Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131026

Kucing tahu kau mengandung


Masa tu aku kat kedai makan   Kandungan aku kecil lagi, rasanya orang pun tak berapa perasan kot. Ada sekor kucing tu asyik terbelit-belit kat kaki aku, rimas pulak. Aku bukannya tak suka kucing, cuma aku rimas kalau dia asyik duk mengesel-gesel kat kaki aku je,tambah-tambah time aku makan. Rimas betul,  padahal ramai lagi orang lain. Pergilah gesel kat mereka. Hah, ni rasa macam nak sepak ni. Alah bukan sepak terajang pun, nak kuis jer.

Mak aku cakap ‘kucing tahu kita mengandung’

‘Biarlah dia’

Mak aku cerita ada makcik jiran aku, anak dia asyik menguis-nguis bila lahir sampai besar jugak baru hilang. Kepalanya terlentuk macam anak kucing kena pukul. Kesian. Kononnya kena badi kucing. Tanya-tanya, ada pukul kucing masa mengandung. Tu pun bukan sengaja, mungkin kucing tu curi makanan dia.

Moral of the story, jangan siksa binatang.  Binatang pun hamba Allah. Aku sampai nak tampar nyamuk pun takut. Paling aku geram bila kena dengan lipasterbang  yang tengah mengwan tu..asyik terbang-terbang kat muka aku… sabar je, rasa nak sembur je Ridsect kat lipas tu. 


Kecil-kecil dulu, aku percaya kalau aku ambil gambar kucing nanti kucing aku lari dari rumah atau akan mati. Sebab aku percaya, jadi aku tak pernah ambil gambar kucing aku.



Oh ini bukan kucing aku tapi kucing ni suka berak kat halaman rumah aku, jadi kalau dia hilang, aku sangat gembira. Jahatnya aku. 


20131025

Sesi melipat baju Luth versi rajin


Sejak dah jadi mak-mak ni… Blogwalking aku pun dah melencong dari blog fashionista ke blog mak-mak pulak. Dan sejak akhir-akhir ini aku selalu duk usha Susun Atur Sioca Kat situ ramai ibu-ibu yang post projek-projek mereka. Kagum betul aku dengan kerajinan mereka. Semuanya nak kemas dan teratur je. Kiranya aku yang tak berapa rajin ni pun dah terpengaruh jugak. Insyallah, semoga aku bertambah rajin. Amin.

Oleh kerana aku aku tak mampu dan tak berapa rajin lagi nak buat projek yang besar-besar. Aku start dengan melipat kain baju anak aku yang sehelai dua ni dulu..ho..ho..


Baju bayi ni kecil-kecil dan masalah aku selalu susah nak cari pasangannya. Ayahnya lagi teruk, main suka hati aje pakaikan anak hensem aku ni baju lain, seluar lain. Kaler bloking apa? So, semalam lepas blogwalking aku pun merajinkanlah mengemas balik bakul anak aku yang tak banyak baju lagi ni…

Baju dan selurnya aku susun siap-siap pasangannya, biar senang cari… Aku kena, pastikan baju dan seluar tak terpisah, so aku lipat la keadah ini..





Barut perut pulat aku gulung.





Barut perut ni pun dah tak banyak lagi boleh guna, mak aku buat banyak saiz, yang kecil-kecil semua dah tak boleh pakai aku dah simpan. Tinggal 2, 3 helai aje yang masih boleh guna. Barut perut ni  masih aku pakaikan stiap kali mandi, terutama pagi dan petang. Bila tengahari sikit, panas baru aku buka.

Stoking aku masukkan sebelah dalam sebelah yang lagi satu, gerenti tak hilang sebelah.

Tuala besar, lipat biasa. Tuala kecil Luth banyak,sebab sekarang Luth suka main air liur. Jadi aku bukak dan basuh sapu tangan cenderahati orang kahwin buat sapu mulut Luth.

Yes, kira percubaan aku nak jadi mak-mak yang rajin dan pengemas ni hampir berjaya.

Luth, sila kagum dengan mak.



