Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131130

Labur RM1 dapat RM700

Sejak akhir-akhir ni memang aku rasa aku agak berjimat cermat, bukan kedekut. Entri aku pun banyak berkisar tentang penjimatan.

Sebagai menteri kewangan, aku telah membahagikan duit belanja kami suami isteri untuk pergi kerja. Dan malam tadi aku bersungut, duit aku tak cukup. Esok aku kena ambil duit lain.


Tadi kat kilang ada kutip derma, ayah kak F meninggal. Sa bagi RMXX. Esok nak isi minyak lagi.

Eh mana boleh bagi tahu orang. Tangan kanan member, tangan kiri tak tahu. Itu baru betul

Bukanlah, sa nak bagitau saja..sebab apa sa tak ada duit hari ni.

Sebelum isi minyak, minum air dulu takut naik minyak lepas tengok minyak tak naik tangki.

Tiba-tiba aku tersedar, walau macam mana jimat pun jika rezeki Allah sudah tetapkan sebanyak itu, sebanyak itulah jua.

‘rezeki secupak tak akan jadi segantang’.

Kadang-kadang kita dapat duit banyak. Tiba-tiba ada sahaja hal, kereta rosak, anak sakit, belanja itu ini. Duit hilang macam tu sahaja.

Ruginya.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian daripada yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu.

Lalu ia berkata :
Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(QS Al Munafiqun : 9-11)

Tak ada guna kalau simpan duit banyak-banyak tapi tak melabur. Jom melabur dalam saham akhirat. Kau labur rm1 dapat rm700. Kau congaklah sendiri, berapa rmxx kau nak untung.

Untungnya!


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui. 
(Qs. Al Baqarah (2) : 261)




20131129

Suami cakap aku kedekut


Aku sudah bentangkan budget 2014 kat suami. Ini ada kaitan dengan keseriusan aku untuk mendapatkan rumah idaman aku. Mungkin bukan rumah idaman, rumah sendiri lebih tepat. Kecil ke buruk ke tak apa, yang penting sekarang ni matlamat aku adalah rumah sendiri.

Semalam petang, balik kerja lepas bank in duit untuk bayar bil, nampak orang jual kuih-kuih tepi jalan.


Husband tanya nak beli kuih ke?
Sayu je. 
‘Tak nak’. L
Sa sekarang kedekut la.
Oit.

Sudah seminggu aku tak topup handphone. Masa bercinta dulu memang tak pernah terjadilah perkara ni. Handphone tak ada kredit. 

Mak aku mintak belikan tong sampah baru. Kucing geledah sampah, habis keluar perut-perut ikan semua. Tong sampah aku ni hancur pun pasal anak-anak jiran yang buat tempat panjat pokok mangga. Itu yang buat aku malas nak beli baru.

Teh lipton aku dah gunting siap-siap. Bahagi jadi 2. Tiap malam suami aku suruh buat seteko air tehO. 1 kotak ada 25 packet kecil untuk lebih kurang 25hari. Hah, sekarang dah cukup untuk 50 hari.

Pandainya aku.


Aku nak bawa bekal kat tempat kerja. Hajat nak masak pagi-pagi memang payahlah. Anak kecik aku kena menyusu dulu sebelum aku pergi kerja. Aku masak malam hari, suami aku pulak makan banyak, tak sempat nak simpan. Tak apalah. Ada masa bawak bekal, kalau tak beli aje di kantin, tak mahal sangat pun.

Kalau malas pergi kantin, aku diet.

Aku bukan kedekut,
Aku jimat,
Sebab aku ni cermat,
Nanti aku dapat beli rumah cepat.

Extreme sangat ke penjimatan aku?
Hah..belum sampai naik bas pergi kerja. Tak kuasa aku!

20131128

Sayang nak buang…


Aku rasa ramai orang kat luar sana terutama perempuan macam aku yang jenis penyayang (oh..penyaynag macam aku) sangat-sangat. Ni cerita tak ada kaitan dengan sayang kasih,  cinta cintun kat sapa-sapa tau.

Sayang nak buang sampah!

