Inquiry: petakbunga@gmail.com

20131230

Belajar ucap terima kasih

Aku tak pandai sebenarnya nak buat kerja. Banyak kerja aku, aku sub kat orang lain tolong buatkan. Aku pandai cakap je. Theory nya aku tahu..tapi praktikalnya aku tak tahu, aku tak reti. Aku boleh tunjuk kau dengan detail kalau ada masalah berkenaan produk kilang aku, tapi kalau suruh aku repair, aku tak boleh. Aku surrender.

Bila aku dapat arahan daripada top management nak buat apa-apa, aku Cuma draft je apa nak buat..pas tu pass kat budak-budak ni tolong buatkan. Kalau tak faham macam mana nak buat, tanya aku balik. Nanti aku cerita balik.

Bila dah siap, bagi semua result kat aku. Aku nak present kat top management. Memang betul, korang punya kerja aku yang dapat nama. Aku berterima kasih sangat atas kerjasama korang. Aku tak dapat beri kau apa-apa sebagai penghagaan, sebenarnya aku amat berterima kasih kat korang.

Korang memang awesome.
Kalau korang ada kutuk-kutuk aku, tak puas hati dengan aku. Tak apa. Aku maafkan kamu.

Gaji aku pun kecil. Aku punya hutang lagi.Tiap bulan gaji aku kena potong buat bayar hutan PTPTN. Tu tak termasuk lagi hutang bla..bla…aku lagi miskin dari korang. Ot pun aku tak ada. Huh..huh..Gaji aku pun lebih kurang dengan yang korang dapat jugak.

Aku pun tak mampu nak belanja korang makan. Duit saku aku pun rm10 je sehari. Tu pun berjimat lagi nak menabung. Aku doa korang murah rezeki, doa-doa biar dapatlah lebih sikit bonus kita tahun ni. J

Terima kasih yer.


Aku pun nak ucap Terima kasih kat Photobook.
Aku dah dapat album aku. Comel jer.
Terima kasih ye. 2, 3 hari jer lepas upload aku dah dapat album ni. Terima kasih banyak. Sapa yang belum reedem baucer tu, cepat-cepatlah reedem. Kalau tak de gambar nak upload, macam aku ni.. kau letak je 1 gambar, 1 muka surat. Kecil je saiznya.


Cover page anak kesayangan aku

Favourite page aku. Comel.

End pages, dedikasi buat anak kesayanganku.

Terima kasih jugak buat kamu yang sudi singgah blog tak seberapa  ni, terima kasih banyak sudi komen blog saya.

20131229

Senyumlah sikit

Muka aku memang macam ni. Aku bukan sombong, memang muka aku jenis cengih. Mungkin pasal kening aku tebal. Tu yang nampak macam sombong. Nampak jer aku sombong, tapi sebenarnya aku ni tak sombong tau. Berapa kali aku nak ulang, aku ni tak sombong! Kalau boleh aku pun nak muka manis mcam Siti Nurhaliza tapi dah Allah jadikan kita ni tak secantik dia. Kenalah terima hakikat, Hu.hu. Mak aku kata, tak baik kutuk ciptaan Allah.

Laki aku selalu tegur 
apasal masam jer.
Eh, mana ada.Memang muka aku gini.

Jadi aku belajar senyum je.. Kadang tu bila aku turun kereta, balik kerja, nampak jiran duk melepak kat depan rumah aku senyum dulu. Kalau dia senyum balik, aku tegur.

Panas  ye hari ni.
Walau tahu hari memang  panas. Pasal aku tak ada modal nak tegur apa.

Kalau dia tak senyum?
Ishk rasa nak marah pulak.
Sombong! (marah dalam hati)
Senyumlah, bukan kena bayar pun. Baru lepas gaduh dengan laki kot, ke ngumpat aku eh!

Tapi letih tau bila asyik tersengih je…rasa sakit rahang ni. Jadi senyumlah seikhlas hati. Pasal muka nampak sombong nak buat mcam mana. 



Tak kenal, maka tak cinta.


