budak ni.


Cerita abang nga awek

Abang dah kahwin?
Dulu dah. Sekarang belum.
He..he..he..
gatal.





Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...