Tiap kali nak buang sampah, aku mesti rasa sayangnya nak buang macam tu  sahaja.
Betul-betul sampah ke?
Tak boleh nak reused balik ke? Nak recycle balik ke apa? Buat kraft ke?

Tulang-tulang, sisa makanan, sisa sayuran, daun-daun kayu gugur, semua boleh buat kompos. Boleh buat baja tanaman. 
Organik gitu.

Tapi itulah, duduk rumah link-teres tanah yang ada pun sekangkang kera...

Pernah aku tanam perut ikan kat depan rumah dan  tak dapat kambus dengan baik sebab tanahnya jenis berbatu-batu. Sudahlah dihurung semut yang gatal, lalat-lalat, digali kucing-kucing lapar. Bayangkan bila aku  nak buat kompos ni, habislah rumah aku, jiran-jiran aku kena serang lalat.

Kraftangan daripada bahan buangan

Aku memang suka Green Idea. Aku pun suka buat kaft.
Beberapa minggu lepas aku sibuk searching website green idea. Oleh kerana terpengaruh dengan website, aku simpan tin-tin susu kononya nak buat macam ni.


Alih-alih mak aku buang.
Jadinya aku basuh dan simpan kat dalam bilik. Takut mak aku buang lagi.
‘Kenapa ada tin dalam bilik, semak!’ Bising pulak husband aku.

Aku rasa macam terlalu ideataklogistik je projek konon-konon aku.

Sudahnya tin aku jadi tempat letak sikat. Tunggu masa nak buang jugak ni.

Kraf guna bahan buangan ni macam tak berapa praktikal untuk aku yang tak berapa seni ni. Contohnya nak buat botol kicap jadi pasu bunga.Mana aku nak letak pasu bunga botol kicap tu?  Buat semak rumah saja, lain lah kalau rumah kau besar.


Tapi kalau rumah besar pun aku rasa macam tak masuk pulak dengan deko rumah. Macam tak selamat je letak tepi tingkat. Budak kecil main-main, kena langar ke? Ishk.

Lainlah kalau kau mampu buat mcam ni ke.


Boleh tukar botol jadi lampu.

Kalau anak aku dah besar sikit..mungkin seronok juga buat aktiviti kraft ni dengan anak aku. Buat main-main sekejap lepas tu baru buang.  Rasa macam dah fully utilized.

Bila nak shopping sabun mandi, aku akan pilih yang di pack dalam plastik sahaja, bukannya botol. Balik rumah, tuang balik dalam botol-botol lama.

Botol jem, memang aku simpan sekarang. He..he..jadi balang isi barang dapur. Cantik je.

 Buat masa ni aku memang tak dapat lagi nak full utilized barang buangan. Nak simpan pun buat semak rumah sahaja.

Idea yang paling praktikal, buang jugak sampah tu. Nak jual pun aku rasa tak berbaloi sikit-sikit. Rumah aku tak ada ruang. Tapi asingkan sampah yang boleh dikitar semula. Plastik, botol, kertas aku letak asing.

Aku harap orang yang kutip sampah rumah aku dapat kumpul dan jual. Semoga rezeki mereka bertambah dan terima kasih sudi ambil sampah rumah aku.


Amin.



20131127

Sample Susu EnfaMama Percuma daripada Meadjohnson


Beberapa hari lepas aku dapat sample susu percuma EnfaMama A+.
  

Antara customer services yang paling cekap kiranya, sekejap sahaja kita daftar dia hubungi kita balik untuk pengesahan sample yang kita request.

Dalamnya ada 2 paket sample EnfaMama A+ perisa coklat.
  

‘Ingat dapat 1 tin’.
Banyak cantik muka husband aku, dapat percuma pun nak sampai 1 tin.
Oh.

Susu ni khas untuk orang mengandung, menyusu pun boleh aje. Apa yang kita minum, insyallah anak kita pun dapat khasiatnya.


Jangan risau, minum susu tak gemuk. Tambah pulak kandungan lemaknya rendah. Kita menyusu ni perlu tenaga tau. Makan minum kena berkhasiat.




Semalam baru sempat cuba.


