Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140109

Sibuk setahun sekali

Ada masanya aku rasa bosan sangat-sangat dengan kerja aku.  Bosan sampai aku selalu moody. Asyik fikir nak berhenti kerja je..

Setiap hari aku kena fikir apa aku nak buat hari ini. Aku tak ada kerja.

Bos, tolonglah bagi aku kerja. Aku bosan sangat-sangat. Aku dah tak tahan mengantuk ni. Nak minum kopi pun dah tak larat.

Aku rasa company dah tak perlukan aku lagi, baik aku membawa diri…. Aku nak resignlah macam ni.

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi, nak buat-buat sibuk. Nanti orang kata aku makan gaji buta. 

Aku rasa sangat tertekan, kebosanan yang melanda ini. Tak ada siapa yang faham perasaan aku. Walaupun kekanda tercinta.

Bestlah tak ada kerja.

Tension tahu.


Bulan Januari, mcam tahun-tahun sudah  aku sangat-sangat sibuk. Sampai aku tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Sampai aku pening dan jadi blur sekejap. Makan pun tak berapa nak kenyang, mandi pun tak berapa nak basah, gitulah  ibaratnya. Fikir banyak lagi kerja tak siap.  
Jadi aku tak nak merungut walau aku sibuk bulan ni.

Lepas ISO Audit ni settle kerja aku. Raya Cina hujung bulan ni aku boleh ambil cuti lama-lama sikit.



Eh, sibuk pun boleh update blog lagi.
Release tension beb..
hi.hi.. aku tak moody bulan ni.


7 ulasan:

  1. Xde kerja?

    Wah! Maayyyy mang tak best langsung. Rasa macam orang bodoh aje. Hehehe.

    BalasPadam
  2. imah kalau xde keja xsuka, bnyak keja pun xsuka. suka yg sedang2 je..hehe. Good luck ok!

    BalasPadam
  3. Perasaan tu mmg sllu ada kan pada kita yg bekerja ni..
    sy pun sllu terfikir bosan bila kerja..sllu juga fikir nak resign..hehe
    tapi bila sibuk tak plak perasaan tu timbul...

    BalasPadam
  4. Haha.. masa sibuk rasa kalut ..masa tak da keje rasa tensen.. manusia kan..
    Semoga kerja2 yg ada dapat disiapkan dengan baik ya.. seronok bila dapat siapkan semuanya kan...rasa pencapaian hebat dah tu..

    BalasPadam
  5. Eh Eh.. mula2 ingat entry pasal bosan takde keja. rupanya entry pasal banyak gila kerja hahaha. kalut sgt kan bila byk kerja.

    BalasPadam
  6. Huhhu..samalah dengan aida..kalau tak bz,memang tak bz langsung..tapi bila dah bz memang nak tengok ape semuanya tak sempat..huhuhu..Selamat bekerja ye..

    BalasPadam
  7. mmg bosan klu takde kerja..byk kerja kelam kabut plak..resmi kerja macam tu la..:)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...