 Baju anak aku tak banyak, Ni kebanyakkan baju newborn sampai 3 bulan aje, ada jugak yang sampai 6 bulan tapi jenis kecil. Nak masuk 3 bulan ni, baju Luth banyak yang nampak dah sendat, tu pun neneknya dah alihkan butang…buncit. Tak lama lagi, Luth dah tak boleh pakai baju ni. 

Cepatnya masa berlalu.


20131023

Susu sebelah kanan makanan, sebelah kiri minuman


Mak aku cakap nak menyusu mulai dari kanan, lepas tu tukar pulak sebelah kiri. Mula-mula bagi makanan, lepas tu bagi minuman pulak.  

Tiap kali menyusu anak , aku akan mulai dengan sebelah kanan kemudian bila tukar sebelah kiri anak aku dah kenyang. Aku takut lama-lama nanti payudara jadi besar sebelah.. ho..ho..  makin kerap anak menyusu, makin banyak susu yang dihasilkan , makin besarlah… grrr. Masalahnya sebelah yang besar.

Okey,

Mula dengan sebelah kanan, lepas tu tukar lah sebelah kiri.

Tapi..Bila aku nak tukar?

Aku tak tahu anak aku dah kenyang makan ke belum?

Atau dia cuma haus nak air. Jadi aku kena bagi sebelah kiri je la.

Pernah tak korang dengar foremilk dan hindmilk?

Susu yang diterima bayi pada permulaan tiap kali penyusuan ibu dipanggil ‘foremilk’ (susu cair)  ianya sangat banyak tetapi rendah lemak. Bila penyusuan diteruskan, kandungannya kurang tetapi tinggi lemak dan dipanggil ‘hindmilk’ (susu pekat).’ (‘The Breastfeeding Answer Book  ed. 2003)

Foremilk ini bolehlah dianggap macam minumun sebab ianya lebih cair. Manakala hindmilk ni lebih pekat dan kaya dengan lemak sangat penting untuk pembesaran bayi.  

Apa yang dicadangkan, biarkan anak habis menyusu sebelah dulu sebelum tukar ke sebelah. Jadi anak akan akan dapat secukupnya nutrisi daripada menghadkan masa. Ada setengah orang, menyusu sebelah kanan. Sebelah kiri dipam buat stok susu. 
Anak aku kuat menyusu, biasanya aku akan bagi dulu sebelah kanan. Sampai aku rasa kering  baru aku tukar sebelah kiri. Biasanya anak aku tak akan berhenti menyusu, sampai dia tersedak, atau susu keluar baru dia berhenti. Kadang tu bila aku lepas, dia akan menangis lagi, aku tahu dia masih lapar. Kalau dia dah kenyang dan aku rasa susu aku masih banyak, aku akan pamkan. Nanti aku boleh bagi susu tu.

Kiranya  apa yang aku amalkan hampir tepat lah. Aku cuma risau ketidak seimbangan payu#ara..hu..hu.. akibat menyusu sebelah lebih banyak.

Ni aku jumpa dalam internet: Kalau kau nak baca lebih detail..Klik

There are not “two kinds of milk.” Despite this common belief, there is no “magic moment” when foremilk becomes hindmilk. As the baby breastfeeds, the increase in fat content is gradual, with the milk becoming fattier and fattier over time as the breast drains more fully.

~ Susah nak tahu bila foremilk bertukar jadi hindmilk.


Foremilk is not always low-fat. The reason for this is that at the fat content of the foremilk varies greatly, depending on the daily breastfeeding pattern. If the baby breastfeeds again soon after the last feeding, the foremilk at that feeding may be higher in fat than the hindmilk consumed at other feedings.

~ Foremilk tak semestinya kandungannya lebih banyak lemak. Bergantung macam mana pola anak kita mengisap. Kalau anak kejap-kejap nak susu, Kemungkinan dia akan mendapat susu yang tinggi lemak, baki susu daripada yang sebelum.


Foremilk and hindmilk are concepts that really only make sense when longer intervals such as two to three hours or more occur between feedings. The longer the time gap between feedings and the fuller a mother’s breasts become, the greater the difference in fat content between her foremilk and hindmilk. These differences in fat content can vary greatly over the course of a day even among individual mothers.

~ Aku boleh nampak lebih jelas foremilk dan hindmilk bila mengepam susu waktu aku kerja. Permulaan mengepam, susunya banyak tetapi cair dan makin pekat makin lama mengepam.


