Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140120

Rekod 6 tahun yang lalu

Aku dah duduk menyewa rumah ni dari zaman bujang sampai dah beranak pinak. Jadi, memang banyaklah khazanah aku kat rumah ni. Bila bongkar-bongkar khazanah dalam stor weekend baru ni. Aku jumpa balik buku catatan harian perbelanjaan aku dulu. Nostalgia betul.


Rekod perbelanjaan aku 6 tahun yang lalu.

Bila ada rekod ni secara tak langsung perbelanjaan aku lebih terkawal. Nak membeli pun rasa takut-takut. Takut tengok angka yang aku rekod. Rasa membazir kalau nak beli benda mengarut.

Aku mula berkerja pada 17 March 2008. Hari isnin. Ni hari pertama aku kerja dan kerja pertama aku.

Harga roti Gardenia pada 6 tahun yang lalu ialah RM2.10. Sekarang RM2.40. 

Resit-resit ni dah luntur warna. Tak berapa nampak lagi apa aku beli masa tu.

Bila ada rekod ni aku dapat merancang perbelanjaan aku, Sekurangnya aku tahu bila masa nak beli beras, lampin anak, sabun dan sebagainya. 

Sebelum ni, aku tak berapa ambil pusing harga barang yang aku beli. Dulu, kalau kau tanya berapa harga roti Gardenia yang selalu aku beli… aku tak tahu.


Aku pernah cerita pasal rekod perbelanjaan yang aku nak mula buat balik bulan lepas..
Alhamdulillah sampai hari ni, aku masih rekod lagi perbelanjaan harian aku. Kadang-kadang ada juga ter- skip, ter- miss, then aku cuba ingat-ingat balik dan tulis balik. 

16 ulasan:

  1. rajinnya wat rekod perbelanjaan...kalau saya idak ler...hehehe

    BalasPadam
  2. Wah...bgusnyer....boleh tau kat mn kita spend kan...

    BalasPadam
  3. wahhhh sgt kagum... detail sungguh...

    BalasPadam
  4. rajinnya PB buat rekod.. segala bagai bil perbelanjaan masih di simpan..mmg rajinlah!! :)

    BalasPadam
  5. waaaaaaaaaaaaaah !! seronok kan klo jumpa buku2 lama resit2 lama.. mmg rajin bagus2 kagum !

    BalasPadam
  6. Aku buat rekod ni start form 1. Tapi bila dah reti komputer dah maju sket aku transfer masuk ke Excel. Hehehe. Tapi still buat. Selagi tak tahu duit tu pergi mana, selagi tu aku tak tenang.

    BalasPadam
  7. Bagusnya.....sy pun plan nk rekod perbelanjaan...Cuma takut tak rajin je..huhuhu
    Tahun ni mencabar sungguh..mmg kene berjimat cermat.....

    BalasPadam
  8. wowwww sgt impress! nampaknya saya macam awak yang dulu.. kalau tanya berapa harga kicap yang saya beli saya pun tak tau.. sangat2 amik mudah tp lepas ni macam nak bisnes kecil kecilann.. dah kena start rekod nampaknya dekat mana murah dekat mana mahal..

    BalasPadam
  9. Wahh bagusnyaa..aida pon tak se detail ni walau belajar account..tu yang duit asyik negatif je..heheee

    BalasPadam
  10. bagusnya...akak tak pernah catat pun apa perbelanjaan yg akak buat

    BalasPadam
  11. bagusnye ... rajin buat rekod perbelanjaan...so boleh lah kita kawal keluar masuk kewangan kita dalam sebulan..

    BalasPadam
  12. akak ada dpt buku nota drpd kpdnkk utk tulis perbelanjaan harian. Semangat mula2. Pastu sehari je akak sempat tulis. Pastu lupa dah nak update tiap2 hari. Akak tgk awk punye buku ni, tetiba akak rasa nak start balik la catat perbelanjaan. Baru la nampak duit tu gi ke mana kan,.

    BalasPadam
  13. Wah... rajinnya buat rekod belanja. Saya pernah juga buat, tapi tak lama.. hihi... tak sampai sebulan je.. kononnya bila dpt kwje nak tahu budget macam mana tu yg adakan rekod. Tapi kejap je terus tak sambung

    BalasPadam
  14. rajin sungguh...memang akauntan berkaliber nih..

    BalasPadam
  15. baguskan bila kita menulis macam ni;.. dah lama Ros tak buat.. masa duduk bujang dulu ada jugak rekod..

    BalasPadam
  16. bagus sebenarnya klu ada rekod perbelanjaan macam ni..sy ni je tak pernah buat,haha..diari pun yg taun lepas pun masih kosong

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...