Sedap. Tak manis sangat, secukup rasa.  Sesetengah susu agak manis. Aku rasa ni antara susu coklat yang paling sedap aku pernah cuba. Masa mengandung dulu, aku pernah cuba yang kosong. Pun sedap. Tak ada bau hamis lembu. Ah, apa yang tak sedap. Aku memang suka minum susu, semua sedap.

Nak cuba jugak, korang bolehlah daftar untuk dapatkan sample percuma dulu, tengok boleh minum ke tak baru beli.


  



20131126

Serius Menabung


Sejak akhir-akhir ni aku asyik fikir pasal rumah saja. Teringin sangat nak rumah sendiri. Rumah kecil pun tak apa, cukuplah untuk kami berteduh anak beranak.

Nak buat rumah besar, buat kat kampung, bila tua, pencen nanti.. ha..ha.. Iyo lah sangat.

Tapi bila tengok harga rumah sekarang memang sakit hatilah. Ambil tali, jerut je terus kat leher.
Hakikatnya…kita aje yang tak mampu, ada juga orang yang mampu. Beli rumah banyak-banyak buat rumah sewa. Kita yang tak mampu ni menyewa sampai tua. Isk-iskh.. Mintak jauhlah.

Atas kesedaran nak memiliki rumah sendiri, aku rasa dah sampai masa aku serius berjimat, serius menabung, serius menjana income.(Oh business online aku kurang kencang semanjak aku berkahwin..beranak ni.. Mana semangat aku masa mula-mula aku start up business online ni.)

Huh..serius tahu.
Sekurang-kurang harus menyediakan 20% cash onhand daripada harga rumah.
Mampu ke aku.. insyallah.


Keperluan?...
Must..realy, realy.
Makan minum memang keperluan lah. Makan luar elakkan, atau kurangkan. 
Pakaian anak aku saja kalau aku beli pun, tu pun sebab dia tengah membesar, banyak yang sendat-sendat.

Kehendak?  
No..no..
Baju, bag ke apa…sejak beranak ni langsung aku dah tak minat. Hu..pergi shoping pun bawak bag kain free tu.
Broadband aku dah downgrade. Lagipun online business aku pun dah slow. Kat rumah pun tak ada masa sangat nak online. Sibuk dengan anak kecil.
ASTRO naik lagi harga, nak terminate pun tak boleh. Rumah aku tak ada signal tv, tak akan nak online je, kesian lah mak aku.


Aku pun dah daftar kat PropertyGuru.com.my dan iProperty.com Malaysia. Mana tahu ada rezeki, dapat rumah lelong murah-murah.. huh..




Hah, kalau kau rajin dan jenis bertuah Lucky Draw. klik lah kat gambar bawah..aku dah link kat survey ada Lucky Draw.. aku tak dapat komisen pun..hu..hu.. cuma harap doa korang aku dapat beli rumah satu hari nanti..hu..hu..



20131123

Kek Mudah ala bolehlah

Orang perempuan memang suka cari resipi,
tapi kenapa susah sangat nak ikut resipi..
ho..ho..
konon-konon terror.

Ni resipi kek aku..entah aku main campur je. Mak aku cakap gebu jugak..ho..
Kebetetulan atau suratan aku ada bakat mem'baking'. Sendiri masak, ramai makan, sendiri puji. huhu.. en suami, sila lah puji sikit tanpa ditanya.. sedap ke?


Bahan ikut suka hati aku
400 g tepung gandum + 1 suda baking + 1 sudu serbuk penaik
.( aku gaul je..kalau rajin ayak lah. aku tak rajin)
350 g marjerin
350 gula biasa (aku mesin jer... ada gula castor lagi baik)
6 biji telur (pukul dulu sikit)

Cara-caranya
Pukul marjerin dengan gula sampai gebu, campur dengan telur.
Masukkan gandum.
Gaul rata. Tuangkan dalam loyang yang dah disapu merjerin dan lapik kertas.
Bakar 180o dalam 45~60 minit sampai masak.

Aku bahagi adunan dua bahagian. 
Merah tu sirap rose, kuning tu bubuh air perasa jagung..(tapi tak ada rasa jagung pun makan..ho..)
Letak selang seli..jadilah rainbow.

Bulan lepas hari masak bengkang, banyak pulak beli bijan, jadi buat kek pun letak bijan..