Research indicates that there is no reason to worry about foremilk and hindmilk or to coax a baby to feed longer. As long as a baby is breastfeeding effectively and the mother does not cut feedings short, baby will receive about the same amount of milk fat over the course of a day no matter what the breastfeeding pattern. This is because the baby who breastfeeds more often consumes foremilk higher in fat than the baby who breastfeeds less often. So in the end it all evens out.

~ Jangan risau sangat sama ada bayi mendapat foremilk atau hindmilk selagi bayi menerima susu secukupnya. Khasiat diperolehi adalah sama.

Kadang-kadang aku terpaksa memendekakn tempoh penyusuan terutama pada waktu pagi sibuk nak pergi kerja. Lepas menyusu sikit aku akan cepat-cepat mengepam untuk diberi waktu aku kerja,, khasiat hindmilk  tetap dapat.


What’s most important to a baby’s weight gain and growth is the total volume of milk consumed every 24 hours. On average, babies consume about 750 mL of milk per day (Kent et al., 2006). As far as growth is concerned, it doesn’t matter if a baby takes 30 mL every hour or 95 mL every three hours, as long as he receives enough milk overall (Mohrbacher, 2010). In fact, researchers have found that whether babies practice the frequent feedings of traditional cultures or the longer intervals common in the West, they take about the same amount of milk each day (Hartmann, 2007) and get about the same amount of milk fat.

~ Kalau aku cuti, memang dia kerap menyusu tetapi sekejap je. Kalau aku kerja, dia menyusu botol agak banyak tapi tak kerap.

Kesimpulannya,  tak ada istilah sebelah kanan makanan atau sebelah kiri minuman.  Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Tapi aku hormat pendapat orang-orang tua. Mungkin ada hikmahnya, jadi tiap kali menyusu aku mulai dari kanan...




20131021

Perempuan mengandung mengidam mesti dipenuhi


Aku tak adalah mengidam sangat pun masa mengandung. Yang aku ingat, aku nak makan nasi air, ais cream yougurt Jusco tu je lah kot. Kadang-kadang ada jugak la bangun pagi tu rasa nak makan roti canai hari ni.. 

Tu pun kira mengidam ke? 

Tak kot.

Aku pernah dengar orang cerita perempuan mengandung yang mengidam pelik-pelik. Nak makan air sabun, selipar jepun la.. rusa, pelanduk la.. 

Kawan aku penah cerita dia nak makan jambu batu tak ada biji. Jenuh si suami buang biji jambu, sebab tak tahu mana nak cari jambu batu yang tak ada biji. Tapi kantoi sebab jumpa biji yang dibuang tak habis. Kalua tak, dia pun tak tahu apa beza jambu batu tak ada biji dengan ada biji. 

Ada jugak kawan aku yang mengidam nak makan rusa liar, jadi suami kesayangannya kenalah pergi berburu la. Kalau aku tak sanggup la, buatnya jadi apa-apa kat dalam hutan tak ke menyesal seumur hidup. 

Sebab aku tak kena, aku tak tahulah, mungkin ada setengah orang mengandung yang memang betul-betul mengidam sampai boleh sakit-sakit kalau tak dapat. Cuma masa aku mengandung, aku perasan aku ni jadi sensintif sangat. Bila terasa nak makan apa-apa, masa tu jugak kita nak. Kalau tak dapat, rasa sedih sangat. 

Mak aku selalu pesan, jangan ikut sangat, jangan dilayan sangat. Husband aku pulak pesan, jangan ikut terlintas je nak makan apa di sebut-sebut.. Sebab bila dah sebut, secara automatik akan teringat-ingat. 

Kalau tak dapat memang akan rasa sedih. Rasa tak disayangi, rasa pengorbanan kau susah payah mengandung tak dihargai..hu..hu. 

Dan bila keinginan tak dipenuhi..

Bila lahir nanti, air liur anak kau meleleh sebab kau mengidam tak dapat

Iya ke?
Aku pun tak tahu, yang mengidam tu mak budak ke anak dalam kandungan?

Oh sejak akhir-akhir ni air liur anak aku asyik meleleh sangat. Jiran-jiran aku asyik duk tanya, apa benda nak makan tak dapat waktu mengandung? 