20131228

Masak setiap hari


Walaupun aku ni kerja, boleh dikatakan hampir setiap hari termasuk hujung minggu aku masak kat rumah. Aku ni kira beruntung juga sebab rumah aku dekat je dengan kilang tempat aku kerja.Tak pernahlah aku sangkut dengan traffic jem pergi balik kerja.  Kerja aku pun tak adalah penat sangat. Kalau tak ada testing product baru ke, tak ada complaint customer ke, tulis-tulis report sikit, draft-draft entry blog sikit..eh tu bukan kerja aku..macam makan gaji butalah aku.

 Jadi aku masih mampulah memasak setiap petang.

Aku ni bukanlah jenis pandai memasak. Setakat lauk pauk goreng-goreng tu bolehlah. Kalau nak gulai, kari, rendang bagai, aku tak khatam lagi. Jadi menu masakan aku setiap hari hampir sama. Kadang-kadang tak tahu nak masak apa. Bila tanya husband nak makan apa.

Ikutlah.

Susah tau nak fikir, apa nak masak setiap hari.

Tapi bila hujung minggu, terasa juga nak makan kat luar.  Aku rasa muak makan masakan sendiri.
Cuma masalahnya husband aku ni tak suka makan kat luar.

Dari zaman bujang lagi makan kat kedai! Ada bini pun tak akan nak makan kat kedai.
Tapi kalau kedai pelayan okey jugak.
Gurau tak boleh blah.

Ni lauk semalam, petang Jumaat
Sayur campur kubis dengan carrot. Stok sayur ni selalu ada dalam peti aku sebab ni sayur jenis tahan lama. Kalau jenis daun, beli sikit je..sebab cepat layu. Tak boleh buat stok. Kalau beli sayur weekend, bila hari Jumaat memang tinggal sayur jenis buah atau batang jer

Merah nak hitam tu, goreng sambal paru. Lama dah tak makan, selasa lepas singgah pasar malam beli sikit paru. Husband request suruh buat sup, aku takut tak sedap aku masak. Buat sambal goreng-goreng yang dah aku mahir je.

Gulai ikan Ayor (lupa nama ikan bahasa KL eh), semalam punya. Tingal seketul je tak habis, sayang nak buang. Boleh makan lagi tu.

Telur goreng tu penyelamat bila aku rasa paru aku masak sikit. Kira top up dengan telur gorenglah. Husband aku ni pelik, goreng telur tak mahu bawang. Letak garam sikit, jangan masin. Letak lada hitam banyak sikit. Tinggi betul standard nak masak telur goreng kat dia. (pasal itu je masakan yang dia terror).


Pagi ni sabtu, goreng kuetiaw nak buat breakfast.


Hari ni tak kerja. Tak tahu nak masak apa.
Lauk ikutlah.
Hari-hari duk fikir apa nak masak.
Senang dan cepat.



20131226

Top 10 Bayi Paling Comel 2013 kategori lelaki

Calon-calonnya.

1 Anak Ning Baizura, Anak darah campuran.
Nama anak: Ryan Sky Dalton
Tarikh Lahir:31.1.2013

2 Anak Memey Suhaiza dan Norman
Nama anak: Mohamed Darwisz Hakim
Tarikh Lahir: 01.02.2013

3 Anak Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak kebangsaan
Nama anak: Muhammad Aisy Qaiser
Tarikh Lahir: 29.03.2013

4 Anak Irma Hasmie
Nama anak: Redza Syah Irfhan
Tarikh lahir: 29.03.2013

5 Anak Fasha Sandha A.k.a anak tiri Nora Danish
Nama anak: Putra Rayfal Ramli
Tarikh Lahir:15.04.2013

6 Anak Shera Ayub dan Zahiril Adzim
Nama anak: Nadi Anaqi
Tarikh lahir:19.06.2013

7 Anak Farid Kamil dan Diana Danielle.
Agak kontroversi kelahirannya. Tak payahlah kita sibuk nak buka aib orang. Allah mengetahui kebenarannya.
Nama anak: Muhammad
Tarikh Lahir:02.07.2013

8 Anak Yasmin Hani
Nama anak: Noah Ismail Wong 
Tarikh Lahir: 12.11.2013

 9 Saingan sengit, pewaris kerajaan Britain
Anak Prince William dan Kate Middleton. He..he.. melampau.
Nama anak: George Alexander Louis
Tarikh lahir: 22.07.2013

Dan pemenangnya anak Mat Zaid
10 Nama: Muhammad Luth Rafiqi
Tarikh lahir: 28.07.2013

Selalu tanya kat husband.
Mana comel dengan Luth?
 Ayahnya mesti jawab dengan tegas, Mestilah Luth!