20131118

Pakistan berniaga


Bulan lepas dalam sejarah lebih 20 tahun kilang tempat aku kerja ni dapat capai production output lebih 400 tonnes. Kaya taukeh kejap.

Khamis lepas, bos aku wat la jamuan sikit, ada ucapan, bla..bla…Dan slot yang paling  ditunggu-tunggu semua adalah Lucky Draw. Walaupun aku ni antara insan  yang paling jarang bertuah.. tapi aku pun tumpang teruja jugak la mana tahu kali ni ada luck.

1st prize baucer Tesco rm300, ada RM200, RM150, RM100 dan semua orang sekurang-kurangnya dapat RM50.

1st prize tu dapat kat  budak Nepal.

Aku dapat baucer RM100.

Esoknya Leader Melayu offer lah sapa yang nak jual baucer dia nak beli RM30 untuk baucer RM50.
Tapi dah terlambat, sebab ada orang lain dah buat.

Leader Pakistan cakap semalam lagi dia dah beli baucer budak-budak ni.

Budak Nepal jual baucer Rm300, Pakistan beli Rm250. Sorang lagi Nepal  jual baucer Rm50 dengan harga RM40.

Manager aku Cina yang baik hati pun offer nak bayar sapa-sapa nak cash money dia beli baucer. Dengan harga yang sama, kesian kat budak-budak dia.. sapa yang nak pergi Tesco jauh tu. Lagi pun diaorang kerja 7 hari seminggu, mana ada masa nak pergi shopping.

Jadi Pakistan ni pun jual RM50 (dia punya) + RM50 (Nepal) + RM300 (Nepal)=RM400 kat Manager. 

Jadi dia untung atas angin dalam sehari RM60.

Huh memang pandai Pakistan ni  niaga.

HUHU..hu…hu..

Aku tak tahu Manager aku dah tahu ke belum, Pakistan dah berniaga dengan belah ihsannya.




Psst.. sebab aku baik hati, aku pun dapat Baucer free Rm50  hadiah Pakistan kat anak aku.. suruh beli baju kat Tesco. Tak tahu dia beli baucer ni kat sapa pulak.

BOS, bagi duit je lah kat pekerja-pekerja ni..mana lah diaorang nak shoping Tesco bagai kita ni.

Peninglah staf Tesco kalau foreigner workers kilang aku serbu Tesco nanti.


20131109

Permainan Menyeronokkan 0 hingga 3 bulan


Aku memang nak belikan Luth permainan. Tapi usia Luth yang masih telalu muda, bukan mudah nak mencari permainan yang sesuai dengan Luth. Ada juga mainan yang aku beli tapi Luth tak suka.

Aku perlu sedikit kreatif untuk merangsang Luth

Semua berkibar, bergerak


Kipas berkibar, calendar berkibar..langsir berkibar, apa saja yang begerak, buat Luth teruja. Aku gantung aje apa-apa yang barayun di strollernya.

Belon air liur

Lap-lap ada.. Baru sekejap lap, pecah lagi belon. Biarkan.

Meniarap


Pencapain yang paling memberangsangkan setakat ni.

Luth dan cermin

Sapa budak yang paling comel? 
Luth lah..
He..he.. dia senyum..
time menangis lalukan depan cemin, sempat lagi jeling tengok cermin.


Luth dan plastik

Rok..rak… bunyi plastik memang buat Luth geram sangat-sangat.

Meraba wajah


Ambil tangan dia, rabakan ke wajah mak…
Mata, pipi..hidung, mulut..gigit tangan dia, mesti dia ketawa. 
Sentuh rambut mak pula…Luth suka tarik rambut. 
Buat dia geli, raba wajah ayat, jangut ayah yang baru lepas trim.. ketawa geli..

Sorok-sorok

Letakkan kain atas mukanya... 
Panggil dia..Luth-luth..mana Luth. Luth akan bergerak-gerak, cuba menyelak kain. 
Tapi tangannya masih tak pandai nak selak. 
Tarik kain dari mukanya.. ‘ni pun Luth’. 
Dia akan gembira melihat muka kita.

1 and 2, 2 and 3, 3 and 4, I love you

Nyayian mak paling sedap, paling Luth suka.
Tunjuk 1 jari kanan..one, jari kiri,and two… 3 jari kanan, three and four. 
I love you. Cium Luth..