Puas la aku duk fikir, tak dapat-dapat lagi. 

Kalau tak, boleh aku cakap kat husband aku…

‘Tu lah… dulu saya teringin nak makan… abang kata jangan ikut sangat’

Aku rasa semua bayi memang suka main air liur. Luth siap buat belon lagi. 

Bila anak main air liur, rambut mak akan mula gugur.





DNA Luth kat mainan







Betul.

Rambut aku dah mulai gugur. Bangun pagi kat bantal, penuh dengan rambut aku.. Aku minum collagen sekarang…huh.. kot boleh merawat masalah rambut gugur ni.

Grr...apasal bukan rambut ayah?
Aku ingat anak dah meresap zat maknya ni. 

Ada petua rambut gugur ni?

Mak tak mampu nak pergi Yun Nam.
hu..hu



Belalang masak sambal udang


1st time jumpa petai belalang. Oh, o…  o


kopek-kopek, 

sila makan kuaci petai. 

Ada berani?


Atau, masak sambal udang petai belalang


Pinggan comot, menunjukkan betapa sedapnya sambal petai aku..huh..hu. 



20131018

Sebab aku gagal susukan anak aku


Aku rasa semua ibu berazam ingin menyusukan anaknya sepenuhnya. Tapi aku gagal.

Sebaik keluar hospital,  aku dah gagal menyusukan Luth sepenuhnya. Aku terpaksa campurkan dengan susu formula. Semasa tempoh berpantang aku agak lemah. Macam-macam dugaan aku hadapi. Aku sakit bersalin agak lama, kaki aku tak dapat bergerak, aku terlantar tak dapat bangun dan duduk dengan baik.

Anak pulak asyik menangis.. menangis dan menangis.

Siangnya Luth tidur sepanjang hari, malamnya Luth asyik menangis dan hanya diam bila dapat susu. Luth menyusu sepanjang malam, tak berhenti-henti. Kadang kesian tengok dia. Bila menangis, suaranya tak keluar, menangis sampai biru. Last-last aku pun menangis juga. Ada yang suruh campurkan nasi, nestum kat dalam susu. Risau anak aku lapar. Sedaya upaya memang aku tolak cadangan tu. Bagi aku, perut bayi tu kecil je, sebanyak manalah dia boleh terima makanan. Dia belum faham lagi erti lapar dan kenyang. Alhamdulillah,sekarang yang dihisap pun aku rasa tak sekerap dulu. Sekarang, bila dia  kenyang, dia tak menagis macam dulu lagi.

Dari hari pertama dilahirkan Luth sudah dapat penyakit kuning.

Banyak petua yang kami cuba, apa yang kami rasa tak bahaya kami cuba. Mulanya cuba susu kambing, jenuhlah ayahnya memerah susu kambing. Nasib baik ada kambing yang baru beranak. Lepas tu check, bacaannya naik. Risau pulak. Orang kata, susu kambing kena bagi sebelum kena kuning, tapi bayi ni dari lahir dah kena. Cuba pulak air buah kundur, anggur hitam…mandi daun inai dan macam-macam lagi.

Doktor, macam biasa nasihatnya, susukan dengan susu ibu. Ubat segala penyakit. Walaupun masih sakit, aku terpaksa juga berusaha menyusukan Luth sekerap yang boleh. Agaknya bayi yang kena kuning ni memang suka tidur. Susah betul nak kejutkan dia untuk hisap susu, tambah pulak dia tak tidur malam. Siangnya memang asyik tidur aje la. Dalam masa yang sama, aku tak berani nak ambil apa-apa ubat mahupun jamu. Risau boleh memberi kesan kepada Luth. Alhamdulillah, penyakit kuning Luth tak melarat. Lepas 3 kali ambil darah, hari ke 8 luruh tali pusat, penyakit kuningnya juga beransur kurang.

Sepanjang dalam pantang, aku tak dapat buat stock susu perahan. Malah terpaksa menampung dengan susu formula. Anak laki kuat menyusu. Sedih jugak kerana sebagai ibu aku rasa gagal. Aku setuju dengan kenyataan, ‘susu ibu mencukupi untuk anaknya’ memang cukup sebab aku perasan bila hari ni anak aku kuat menyusu, esoknya susu aku akan makin banyak. 