Di mata mak ayah, anak sendiri paling comel, paling sempurna sedunia, tak ada bandingan. Baik buruk ciptaan Allah, mak ayah bersyukur, menerima seadanya.

Masa aku pregnant dulu, XXX aku asyik suruh aku tengok baby comel-comel, risau betul dia takut baby ni ikut mak ayah ni. Buruk benar ke kami laki bini ni!

Anak kami, mestilah ikut muka kami. Tak akan nak kena kenan muka Siti Nurhaliza pulak. Biarlah tak comel, hitam pun tak apa, kami pun kelabu asap jugak.

Kami doa agar anak kami ni baik budi pekertinya, hasrat hati nak anak dia jadi ustaz (macam ustaz Don yang hensem J). Kalau tidak pun biarlah tahu sikit sebanyak hal ehwal agama.. Besar cita-cita kami. Kami ni tak pandai, doa banyak-banyak biar anak kami ni pandai boleh doa-doa kami bila kami dah mati.
Aku rasa Luth ikut muka aku, masa kali pertama tengok mata dia aku nampak AKU. Tapi bila dah makin besar ni, ramai yang cakap sebijik muka ayah dia. (diaorang tambah lagi, kulit je tak…)
Anak laki kena ikut muka mak ek? kalau ikut ayah degil ek?

Ops: mana anak-anak artis yang aku letak salah nama atau tarikh lahir tu mintak ampun, aku main copy paste internet jer.


20131225

Hukum Ucapan Merry Christmas

Sekadar berkongsi

 Islam mengharamkan membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. 

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

Boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.


Tak ada apa buat cuti hari ini..suami kerja. Melayan keleteh anak kat rumah.
Langsung tak boleh berenggan.

Masuk dalam perut balik nak?


hoho..
tu jer.




20131224

Tak Suka Berleter

Masa aku muda remaja (sekarang muda belia), aku sudah berjanji kat diri aku sendiri. Aku tak nak jadi macam mak aku. Asyik berleter jer. Salah sikit, leternya berjela-jela. Kadang tu belum buat salah lagi, baru je niat nak buat.. J dah berleter. Ishk macam tahu-tahu je dalam kepala otak aku. Pening kepala aku. Asyik duk ulang-ulang benda yang sama. Oh aku bukan anak yang baik.

Bila aku dah berumah tangga, mesti suami aku sayang aku sebab aku ni tak suka cakap banyak.
Tak suka berleter.  Cakap sekali je dah cukup.



Amboi bagusnya.

Abe, bangun subuh. Dah nak habis waktu subuh.
Mmmm…
Abe bangun!
Mmmm jap.
Bangunlah.
Bangun dah ni.
Bangun bendanya. Mata tutup lagi. Bangunlah. Subuh dah nak habis. Subuh gajah ni! Ni syiah ko? Sa tak nak abe masuk neraka sebab tak sembahyang subuh.. Ingat sa suka ke bising-bising pagi-pagi ni. ..Sa pun penat tahu, semalam Luth asyik isap susu. Bangun, nangis. Abe, tidur lewat lepas tu susahlah nak bangun…Bla….bla.. pok..pok.. (tak ada dah sayang-sayang bucuk-bucuk bangun, doknya bangun!)

Tiap pagi kalau tak gaduh dulu, memang tak bangunlah. Ada cara yang berkesan nak kejutkan laki bangun subuh?
Ustaz cakap bisikkan kat telinga dia inalillah..  tak jadi ustat!




Pastu dia komplen aku sekarang suka berleter. Sikit-sikit berleter.
Ingat aku suka ke berleter? Terpaksa tahu. Sakit tekak aku. Kalau aku tak ulang-ulang cakap tak adanya nak bangun! Suruh buang sampah pun kena ulang-ulang cakap, kena bagi ceramah sikit sebanyak baru buat. Baru tak lupa.

Aku nak ingatkan je, kalau aku tak ingatkan mesti dia lupa.
Mmm jap lagi abe buanglah…
Jap lag..jap lagi MESTI LUPA.



