Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140129

1st time Luth dengan Car seat

Biasanya tiap kali nak pergi mana-mana aku akan riba Luth. Kalau ayah dia kerja, tak dapat ikut macam pergi klinik ke, Tok Ma yang akan ikut dan riba Luth. Jadi car seat dia memang tak pernah  guna lagi.  Since tak lama lagi kami bercadang nak balik kampung…aku  rasa dah kena ajar Luth duduk dalam car seat dia sendiri.

Berat oi..nak beriba sepanjang balik kampung nanti. Jadi, pergi klinik semalam husband aku pasangkan car seat dia.


Mula-mula duduk ceria lagi. Posing sebelum bergerak.
Lepas tu tak berapa ceria.
Tapi pasrah.. dan macam biasa sekjap naik kereta… dia tidur.

Balik klinik, beriba balik pasal kesian..Luth  nangis sikit kena cucuk. Sikit  je, tak sakitkan..hu..

Harap Luth tak banyak ragam nak balik kampung hujung minggu ni. Ho..ho..balik kampung..
E..entah kenapa balik kampung kali ni rasa excited sangat, hari-hari duk kira berapa hari lagi nak balik kampung.



11 ulasan:

  1. kena bagi dia pegang sesatu yg dia suka, buku ke, toys ke...kalau tak nanti dia bosan duk dlm tu...

    BalasPadam
  2. Amboi Luth... bukan main jeling aunite tengok. Suka dapat car seat baru ye.
    Memula tak biasa tak selesa, lama-lama akan enjoy punyalah... apa lagi kalau dah lena lagi relaks tidur di seatnya..

    BalasPadam
  3. mula2 Luth tak berapa nak selesa kot..lama2 nti bila dah biasa OK lah tu...hehe..

    BalasPadam
  4. Family aku tak panggil budak itu berat. Kami panggil antap. Perkataan 'berat' ni macam taboo bila berkaitan dengan budak kecil.

    BalasPadam
  5. bg dia fav toys, InsyaAllah ok ;p

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Tq sudi jengah blog sy...datang sini n folow...:)

    Comel Luth...nma pun best...

    BalasPadam
  7. Mata yang tak menahan tu..macam best je luth duduk dalam car seat tu

    BalasPadam
  8. kalau biasakan dari kecik nanti dia biasa PB.... selamat pun selamat duk car seat ni

    BalasPadam
  9. kena biasakan dr kecik baru dia nak,ni dh besar mmg ssh sikit la dia nak selesakan dlm car seat dia tu..dh sedapkena riba..harap2 luth ok.budak baik mestilah ok kan.hehe..

    Afia sejak 3mth mmg dh biasa dok dlm cr seat,tu pun klu perjalanan dekat,hantar pengasuh pergi kerja n soon..klu balik kmpg mmg sy riba..dh ada dreba kan..:)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...