Nasib baik jugak, sepanjang berpantang aku tak pernah kena ‘bengkak susu, sebab  anakku asyik mengepam. Penat sangat tapi syukur aku tak sampai bedarah dan melecek. Ada setengah orang sampai keluar darah, bila susu mula nak keluar.  Cuma kalau nak mandi tu memang ngilulah..kena gigit dengan anak. Ada kawan aku sampai deman-deman sebab bengkak susu. Anak perempuannya kurang menyusu. Ibu pulak banyak susu.

Aku simpulkan penyebab utama aku gagal adalah kerana aku sakit. Atau bahasa kasarnya, aku tak cukup kuat semangat.

Aku cuti bersalin dua bulan aje. (aku harap satu hari nanti pekerja swasta juga dapat cuti bersalin 3 bulan, susah oi nak kerja bila hati asyik teringat anak) Sebelum mula kerja tu aku dah bising kat suami nak beli pump susu. Tapi tau aje la bila dah anak, memang susahlah nak shoping. Hu..hu..ada aje halangan. Sudahnya aku pinjam pump sepupu aku. Dia tak pakai , sebab masa bersalin dulu dia operate, alasan yang sama sakit masa operate, dia tak dapat menyusu. Nak tahu macam mana pump susu tu….



Macam nak tercabut tangan, betapa keras pump ni. Jenuhlah aku mengepam sambil berselimut dalam kain sembahyang 2 kali sehari kat surau kilang aku. Nasib baik aku ni perkasa, dan hasilnya memang memberangsangkan. Hu…hu..  Tapi pump ni memang lambat la nak keluar susu. Nasib baik aku ni bos, hilang lama-lama kat surau pun orang tak kata apa.

Kalau tanya aku, patut tak beli pump sebelum beranak? Beli la terutama orang beranak sulung macam aku.  Kita tak ada pengalaman, bayi tak reti menyusu, puti#g payu#ara tak ada, Masa aku bersalin kat hospital tu ada yang lebih teruk dari aku, susunya kurang kot…anak asyik menangis sepanjang masa, nurse memang tak akan bagi susu formula. Jadi terpaksalah berusaha untuk menyusu sendii. Tension sangat-sangat tau, anak  menangis lapar, kita pulak sakit.. Aku rasa kalau ada pump waktu tu, tu banyak membantu jugak.

Walaupun aku ni perkasa, aku teringin jugak nak beli pump yang elok sikit. Jadi aku oder la yang canggih sikit kat fabulous mom. Medelaharmony. Asalnya aku ingat nak beli yang elektrik, sebab sepupu aku cakap senang, sambil tengok tv pun boleh pump susu. Namun, atas sebab-sebab tertentu, aku beli manual jugak. Satunya, aku bukan nak pump kat rumah sambil tengok tv, kat rumah anak aku dah tolong pumpkan. Lagi pun kat surau kilang aku tak ada plug. Ofis aku pulak tempat terbuka. Lagi pun yang elektrik tu mahalnya sangat bagi aku yang tak berapa kaya ni. Selamat la duit aku beli yang manual jugak.. Aku pun puas hati sangat dengan pump medela aku ni, tak lah lenguh sangat tangan kalau nak banding dengan pump bulat sepupu aku tu.

Tengok kemontelan anak aku..hu..hu...


Setiap pagi sebelum pergi kerja aku susukan anak aku kenyang-kenyang dulu. Jadi, tengahhari sikit dia minum susu perahan dan top up dengan susu formula. Balik kerja aku akan menyusu dia. Waktu malam, memang aku tak bagi susu formula, aku susukan dia sepenuhnya. Lagi pun waktu ni  lah dia  nak bermanja dengan aku. Setakat ni, anak aku tak ada alahan apa-apa lagi, malah dia boleh menyusu susu aku, susu perahan susu fomula dengan  baik. Cuma masa dalam pantang tu dia kerap sikit buang air besar, sekarang biasanya sekali atau 2 kali sehari sahaja. Kira normal la.

