Inquiry: petakbunga@gmail.com

20130624

Periuk besar kerak besar


Lepas habis belajar kerja kat Subang, jadi editor buku sekolah. Aku tak kisah pun jadi editor buku sekolah yang tak ada kaitan langsung dengan apa yang aku belajar kat uni. Masa tu gaji seribu ++ je. Menyewa dengan kawan-kawan kat seksyen 7 shah alam beramai-ramai... 

Tempat kerja dengan rumah sewa tak jauh pun, tapi sebab tak ada transport terpaksa setia dengan bas. Masuk kerja kul 9.00pagi. Bangun pukul 6.00pagi, sempatlah goreng nasi buat bekal. 

Dari seksyen 7 naik bas turun kat hentian bas shah alam kemudian tukar bas sampai seksyen 15, dari seksyen 15 tunggu bas ke subang. Bas ni sejam sekali je, kalau terlepas memang tak sempatlah masuk ontime. Tiga kali tukar bas, baru sampai tempat kerja. Balik kerja pukul 6 petang. Biasanya sampai rumah dekat pukul 8.00malam. Walaupun naik bas berkali-kali sehari tapi tambang bas seringgit je. Apa yang aku ingat, Rapid KL boleh pakai tiket untuk satu hari.. sekarang aku tak tahu. Sebab aku dah lama tak naik bas.Lagi pun kat Rawang tak ada bas Rapid KL.

Setiap hari aku akan rekod perbelanjaan aku...

Aku ada buku rekod berbelanjaan dari hari petama masuk kerja hingga hari terakhir kerja empat tahun dulu. Sekarang aku dah tak tahu ke mana hilangnya duit gaji aku setiap bulan. OH..

Lebih kurang 6 bulan jugak jugak berulang-alik dari shah alam ke subang. Dalam tempoh tu memang aku tak pernah cari kerja lain, sebabnya memang jenis malas nak pergi interview. Aku gagap interview. Lagi pun kawan-kawan kat tempat kerja memang best. Sampai la kawan yang masuk kerja kemudian dari aku confirm, aku jugak tak confirm-confirm. Masa ni aku rasa tak dihargai, rasa nak buat perangai. Baru la aku start cari kerja balik. 

Akhirnya aku dapat kerja kat Rawang ni. Sebenarnya aku nak jadi engineer. Ehem.ehem. Seingat-ingat aku jawatan yang di iklan pun ‘engineer’. Tapi bila dah dapat dia orang cakap Quality Assurance. Aku pun tak tahu jawatan QA ni apa. Aku terbayang jual insurances jer masa tu. Tapi macam tak logik kilang jual insurance. Sebab dah nekad nak tukar kerja, aku terima je.. redha..huh.hu..

Empat tahun dah berlalu, aku tak tukar-tukar kerja lagi..


Sekarang aku dah rasa macam nak tukar kerja pulak.. Walaupun gaji ada naik sikit tapi rasa tak cukup je… Tambah-tambah bila kawan-kawan update status kat fb macam best-best je.. hu..hu… rasa macam loser jer. Tu belum aku terpengaruh dengan baca blog famous-famous. Huh, bestnya life dia orang. 


Wang bukanlah segalanya, tetapi hidup perlukan wang. 

Betul la mak aku selalu kata, 

Periuk besar keraknya besar.


Aku pun dah tak boleh hidup macam empat tahun lepas.Nak naik bas pun dah macam masalah besar kat aku...huh... aku macam dah lupa naik bas. 

Rela tak pergi kerja kalau kereta rosak....

Aku kena muhasabah diri. Aku kurang besyukur rasanya… 

Cuba bandingkan dengan orang yang lebih susah. Asyik tengok kat atas lupa nak jenguk kat bawah. 





20130617

Termengandung

Kat kampung suami dulu ada cerita yang aib terjadi.

Cerita yang biasa kita dengar, kita baca dan kita tengok kat drama-drama television.

