Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140130

Makanan busuk

Isu kankung mulanya hanya joke kedai kopi..
Kelakar.
Tapi kelakar kelat.
Bila majoriti dari kita sangat susah nak dapatkan sesuap nasi, dan sebilangan kecil bersenang-senang. Lebih-lebih lagi menunjuk-nunjuk lagi kesenangan mereka.



Aku selalu ke pasar malam terutama hujung minggu untuk mendapatkan makanan basah. Aku perhatikan sejak akhir-akhir ini ada trend peniaga pasar malam jual harga murah.

Ikan, udang, sotong 3 pinggan cuma 10 ringgit. Ada lagi murah, 2 pinggan 5-ringgit je. Dapatlah jugak 4~5 ekor sepinggan. Bawang, sayur,  sebakul se-ringgit je. Buah betik, tembikai se-ringgit, 2-ringgit je sebiji. Semuanya tak payah timbang, sangat murah kalau nak banding harga dengan yang timbang. Murah. Sungguh aku gembira. Tambah lagi kita tengah struggle dengan kenaikan harga yang mendadak.
Tapi aku perasan, makanan ni banyak yang dah rosak, atau nak rosak. Kadang beli ikan, balik rumah nak masak dah busuk. Buang je. Sedih betul, nak makan pun berkira.

Nak beli ke tak?
Beli jugak.
Hidup.

Tiba-tiba aku teringat isu sayur recycle tak lama dulu.. adakah telah merebak ke pasar-pasar malam?


Kalau aku duk kat kampung, aku kutip aje daun ubi buat ulam harian aku.
Hidup kat bandar,
kena bertahan juga. 

11 ulasan:

  1. Betul tu PB,.....berniaga biarlah ikhlas dan jujur...ini tidak .... macamana nak berkat....pembeli selalu nakkan murah, belilah jugak walaupun balik nanti buang huhu

    BalasPadam
  2. Memandangkan kos sara hidup dah semakin meningkat..mungkin ada sesetgh pihak yg cuba ambik kesempatan/guna cara kotor..hemm..

    BalasPadam
  3. betul tu..trend ikan jual ikut pinggan tu dah agak lama.. tapi kalau nampak teruk sangat saya tak sampai hati nak beli.. perut kita takpe la.. kesian kat anak anak..

    BalasPadam
  4. tul tu...yg longgok2 yg murah tu jgn la beli...kebanyakannya dah busuk...sesuai tuk campak je...dh busuk...takkan kita nk makan kan...bab2 makan ni mahal sikit x per...janji elok..klu ada anak2 lagi la...mungkin ada yg geli nk makan kangkung kut...sbb dh biasa makan brocoli..carrot..mmm

    BalasPadam
  5. erm! tu lah kan..bila kita rasa murah & nak beli banyak plak yg rosak.. kesian kat pengguna..maksudnya tertipu... kat sini pun sama tau..sllu nya ikan lah.. huhu..
    nak buat mcm mana kos mendadak naik...:)

    BalasPadam
  6. betul yang busuk dan kotor tu la dijual kan. kebersihan tak dijaga

    BalasPadam
  7. Akk tak suka beli brg basah kat pasar mlm... Entah nape selalunya memang tak fresh dan tak elok.... Dari dulu lagik camtu....

    BalasPadam
  8. Sebab tu kalau pergi pasar kami akan pergi ke peniaga yang memang jiran kami pun. Sebab memasing dah kenal. Kalau betul ikan tu macam nak busuk, atau tak elok, kami cakap direct aje, dan dia pun faham. Jiran satu jalan maa. Nak masuk lubang parit kalau buat jahat dengan jiran sendiri?

    BalasPadam
  9. makanan basah klu harga murah tu mmg brg lama.klu tgok ikan buah tu tak segar better jgn beli...en suami berniaga barang basah juga kt pasar malam..skang ni faktor cuaca mmg ssh nk dpt bekalan ikan,jadi harga ikan naik sedikit..tp ni faktor cuaca.sementara saja..klu dpt brg dengan harga murah,jualnya pun murah..kadang2 org tak faham..harga tggi sedikit sbb kualiti,klu benda busuk tak bley mkn murah pun tak guna..

    BalasPadam
  10. sebelum beli, kena tengok betul2.. murah setakat seringggit, dua, tapi bahan lama.. memang rugi..

    BalasPadam
  11. duk kat tgh2 bandar ni..semua nye memerlukan kekentalan utk hadapi semua ni

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...