Awal dulu aku ada bagi susu yang mahal sikit tu..susu.N.. yang biasa orang bagi kat bayi. (kononya susu dari tumbuhan)  tapi nurse kat kampung aku dulu cakap susu tu ada lemak bab#, so aku stop, bagi kucing minum. Tak apa kot, kucing minum bab#. Then, husband aku beli  Dutch Baby , murah berbanding susu lain. Orang kata cuba susu murah dulu, kalau dia okey dia boleh minum susu apa-apa aje. Boleh tukar-tukar.




20131016

Sakitnya Beranak


Insyallah, sebagai perempuan kau akan rasa macam mana sakitnya beranak. Bagi yang belum pernah merasa pengalaman ni… jangan risau, sekejap je sakitnya. Sekelip mata, kau akan lupa rasa sakitnya bila doktor letakkan anak kau di atas perut kau.  Dan bila kau dapat menciumnya, hidup kau sebagai seorang perempuan akan terasa sempurana.

Aku ingat, aku pun nak coretkan pengalaman pertama aku bersalin anak sulung aku ni kat blog ni …maaflah macam dah lambat sangat.  Sudah lebih 2 bulan , Luth anakku pun dah besar. Aku pun macam ingat-ingat , lupa. Sebelum aku terus lupa… nak jugak aku  tulis di sini untuk kenang-kenangan.
Luth dilahirkan lewat 12 hari dari due date. 

Aku masuk wad sebab overdue 9 hari dalam keadaan sihat walafiat. Doktor bagi 2 pilihan nak masuk ubat atau masukkan alat apa entah kat bawah tu. Diterangkan juga procedure dan risiko yang aku akan hadapi. Aku pilih ubat, induce. Lagi pun dari penerangan doktor tu macam menakutkan je masukkan alat kat dalam tu.. ee ngeri.

 Aku masuk hospital hari khamis dan doktor rancang nak induce ahad. Apa aku nak buat kat hospital 3 hari dalam keadaan sihat walafiat ni…  Malam pertama kat hospital, bosan sangat-sangat, tak ada sapa yang temankan aku. Aku dah pesan macam-macam majalah suruh suami bawakan esok hari. 

Esoknya Jumaat…doktor mulakan usaha untuk buat aku bersalin secara normal. Tiap kali aku diperiksa, ‘laluan’ akan korek. Aduh, sakitnya... Ya allah, time ni aku dah mula rasa sakit, bukan sakit nak bersalin tapi sakit luka. Majalah yang suami bawakan memang dah tak larat nak baca.

Pagi sabtu tu bukaan sudah 4cm, tapi aku langsung tak ada rasa sakit nak bersalin. Contraction jarang-jarang dan tidak kuat. Doktor suruh aku rehat dulu kat wad. Petangnya sekali lagi aku diperiksa, bukaan sudah 5cm, tapi aku tak ada rasa sakit lagi. Doktor dah arahkan aku ke labour room. Masa tu aku rasa dalam jam 4.30 petang. Aku cuba lambat-lambatkan ke labour room, aku ke tandas, minum air, hubungi suami. Aku rasa hari tu aku la orang yang paling sihat yang masuk labour room. Tapi nurse tetap tolakkan wheelchair untuk aku, tapi kalau suruh jalan sendiri pun aku rasa aku memang larat sangat-sangat lagi.

Aku akan bersalin secara normal tanpa induce.

Kat labour room, doktor pecahkan air ketuban. Satu lagi masalah yang aku dah agak sebenarnya. Heart bip yang biasa nurse letak kat perut untuk dengar degupan jantung anak tak dapat mengesanya,, anak aku asyik lari-lari aje. Patutlah setiap kali aku dapatkan pemeriksaan bulanan dulu pun susah nak dapatkan degupan jantung anak aku. Aktif betul. Sudahnya, doktor tak bagi aku pilihan lain, sejenis heart bip lain kena dimasukkan dari bawah. Aduh..

Tuhan sayangkan aku nak hapuskan dosa-dosa aku.