Aku DIAM bila aku merajuk. Kalu aku diam, maksudnya aku marah. Aku merajuk malam ni tak payah tegur aku, nak tegur, tegur esok! Kalau aku bising, aku berleter sebab aku sayang. Aku tak suka sebenarnya berleter, terpaksa tahu.. seksa jiwa aku.
Aku dah beransur-ansur bersalin kulit menyerupai mak aku…


20131223

Homemade Topeng Muka dengan Kunyit


Kajian menunjukkan kunyit mengandungi kandungan semulajadi sebagai antiseptic yang sangat berguna untuk kulit.

Antara faedah kunyit untuk kulit adalah.
  • Kunyit dapat melindungi kulit daripada masalah pigmentasi.
  • Kunyit mengandungi antibakteria untuk merawat masalah kulit berjerawat dan lain-lain jangkitan kulit.
  • Anti-aging yang terkandung dalam kunyit dapat melambatkan process penuan.
  • Kunyit dapat mengurangkan kulit wajah yang berminyak.
  • Pengambilan kunyit dengan susu suam sangat bagus untuk meneutralkan darah dan mengembalikan kulit wajah yang cerah semulajadi.


Resipi topeng muka dengan kunyit
2 sudu besar tepung beras dan 1 sudu kecil serbuk kunyit dicampurkan bersama.
Campurkan sedikit air agak-agak pekat. Sapu ke muka dan biarkan sekejap.
Seeloknya 20~30 minit.
Bersihkan dengan air suam.
Untuk kesan yang baik, amalkan 3 ke 4 kali seminggu.


Dari zaman anak dara sampai dah jadi mak orang ni, masalah jerawat tak pernah hilang-hilang. Dah macam-macam produk aku cuba. Pantang dengar sikit orang promote, mesti nak cuba.

Jerawat di awal-awal kehamilan
Di awal-awal kehamilan hari tu, jerawat tumbuh dengan sangat dasyat. Masa tu malau sangat, tambah-tambah pulak bila kawan-kawan duk tegur. Ceh macam iklan New York Skin Care pulak. (Tapi tak adalah sampai mengutuk macam iklan tu..hu.. kejam gila!) Redha je la. Hormon tak stabil kot.

Aso (makcik Cina cuci ofis), selalu bagi motivasi kat aku,
Tak pa, lepas beranak  mesti ilang. Saya dulu pun itu macam jugak.
Em..harap-harap betullah..sok..sek..

Kawan aku cakap, nak dapat anak perempuan kot, muka tak berseri ni..Orang kata anak perempuan akan ambil ke seri an mak. Hua. .demi anak, tak pa.

Disebabkan masa tu aku tengah mengandung, aku langsung tak pakai apa-apa ubat jerawat, lotion, cream atau apa-apa je untuk kulit aku. Makan ubat ke, vitamin (selain doktor bagi untuk anak) jauh sekali. Takut ada effect kat baby aku.

Pembersih muka pun, guna jarang-jarang. Hu..hu..
Boleh kata, muka aku hampir FREE CHEMICAL. Kecuali bedak, tabur je.
Bertabahlah aku melalui hari-hari, bulan-bulan dengan masalah jerawat yang tak boleh di ubati ni.

Alhamdulillah, diakhir-akhir kehamilan aku, jerawat beransur-ansur hilang, tinggal parut-parut je. Lepas aku bersalin, boleh dikatakan aku langsung tak ada jerawat. Bersih jer.

Jerawat hilang lepas bersalin
Bila aku mula kerja, ramai kawan-kawan ofis tegur..wah, muka dah cantik. Auo..
Mungkin aku baru habis pantang, jaga makan, jadi kulit muka pun tak ada masalah.. Tapi gembira aku sekjap.

Huh..4 bulan kemudian, dia dah datang balik..

Adakah aku kena berpantang balik?


Mmm..aku ada pakai produk penjagaan kulit baru, kononnya nak bagi hilang cepat parut-parut jerawat ni. Mungkin tak sesuai dengan muka aku. Mungkin produk chemical tak sesuai dengan aku.
Oh..back to nature mungkin.

20131221

Baru nak reedem free voucher dari Photobook tapi VOUCHER CODE NOT VALID


Anak aku Luth dah nak masuk 5 bulan. Aku belum print sekeping pun gambar dia. Kebanyakan gambar ambil dari telepon buruk aku ni.. telefon ni pulak selalu buat hal.. Karang hilang je gambar-gambar Luth.
hu..hu.. tinggal yang dalam blog ni jer.

