Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140128

Adik Beradik Kandung

Bila orang tanya aku adik beradik berapa orang aku sedikit tergangu nak jawab macam mana.
Short, simple but clear.

2 orang, sorang abang dan aku adik. 
Oh anak bongsulah. 

Tidak jugak. Ayah aku ada lagi 1, 2, 3, 4, 5, 6 anak yang dah besar bawah aku…dan 1,2, 3 anak yang masih kecil dan pak usu Luth yang lebih muda 3 bulan dari Luth. 

Ramaikan adik beradik aku? Orang kata ni adik beradik kandung juga bukan adik beradik tiri. Adik beradik tiri batal air sembahyang. Ni tidak.

Dulu aku tak suka bercerita pasal adik beradik aku. Aku rasa aib, marah dan entahlah… Boleh dikatakan tak ada sorang pun kawan-kawan aku familynya macam family aku.

Aku dah ada anak sekarang, semua perasaan tu dah hilang. Sikit-sikit aku dah lupa semua cerita lama. 


Forget and forgive..

Ye ikhlas. Masa depan aku tak tahu lagi.. doa nasib anak aku lebih baik.

Ahhh rasa nak nangis..hu.. 


12 orang. ke ada lagi yang aku lupa nak kira ni?

Bila berjumpa aku dengan adik berdik aku duduk berbincang panggilan untuk anak-anak buah. 

Abang sulung aku senang..Pak Long..aku no 2 entah… no 3 sampai 11 apa panggilan kita nak letak. Bongsu boleh panggil Pak Su.. Kalau ada lagi yang kecil coming soon..ntah. 



Tiba-tiba teringat kat adik beradik kat kampung..insyallah panjang umur kita jumpa.


17 ulasan:

  1. ohh ramai juga ye adik beradik.. takpe lah, cerita lama biarlah di simpan kan...ambil yg jernih... hubby sy 10 org adik beradik kg.. meriah klu semua balik.. tak muat rumah nak tido..hehe

    BalasPadam
  2. Kalau cerita boleh mengaibkan orang lain dan membuatkan diri rasa sedih, okay tak pe jangan cerita. Kami faham.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada apa sebenarnya.. masa muda2 darah panas. sekarang okey je.

      Padam
  3. Assalam...walaupun ramai adik beradik tak kira lah adik beradik tiri ke kandung ke jika boleh bertolak ansur dan mahu saling membantu pasti tak der masaalahkan...

    BalasPadam
  4. Masa belum matang pendik aqal mudah nak marah tak terima apa yg terjadi. Bila dah kian matang semua dapat diterima dgn senang hati. Alhamdulillah... indah ukhuwah adik-beradik (betul memang bukan tiri sebab satu bapa - tak batal).

    BalasPadam
  5. yg pedih, sedih tp skng da bole senyum bler teringat, mmg progress yg sgt baik & sihat... pernah rasa, sbb tu tahu ;)

    BalasPadam
  6. In shaa Allah ada hikmah di kemudian hari.....mcm adik bradik abg ila ramai gak...

    kalau yg tengah2 tu anak2 buah panggil dgn panggilan nama pendek...tapi tambah ayah / cik...mcm ila dorg pggil Cik La n asben Ayah Lee...hehe

    BalasPadam
  7. Seronokkan bila ada adik beradik ramai...yg penting ikatan kekeluargaan yg erat...
    cerita2 lama jadikan pengajaran....

    BalasPadam
  8. Ramai adik beradik. kalau balik kampung time raya ke mesti meriah kan..

    BalasPadam
  9. memang comey baby tu ...Alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. kak sendiri hampir sedozen adik beradik..seronok bila ramai ni..
    yang lama jangan diingat. mulakan cerita dan langkah baru.

    p/s tqvm sudi drop blog kak

    BalasPadam
  11. betol tu...buang yg keruh ambil yg jernih..yg baik2 sj kita simpan... kan..:)

    BalasPadam
  12. masa muda2 mmg susah nak faham sikap manusia...bila kita bertambah matang...kita lebih terbuka...adik beradik ramai...bila sesekali jumpa...pasti meriah...

    BalasPadam
  13. Emmm..susah jugak nak bagi tau tu yek PB.....dah takdir kita begitu...terima dengan rasa redhokan...

    BalasPadam
  14. Ramai adik beradik ni meriah. Saya kenal seseorang yang ada 16 orang afik beradik yg maknya lebih drp 4 orang. Ayah dia kawin cerai banyak kali taoi hububgan dgn anak2 kebanyakkannya baik. Jadi kalau kena cara menguruskan keluarga, mmg meriah adik beradik ramai..

    BalasPadam
  15. untung juga awak kenal semua adik beradik awak walau berlainan ibu..sy lagi ramai adik bradik..smp sy sendiri tak berapa kenal..klu berlaga bahu mmg tak tau tu kak sendiri..bezanya allahyarham pak sy kawen cerai,kawen cerai..mak sy isteri no 4..

    sy tak prnah malu cerita sy ramai adik beradik,malah sy bangga..tak semua org macam kita tau..)

    BalasPadam
  16. knor 9..dh kawin semua..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...