‘Bukaan’ tak naik-naik.5cm,  6cm, 7cm, jatuh balik… Doktor terpaksa masukkan ubat supaya ada contraction tapi contraction aku tak lama dan kuat. Aku cuma rasa sekejap-sekejap je sakit. Malah aku boleh bersembang lagi dengan suami dan nurse bila sakitnya hilang. Doktor pun cakap tengok muka aku pun macam tak sakit je..  Tapi bila kesan ubat tu datang, sakitnya amat sangat. Apa ayat Quran yang ingat, aku bacakan aje. Masa ni teringatlah apa dosa-dosa aku, atau aku ada melawan suami, tuhan nak balas kat aku. Banyak-banyak mengucap, mintak ampun dengan suami. Mintak tuhan ringankan penderitaan aku.

Sampai 1 pagi barulah aku mula rasa betul-betul sakit nak bersalin, badan pun dah rasa lemah. Aku dah rasa lemah, letih sangat..Tapi doktor marahkan aku bila aku bagi tahu sudah tak larat. Katanya, dia dah  nampak kepala anak aku, tapi aku dah tak boleh meneran. . Aku cuba, tapi tak berdaya, heart bip anak aku sudah lemah. Tak ada cara lain doktor terpaksa gunakan  vacuum. Suami aku terpaksa keluar, agaknya ngeri kot proses vacuum ni. Kalau aku gagal meneran dengan bantuan vacuum aku akan dibedah.

Allah hu akbar. Besarnya kuasa Allah.

Sekelip mata je, aku selamat melahirkan bayi yang amat comel pada jam 1.43 pagi Ahad 28 Julai 2013.
Sakit ke vacuum? Tak ingat. Sekelip mata aje. Aku tak rasa sakit, mungkin dibius.
Kesian , kepala anakku yang lembut sedikit panjang. Anakku terpaksa dimasukkan ke wad sebaik dilahirkan untuk di awasi.

Tengahari tu anakku dah dibenarkan keluar. Cuma aku masih terasa sakit lagi. Dan terpaksa bermalam di wad lagi sehari. Aku mengalami pendarahan yang agak banyak akibat proses vacuum.

Insyallah, next entry aku nak tulis jugak pengalaman berpantang aku... Sakitnya lebih lama dari proses aku bersalin vacuum.
               
Oh, dulu-dulu ada orang mengandung sampai 12 bulan, boleh juga bersalin normal. Sekarang tak boleh, doktor kata nanti anak makan tahi, anak lemas. Kena paksa juga.

12 bulan. macam mana mak nak beranakkan Luth yang sebesar ni belum pun cukup 3 bulan dan apa aktiviti Luth dalam perut mak?

Main bendera?



20131010

Anak Aku, Anak Paling Cerdik Sedunia


Bila dah bergelar mak ni baru aku tahu betapa sayangnya seorang emak. Tak ada benda lain lagi atas dunia ni yang membahagiakan selain keletah anak kesayangan ini. Ingat lagi dulu betapa menyampahnya aku tengok  Wardina Safiyah jadi hos WHI, asyik cerita anak dia cerdik jer, apa ingat dia sorang ke ada anak. Aku pun ada anak kucing cerdik jugak, tak cerita pun..oi..

Sekarang, aku nak bercerita pasal betapa cerdiknya anak.

Oh hari ni anak aku dah pandai  senyum, dah pandai bergurau, dah pandai main-main.

Malam tadi dia sangat teruja tengok buku, aik kecik-kecik dah nak baca buku.

Luth dah mula nak meniarap.

Luth paling comel, paling cerdik, paling pandai.

Suka tegur orang, asyik senyum-senyum bila tegok orang.

Ni la keriangan seorang mak.

Maaf la, ni la naluri seorang mak… tak ada yang buruk pasal anak kesayangannya ni. Berak pun bau wangi.

Oh comelnya Luth meneran nak berak..ha..ha..


Oh, kawan aku India ajarkan urutan mancungkan hidung anak . Lepas mandi, urut hidung dari pangkal dahi ke atas. Amboi mentang-mentang hidung anak aku kembang…

Dengan hidung tu akan cair gadis-gadis kat Taman ni tengok Luth nanti.



20131008

Kenalkan buah hati mak


Buah hati mak dan ayah

Muhammad Luth Rafiqi
28 July 2013
01:43 am
3.3kg

Hari petama kita bertentang mata


hari-hari anak mak membesar


senyum tangis jadi peneman

Semoga menjadi anak yang soleh...




Sudah 2 bulan lebih anak mak...


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...