2, 3 hari ni baru berkesempatan nak susun dan upload gambar-gambar Luth, hajat hati nak print dengan voucher free yang Photobook bagi tu..tapi bila try asyik tak boleh je. 

Geram pulak.
Salah apa tak tahu...
Godek fb tadi jumpa, ada member ni kena sama gak.



Sapa yang tak boleh reedem tu korang leh guna link ni..


nanti dia kasi email reedem code baru.

Okey, pas ni aku boleh cuba lagi sekali.

20131220

Bagaimana Menabung dalam Senyap


Aku jarang guna duit syiling.

Aku rasa leceh nak keluarkan duit syiling tiap kali shopping. Biasanya chasier akan tanya ada duit kecil ke? Kalau 10sen, 20sen aku bagilah.. itupun kalau aku senang nak cari duit syiling celah-celah dompet aku.

Biasanya  aku terus je cakap
‘Tak ada dik’.

Tambahan pulak aku masih belum dapat membiasakan lagi saiz duit syiling baru dengan nilainya. Berbanding duit syiling lama, tak payah tengok pun aku tahu nilai duit itu. Ambil aje yang besar sikit, aku tahu itu duit 50sen. Sekarang aku kena belek dulu baru aku tahu, mana 50sen, mana 20sen. Susah dan leceh!



Atas sebab kemalasan aku nak bekerjasama dengan cashier, lepas habis shopping, dompet aku lebih berat dari sebelum pergi shopping. Hah. Untuk mengurangkan sikit beban dompet aku, aku campak la dalam tabung.

Sedar tak sedar, tabung aku dah separuh penuh.
He..he… agak-agak berapa dalam ni?


Tin biskut jer tabung aku. Tabung biskut  ni berat gila..huh..tapi aku suka. Tabung comel-comel tak payahlah untuk orang tua macam aku ni.


Psst.. Sebenarnya suami aku antara penyumbang terbesar tabung aku ni, selup aje saku seluar dia bila nak basuh seluar tu…confirm ada hasil..hu..hu.. 




20131219

Sample Percuma 2013

Semenjak  dua menjak ni aku suka hadiah percuma. Percumakan.. mestilah  suka.
Padahal sample  je  pun.  Sekali pakai dah habis.. huh..


Kalau korang suka hadiah percuma  jugak..
bolehlah  daftar jugak...

Susu untuk 1 tahun dari Dutch  Lady, anak aku Luth baru 4 bulan, tak apa aku minum sendiri.


Susu ibu S-26 untuk mak budak..

Lampin pakai buang Drypers untuk Luth

Libress untuk mak jugak..:)

Susu EnfaMama untuk mak jugak, aku pernah review sebelum ni..

Untuk ayah aku belum jumpa lagi..

Sebenarnya banyak lagi aku  daftar.. tapi belum ada khabar berita..
huh..

20131218

Rekod Perbelanjaan

Dulu masa aku mula-mula dapat kerja, lepas aku habis belajar…aku ada buku belanja harian. Aku catat semua perbelanjaan harian aku kat buku nota tu. Sangat detail, sampai beli gula-gula 20sen pun aku catat jugak. Masa tu aku rasa perlu sangat catat perbelanjaan aku sebab gaji aku sikit sangat. Jadi aku sangat disiplin buat catatan. Tapi bila aku dah dapat kerja sekarang ni, memang aku langsung tak tulis berbelanjaan aku. Aku tak tahu mana hilangnya duit gaji aku setiap bulan.

Sekarang bila aku ada matlamat baru, baru aku sedar kepentingan buku rekod perbelanjaan ni. Jadi aku mula balik mencatat segala duit masuk dan duit keluar harian aku.

Antara langkah pertama yang aku ambil untuk Bulan pertama ni (Bulan 12), Aku catat dulu semua perbelanjaan aku. Ini penting agar aku dapat membuat anggaran budget perbelanjaan bulanan aku.

Aku bahagikan kepada beberapa perbelanjaan wajib aku seperti sewa rumah, loan kereta, bil utilities, minyak kereta, duit saku, belanja barang dapur dan lain-lain. Semua resit-resit shopping aku tampal dalam buku rekod aku.