Geletek-geletek, cium-cium... asalkan bersama mak ayah.. Luth suka.. suka sangat.


Untuk anak kecil, yang masih belum tahu meminta-minta lagi aku rasa mainan ni sudah cukup merangsang Luth. Paling penting kasih sayang, masa berkualiti, dan perhatian mak ayah. 


20131108

Balang Kaca untuk Menyimpan Rempah Ratus


Bulan November ni blog susun atur buat cabaran dapur. Kalau nak tunjuk dapur aku memang fail la. 

Kesian aku. 
Nantilah kalau ada rezeki aku ada rumah sediri aku buat deko-deko.

Tapi sebab aku teruja juga nak joint, aku nak tunjuk bekas-bekas rempah ratus aku.

 Boleh gitu.
Layan je la, bagi semangat sikit kat aku yang nak jadi mak yang baik dan solehah ni.



Balang kaca ni asalya bekas jem dan madu (dulu aku suka beli Madu Khaulah, sekarang mahal sangat-sangat..hu..hu). 
Aku  rendam je semalam baling-balang  ni dalam air, sticker akan tertanggal sendiri.

Jimat selagi boleh!



20131107

Keterujaan mengajar Luth membaca A B C


Aku memang tak sabar-sabar nak mengajar Luth membaca.  

‘Kesian Luth kecil lagi’.

‘Luth kan genius ‘


‘Nanti Luth tension, boring.’

‘Nanti jadi macam Sufiah, kecil-kecil genius…nauzubillah. Mintak jauh, janganlah disebut benda yang tak elok. Aku mintak doa hari-hari, yang terbaik untuk anak aku.

Tak apalah cuba je. Aku bukan nak paksa Luth jadi budak genius dan tak expect bayi 3 bulan boleh membaca. Aku cuma cuba-cuba. Cuba memperkenalkan Luth denagn bahan bacaan seawal mungkin. Aku percaya semua bayi dilahirkan cerdik. Lagi pun aku tengok, Luth memang sangat teruja bila diberikan buku-buku. Tekun dia, macam faham-faham pulak.

Flashcard ABC dan colour aku beli kat Tesco

Untuk membaca A sampai Z, aku rasa macam lama sangat nak habis. Tambah pulak gambar-gambar berwarna flashcard ni agak pudar. Macam tak berapa menarik. Bayikan mudah tertarik dengan warna terang. Aku cuma guna kad ABC ni jarang-jarang aje, aku banyak guna kad colour. 

Kad ni aku ulang-ulang tayang kat Luth.

‘This is…blue colour..blue color, blue ball, the cap is also blue.’

Luth memang teruja.

Tambah-tambah suara nyanyian mak dia iras-iras Siti Nurhaliza.

Sekali-sekala aku bagi Luth sentuh dan pegang card ni, Luth nak masukkan dalam mulutnya.

Aku memang sangat teruja untuk mengajar Luth membaca…

Kadang-kadang aku layan Hoopla Kidz ABC kat youtube ABC.

‘A for Apple’.. ‘B for Ball’, C.. this is the alpha bated song, let sing together..’ 

Tapi aku takut mata anak aku kecil-kecil dah rosak..huh.. setting kabur-kabur.. letak dia jauh-jauh.




Tikar evamatic ABC kat pasar malam.. mmm paling aku tak suka beli barang tiruan pasar malam yang ada tulisan ni mesti ada spelling error. Cantik tapi ada salah eja. 



Yang ni pun dapat kat pasar malam, tebal sikit, mahal sikit dari yang atas tu.. depan ABC belakang ada 123. 



Ni ABC belum guna lagi, Luth belum pandai merangkak lagi. Tambah pulak tak tahu nak letak kat mana, rumah sewa kami ni kecil sangat.

Teruja sangat nak anak pandai baca A B C.



20131106

Shopping Kedai 2 RINGGIT

Cuti Awal Muharam kemarin, aku dengan  mak pergi kedai 2 RINGGIT. Mak aku memang sangat teruja tengok semua barang dijual RM2. Aku tak pernah kot bawak mak aku kat sini, agaknya mak aku tak pernah tengok barang jual murah macam ni. Keturanan aku memang dasar suka barang murah kot. Huh.

