Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140115

Selamat Hari Tua

18 tahun aku masuk Uitm Shah Alam. Kiranya aku nga kawan-kawan aku lah paling MUDA remaja. Semua orang kat kampus tu kita panggil kakak, abang. Kadang-kadang rasa staf yang kerja kat Uitm tu nampak tua sikit kita panggil makcik, pakcik.

Zaman aku masuk U dulu sangat havoc. Kalau musim Konvokasyen ada konsert. Masa ni la 1st time aku jumpa Ziana Zain, Liza Hanim, Noraniza Idris dan ramai lagi artis yang seangkatannya. Siti Nurhaliza, aku tunggu jugak concert percumanya, tapi tak ada. Agaknya tak mampu nak bayar kot. Paling koman pun artis Akademi Fantasia. Ada jugak live band datang.. aku ingat kumpulan Spider ada datang kat hostel, oh, sedap gila suara dia menyanyi live.

Masa riang-ria kat Uitm sangat panjang.

Lepas habis Diploma aku sambung Degree kat situ gak.. entah apa masalah transfer credit..aku kena sambung degree sampai lebih dari 3 tahun.. Lama gila.

Masa tu aku rasa akulah pelajar paling tua kat Uitm.

Junior-junior panggil aku kakak. Kakak..

Zaman concert pun dah berakhir kat Uitm. Mungkin peralihan kuasa dari YDP yang havoc ke YDP yang lebih Islamiah. Masa beralih dari zaman Ziana Zain ke Ustazah Norbayah. Time tu jugak lagu nasyid sangat popular.

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku…Oh…Kasih
Bersabarlah Sayang

Zaman riang-riang yang panjang macam semalam je berakhir...

Esok aku dah...
 Hah..

Anak aku kecil lagi pasal aku kahwin lewat. Ada member sekolah yang kahwin lepas SPM, maksudnya anak dah masuk sekolah menengah.

Aku dah pangkat makcik-makcik.

Tak lama lagi habis sekolah. Jodoh cepat, kahwin. Pastu ada anak..pastu cucu.

Nenek..grrr.

Cepat nya masa berlalu.

Baru semalam aku rasa mak aku dukung aku masuk bilik tidur lepas aku terlelap tidur depan tv.

Selamat Hari Tua

28 ulasan:

  1. huahuahua..sama sebaya rupanya kita..

    takpe.. wanita cantik sempurna di usia 31.. hahaha..

    tapi birthday saya lambat lagi..

    happy birthday!

    BalasPadam
    Balasan
    1. member-member selalu ckp gitu.. ko lagi tua dari aku.
      tak aci..kira tahun la..x mau kira bulan.

      Padam
  2. heppy besday in advance..
    takde la tua mana pon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.
      muda lagi..kalau pakai baju sekolah..silap2 budak belum spm pun nak ngorat..ha

      Padam
  3. happy birthday Petak Bunga :)

    BalasPadam
  4. Quoted kat bawah tu sangat Awesome!hehee..nak jugak la..kita share Zodiac dan bulan yang sama!Yeay!

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir kak :)
    saya doakan semoga akak diberi kesihatan yg baik dan senriasa dimurahkan rezeki.aamiin

    akak, thanks sharing tips utk tambah tu dgn saya

    BalasPadam
  6. hepi besday Sa...

    smoga dengan brtambahnya usia....makin brtambahla rezeki yer...
    cepat2 tambah anak hahaha....

    BalasPadam
  7. Happy birthday! Rupanya kita sama2 lahir dalam bulan january. cuma lain tahun ja. hehe..semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik & termakbul segala impian =)

    BalasPadam
  8. Happy belated birthday sis

    BalasPadam
  9. Happy belated birthday..
    moga sentiasa diberkati Allah... usia seiring pengalaman pengalaman...:)

    BalasPadam
  10. Lebih kurang sama je umur kita. Anak kau kocil lagi tak po eh. Ado jugak anak ha. Eden? Tak dok anak haa. Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu belum kahwin cepat kahwin.
      kalu belum beranak, doa2 cepat beranak.

      Padam
  11. selamat hari jadi... semuga jadi org tua yg berhemah...hhee

    akk lagi tua..im 31 with 5 years experience

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurang experience lagi tu..

      Padam
  12. Yelah kalau lepas SPM terus kawin mestilah anak dah besar. Kita ni belajar sampai ke tua mestilah anak masih kecik. Tak kisahlah janji hidup berlandaskan syariat.

    Happy birthday dari kakak:)

    BalasPadam
  13. Happy birthday.. cepat masa berlalu kan.. tak sangka dah masuk 30an, padahal takla terasa lama sangat masa berlalu.. apa pun kenangan manis sentiasa dlm ingatan.

    BalasPadam
  14. Selamat hari tua..tua setahub dri sy je ye..

    BalasPadam
  15. igtkan awk muda lagi..sy cuma setahun lebih muda.anak dah besar pasal lepas dip terus gatal kawen tak smbg degree.hehe..

    BalasPadam
  16. happy belateed birthday kak.. usia bertambah, hanya angka..(nak sedapkan hati).. hihihi.. Ros doakan moga kak dimurahkan rezeki, diberikan kseihatan yg baik dan dipanjangkan usia :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...