Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140106

Sapa nak baucer RM20?


Baru-baru ni aku ada beli tupperware dengan harga RM8 je. 


Ada 10 pieces pelbagai saiz. Ada bag plastic lagi untuk simpan buah dan sayur. Kononya kalau simpan dalam makanan dalam tupperware ajaib ni, makanan tak cepat rosak. Aku nak review lebih pun aku belum betul-betul test lagi.



Pasal apa murah sangat? Pasal aku dapat baucer RM50. Harga asal dia RM58, jadi aku bayar RM8 je.
Macam mana aku dapat baucer murah? Pasal mungkin aku orang yang terawal daftar nak baucer ni masa iklan kat everyday onsale kot (kalau tak silap) .

Tapi aku main tipu, aku daftar guna banyak email. Bertuahnya aku dapat 1 baucer RM50. Email lain aku dapat RM20. Aku ingat nak beli lagi. Mungkin guna alamat mak aku, mentua kau, kakak ipar aku. Tapi aku tak tahu nak beli apa, lagi pun aku kan tengah berjimat. Kan aku dah war-warkan pasal aku nak berjimat nak beli rumah. ( Aku dah jumpa rumah berkenan. Tapi duit aku belum cukup, lagi pun target aku januari 2015 baru cukup aku  kumpul duit nak buat downpayment  Sedih tahu, harap-harap tak ada orang berkenan beli rumah tu, sampai cukup duit simpanan aku. Arh.)

Berbalik kepada baucer RM20 tu, aku rasa baik aku bagi aje kat sapa yang nak. Korang  view dulu kat http://www.rakuten.com.my/ barang apa yang korang berkenan. Kalau ada berkenan nak beli, aku boleh bagi baucer ni.


Korang drop je email kat komen kat bawah ni. Kalau sorang dua, kira orang tulah dapat. Kalau ramai yang nak, aku baling dadu. Aku bukak sampai hari Ahad ni ek. Kalau tak ada yang nak, kira burn je lah kot. Aku ada beberapa baucer RM20 dan korang kena beli barang yang harga lebih RM25 tau, expired Jan 31 Januray 2014. Korang checklah postage mcam mana. Macam tupperware yang aku beli tu free postage. Tapi ingat, aku tak bertangungjawab atas apa-apa masalah dalam pembelian tu. aku cuma forward email yang aku dapt je ek..


Maaflah ni je mampu aku bagi kat korang. Kalau nak lagi hadiah..korang g lah daftar kat sample percuma. Ishk, kedekutnya aku. Aku tengah struggle giler-giler nak beli rumah ni..

Luth, model iklan tupperware tak berbayar. Ceh..


Salah ke aku panggil bekas plastik ni tupperware? dari aku kecil sampai aku tua, aku panggil benda alah ni tupperware. 

Rumah aku tak ada lagi bekas plastik brand Tupperware. kesian aku.


16 ulasan:

  1. menariknya..cantik tupperware tu..

    err..boleh ke? kesoma.rai@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita dah note.
      memang nak bagi jer.

      Padam
  2. Biasa la tu. Semua bekas plastik kita panggil tupperware. Brand Apple Lady pun kita panggil tupperware. Sama macam Colgate. Semua brand kita panggil colgate.

    BalasPadam
  3. ooo..bekas plastik pon pggil tupperware..ok per tu..cun..

    BalasPadam
  4. Wahh..murah jugak kan..10 bekas pulak tu..aida hari tu beli kat IKEA..ada 14 bekas tp kualiti kureng skit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm plastik yang ni pun biasa jer.. tak nampak hebat mcm function dia yg mcam bagus sgt..ha..

      Padam
  5. Dulu2 akak pun sama..semua bekas plastik akak pnggil t/ware..

    BalasPadam
  6. Tapi tupperware asli mmg ada quality...walaupun mahal...

    BalasPadam
  7. hahaaa....same lah kat sini pon cik panggil tupperware walaupon brand nye lain...kohkohkoh..
    ermmm...rase nye cik nak jugak..tapi tengok2 ramai dah kengkawan nak baucer tu..kasi kat dowg lah..kang penat pulak PB baling dadu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius nak bagi ni.. ingat semua mcm tak nak je.. br forward 1 kat Rai..hi

      Padam
  8. Murah juga rm8.. sllu mahal kan? hehe
    ada gak buat koleksi tupperware...:)

    BalasPadam
  9. akk pon panggil semua bekas tupparware...hheee

    BalasPadam
  10. tak salah,sy pun panggil tupperware gak.hehe

    ada lagi ke?kite nk gak..puankutu@yahoo.com

    Klu nk bg la..didahului dengan TQ..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. check email
      welcome

      Padam
    2. dh terima emailnya..tq ye..aiman dh demand pistol peluru..tp harga tak smp rm25,kena add on sesuatu la nmpknya..:)

      Padam
  11. Naaaaaaaak , amalinanadri92@gmail.com

    thankyouu!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...