Asalnya cuma nak singgah untuk beli hadiah kat anak jiran yang sambut Birthday. Budget ciput. Alih-alih aku dan mak bershopping kat kedai 2 RINGGIT. Macam-macam beli, pam tandas, bakul plastik macam-macam saiz, pinggan mangkuk, kepala paip  dan macam-macam lagi. Tiba-tiba pulak rasa beli kat Daiso macam mahal pulak.. ha..ha..

Antara barang comel yang sempat aku sambar untuk anak jiran aku.


Coloring book, buku melukis, note book, set pensil case dengan pensil tekan, ubat, eraser dan pensil warna (bekas bulat)

Nasib baik aku cepat sikit ambil, sebab lepas tu ada sekumpulan cikgu-cikgu memborong kat sini.  Aganya untuk hadiah anak-anak murid mereka.

Comelkan? 

Tiba-tiba rasa bestnya ada anak perempuan, boleh beli barang-barang yang comel-comel


20131105

Puding Roti versi mudah

Selamat tahun baru dan selamat bercuti semua.

Aku memang malas sikit nak masak… tapi sebab aku dah jadi mak-mak.. Aku kena la belajar masak-masak . Masak yang mudah-mudah je . Maklumlah wanita bekerjaya… hah..kerjaya sangat. 

Resipi ni aku google, tapi aku ubah suai sikit sukatanya sesedap rasa aku.
Senang nak ingat…


Puding Roti

Bahan-bahan
Roti sandwich secukupnya (8-9 keping)
3 biji telur
3 sudu kastad
3 sudu gula
2 sudu marjerin
1 tin susu cair
Kismis secukupnya

Cara-caranya

Sapu loyang dengan marjerin.
Kisar semua bahan kecuali roti dan kismis.
Potong roti empat segi-empat kecil.
Susun roti dalam loyang.


Tuang bahan kisar sikit.
Taburkan kismis.
Ulang susun roti, tuangkan bahan kisar, tabur kismis.
Ulang langkah sama sampai habis bahan kisar.
Biarkan sekejap, Tekan-tekan sikit biar semua bahan meresap.



Nak meriah sikit aku tabur bijan dengan coklat rice.
Bakar 150 degree dalam setengah jam atau sampai masak.

Wanita berkerjaya juga boleh masak…

Oh senangnya masak. 

Sambil lepak-lepak cuti hari ni, jom masak puding roti versi mudah.


20131104

Kelantan lawan Pahang


Frust betul tegok bola semalam..

Ayah tak daya nak pakai baju TRW hari ni, takut kena kutuk


Aduh Kelantan kalah.
Macam la aku dapat tengok..
hu..hu..separuh masa ke-2 kena tidurkan anak.

Apa-apa pun tahniah buat Pahang.
Tak mahu gaduh-gaduh..
Enjoy the game..

Dapat kad jemputan kahwin cute hari ni.

Kelantan lawan Selangor


Selamat tahun baru.
Salam maal hijrah 
Jom berhijrah... ke arah kebaikan.. insyallah.


20131102

Yippie-I Maybank akaun Luth


Akaun ni kami buka masa umur Luth sebulan lagi. 

Yippie akaun maybank untuk kanak-kanak


Dari rm5, rm10 aku kumpul dapatlah 5 ratus lebih, kira banyak jugak. Saudara-mara, jiran dan kawan-kawan kitaorang bukannya orang kaya-kaya. Nak dapat sebanyak ni…kiranya ramai juga lah yang datang tengok Luth. Murah rezeki Luth lahir musim raya.

Lepas habis pantang, kami cepat-cepat pergi bank, takut terguna duit Luth. Takut pecah amanah! Kalau suami nak tukar duit pun, mesti bagi dulu duit baru boleh tukar..tak boleh pinjam-pinjam, takut lupa nak bayar. Duit orang bagi kat Luth memang aku tak pernah guna untuk beli apa-apa barang pun walaupun untuk keperluan makan pakai dia. Duit ni kalau boleh kami nak simpan untuk pendidikan dia nanti. Insyallah, untuk keperluan dia, itu tanggungjawab kami, kami masih mampu sediakan . 