Ter-mengandung

Budak perempuan ni masih sekolah lagi, kalau tak silap tingkatan 6. Apa yang paling tak logiknya, sepanjang dia mengandung tak ada siapa pun yang tahu. Satu hari tu kat sekolah, dia sakit perut. Cikgu pun bawa la dia ke hospital, masa tu baru lah orang tahu dia mengandung dan sakit nak beranak. Mak bapak dia mula-mula  ingat anak dia sakit perut biasa je. Maknya  2,3 kali pengsan masa dapat tahu anaknya dah beranak. Tahu-tahu je dah jadi nenek.

Kalau fikir-fikir memang tak logik.

Macam mana dia boleh sorok perut. Aku mengandung tiga bulan pun perut dah buncit.

Kata suamiku, badannya berisi sikit,  orang ingat dia gemuk je. Balik je sekolah terus masuk bilik. Jarang bersembang-sembang dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Entah macam mana kat rumah pun mak bapak boleh tak perasan perubahan fizikalnya.

Paling sedih nasib bayi tu..Bayi tu perempuan. Masa mula-mula dia lahir tak ada siapa pun nak sentuh dia…entah apa la nasibnya.

Mula-mula memang rasa nak kutuk jer budak perempuan tu. Pandai buat dosa, pandai-pandai la tanggung. Tapi bila dah mengandung ni aku rasa kasihan pulak. Dan aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana adanya insan bergelar ayah kepada anak yang aku kandung ni. Sekurang-kurang aku ada tempat mengadu sakit perit mengandung dan insyallah tak lama lagi aku akan merasa sakitnya melahirkan anak kami.

Bila kita takut, tertekan kita jadi kuat.


Apa yang paling menakutkan manusia boleh melakukan sesuatu di luar kewarasan.



Akal waras berkata, mana ada ibu tak sayang anak.


20130614

Penatnya..saat bahagia ini

Mengandung memang penat,letih. Lagi-lagi bila dah sampai bulan ni. Macam aku dari mula tahu mengandung sampai sekarang, dah gain weight lebih 10kilo. Kadang bila tengok cermin, tak percaya sapa perempuan buncit itu..OH

Nak pergi kerja pun dah rasa malas. Tiap-tiap pagi macam-macam penyakit datang. Sakit pinggang, sakit betis, cramp kaki, kaki sembab, perut keras, perut senak dan yang paling teruk penyakit ngantuk dengan malas nak bangun.  Hari yang paling sihat adalah hari tak payah pergi kerja. Hari cuti. ADOHAI.

Pagi-pagi usap perut, ‘hari ni kita nak  g kerja, jangan naughty.’

 Macam kerja teruk sangat, padahal pergi kerja duduk je bersenang-senang kat ofis. Sekali-sekala je buat kerja. J Kelebihan orang mengandung. Tak boleh buat kerja berat. Dah macam bos pulak, orang nak jumpa kita, datang tempat kita. Kita nak apa, mintak aje. Tapi  dah nak sampai bulan ni, penyakit mengantuk sangat-sangat kitikal. Dah banyak kali kantoi nga ofismate, tetidur. 
ADUH. 
Rasa macam terkelip mata sekejap je.

Balik kerja lagi penat. Pukul 5, anak dalam perut sangat-sangat lah aktif, mak pulak dah lembik. Selalu je terlelap atas kerusi sambil tengok csi kat asto kononya. Sedar-sedar suami balik dekat maghrib. 
Mana ada tidur. Kelip mata je.

Bila dah lewat petang, nak masak pun malas. Time ni memang penat dan  harus tunjuk kat suami yang ibu mengandung  sangat-sangat penat. Dengan harapan dapat makan luar. HAMPEH. Kalu aku tak masak, dia pulak yang tolong masak nasi. Bila nasi dah masak haruslah aku yang masakkan lauk. Tekak aku belum boleh terima masakkan suami. AMPUN.

Saat paling bahagia mengandung bila bersantai-santai di malam hari dengan suami tercinta. Usapkan perut, tengok anak berpusing, menendang-nendang perut. Sakit tetapi bahagia. Suami urutkan kaki, sambil bercerita betapa letihnya hari ni.

Nanti ayah pesan kat anak,
‘jadi anak yang baik, ingat betapa susahnya mak mengandung.’






Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...