Bila masuk separuh bulan ni, aku review balik perbelanjaan aku, baru aku sedar budget yang aku letak memang tak cukup terutama barang dapur. Baru separuh bulan, tetapi aku sudah belanja untuk 1 bulan budget aku. Nak buat macam manakan? Barang dapur, tetap kena beli. Perut ni tetap kena isi..huh..hu..

Lepas balik kerja semalam singgah pasar malam sekejap nak cari lauk.  Serius terkejut, berapa ringgit aku belanja untuk beli lauk kat pasar malam..lauk mentah yer..

Mmmm…Semua barang dah mahal.

Aku harap aku dapat disiplin merokod perbelanjaan bulanan aku.





20131214

Selaman kat Jualan Gudang Hytex 2013 Rawang


Seminggu lepas lagi memang dah bercadang nak beli baju Luth. Alhamdulillah pagi tadi sempat juga aku pergi. Walaupun aku duduk Rawang, pusing-pusing jugak nak cari tempat ni, lupa nak google map sebelum pergi. 
*GPRS hantar kedai repair. Hah, caya sangat!!

Hasil selaman pagi tadi. 

Kasut tu RM18, sengaja cari besar sikit. 
Kau bukan leh jalan lagi Luth.

Ni baju dengan seluar asing-asing, ada yang aku match sendiri. RM10 serba satu. 
Kecuali yang oren tu RM8 dan seluar RM4.
Kebanyakan baju saiz budak setahun, sengaja beli yang besar.. Luth cepat besar. Baju kecil-kecil banyak lagi tak pakai.

Ini pulak satu set, seluar dengan baju sekali, dari RM12 ke RM15.
Baju tidur bintik-bintik tu macam gigirl sikit tapi lantaklah tak ada pilihan lain..

Baju Mak RM8, baju Ayah RM15(Puma) dan RM10 (B.U.M).

Baju budak laki tak banyak pilihan sangat, kebanyakan untuk budak perempuan. Kalau aku ada anak perempuan memang rambang matalah. Lupa niat nak berjimat.

Selain baju kanak-kanak, banyak jugak baju remaja dan dewasa. Ada jugak seluar, tapi aku tak tengokk sangat. Baju untuk newborn macam tak ada jer.

Esok last day, sapa yang dekat area Rawang bolehlah singgah.



20131212

Kopiah ayah buat Luth


Bila suami aku pakai kopiah, mata Luth memang melekat kat kopiah ayahnya lah. Hairan campur kagum kot...apa ada kat kepala ayah?

Seronok Luth bila dipakaikan kopiah.


Mata tak berapa nak nampak pun tak apa, janji pakai kopiah. 
Bila mata dah lindung, buat main ciku cak, cak.


Luth tak akan buang kopiahnya dari kepala bila dah pakai. 


Semalam 11.12.13, ayah cakap kena buat sesuatu hari ni, tarikh cantik.

Sampai ke malam, di rumah aje..tak ada ke mana-mana. Basuh baju, kereta, kemas rumah cikit. Tiba-tiba ayah jadi rajin, nak buat kopiah buat anak lelaki dia. Kagum kejap mak, ayah sendiri jahit kopiah ayah buat Luth. Recycle je kopiah ayah, nanti raya kita beli ye Luth.


Kagumkan, ayah boleh jahit kopiah buat anak lelakinya. Malam tu ayah cakap, 11.12.13, ayah buat kopiah buat Luth. Ada jugak benda nak dibuat, 
precious moment.. :)



Kopiah dah pakai, perangai tu jaga sikit ye nak, kurang-kuranglah sikit menangis ye nak..




20131210

10 kegunaan tag roti

Recycle dari sekecil-kecil benda..

1. Pendent bergambar
2. Ala-ala sampoa, boleh ajar anak mengira.. (ke benda apa ni?)

3. Tag hadiah
scraptime.ca

4. Hias, conteng-conteng sikit, guna buat ikat makanan. Biasa buat ni, tp tak ada masa nak hias.

5. Cairkan tag roti, boleh buat brooch.

6. Penanda tape.
7. Pengepit 
8. Penanda kunci
9. Key Chain

10. Hiasan note book


Aku simpan juga tag roti, konon nak buat tag untuk wayar.
Ceh…iya-iyao jer aku..
Ini jer aku mampu.






Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...