Asalnya kami suami isteri bercadang nak simpan duit Luth kat Amanah Saham Gemilang . Bila tanya kat bank, baru kami tahu, anak umur 6 bulan baru boleh buat pelaburan. Jadi, alang-alang dah sampai kat Maybank, kami buka aje akaun Maybank. Takut lama-lama simpan tak jadi pula. Karang terguna.

Balik rumah aku baca-baca faedah Yippie-I Akaun ni.

Antara faedahnya,
lindungan insuran untuk kanak-kanak dan pemegang amanah,
dapat juga hadiah-hadiah untuk kecemerlangan dalam akademik.
selain pulangan dividen...

Emm..Nampak macam banyak juga faedah yang ditawarkan. Apa-apa pun aku rasa dah selamat duit amanah Luth. Nak tengok dulu faedahnya setahun ni..kalau rasa okey teruskan, kalau tak mungkin kami tukar ke ASG atau ASD.

Apa hadiah yang palaing sesuai untuk bayi baru lahir?

Bila tengok duit Luth yang terkumpul ni.. aku, rasa lebih baik bagi duit kat bayi baru lahir daripada hadiah barang. Walau pun sikit, tapi bila kumpul-kumpul banyak jugak dapat, boleh simpan untuk masa depan dia. Insyallah.. Daripada kumpul tuala, aku rasa lebih baik kumpul duit Lagi pun, kebanyakan ibubapa memang dah sedia beli barang keperluan bayinya. 

Biasanya kalau dengan kawan-kawan kita memang tak bagi duit tapi kita bagi hadiah. Kalau nak bagi hadiah macam baju, pilihlah yang saiz besar sikit. Bayi cepat membesar, baju untuk newborn biasanya memang sudah disediakan ibubapa. Kalau nak beli yang mahal sikit macam stroller ke, tanyalah dulu dah ada ke belum. 

Apa-apa pun aku berterima kasih juga atas semua hadiah-hadiah seikhlasnya.

Stroller daripada bos dan kawan-kawan kat ofis.



Alhamdullilah, suka jugak.


20131101

Belajar Meniarap

Luth mula menunjukkan kebolehan meniarap seawal usia 2 bulan. 
Mungkin belajar secara tak sengaja.

Aku biasa tidurkan dia sambil menyusu. Bila dia dah terlelap baru aku bangun dah betulkan kedudukan kepala dia. Suami aku cukup risau takut kepala anaknya yang lembut jadi senget. Tapi kadang-kadang bila menyusu waktu malam, aku main hulur je.. mata pejam..sampai aku sendiri tertidur. Zzzzzz.. kalau tersedar, aku betulkan lah balik kepala dia.

Tapi bila dah besar sikit ni, dia cepat terjaga kalau aku bangun. Jadi aku sendalkan dengan bantal. Kadang tu terpaksa bagi bantal peluk.. oh manjanya. 



Sekarang ni memang Luth akan tidur mengereng. Bila dia dah betul-betul nyenyak baru aku boleh betulkan kepalanya. Kalau aku tak sendal dia akan bergolek.. tiba-tiba dia dah meniarap. Takut pulak kalau aku tak tersedar dia lemas.

Waktu tukar lampin pun sama. Suami aku memang ajar Luth, tiap kali nak sapu minyak kat belakangnya, Luth kena mengereng. Sapu kat belakang kanan, Luth kena mengereng ke kiri..dan sebaliknya. Suka Luth! Bila dipusing-pusing. Masa ni jugak nak tunjuk skill mengereng dia. Kadang dia nak meniarap terus.

Sebagai galakan untuk memahirkan Luth meniarap, aku letakkan apa-apa mainan kat depannya. Atau tiarapkan dia kat atas permukaan yang lembut dan warna yang menarik. 

Luth tak mampu nak tarik sebelah tangannya

Cadar katil kami menarik minat Luth



Kepala Luth tak kuat lagi, dia tak boleh lama-lama sangat. Bila dia dah mula merengek, aku cepat-cepat angkat.

Yahooo…Pandai… biar dia suka.


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...