Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140220

3 jenis kuih, tak buang makanan

Ada 3 jenis kuih yang mudah aku buat, jadi penyelamat, tak membazir dari dibuang.

1. Cengkodok pisang, bila sedar-sedar pisang dah jadi hitam legam.
Pisang+tepung gandum+gula+garam+serbuk penaik
Gaulkan aje. Goreng.

Pss..Aku tengah cari kaedah nak buat cengkodok pisang aku jadi bulat comel macam beli kat kedai. Kalau korang tahu, sila beri tunjuk ajar..hi.

2. Puding roti, bila sedar-sedar roti dah nak expired.
Roti+susu cair+ kastad+kismis+ gula+ marjerin+ telur
Blenderkan je semua. Bakar. Tapi sejak aku dah berkahwin ni jarang pulak roti nak expired. Kena beli roti khas kalau sesekali teringin nak makan puding roti.

3. Apam nasi, bila nasi semalam tak habis.
Nasi+air+tepung gandum+tepung beras+gula+garam+yis
Blenderkan je semua.
Peram 2,3 jam biar naik. Kukus.
1st time buat aku tertukar tepung pulut dengan tepung beras. Selain plastik tulisan siam.. aku cuma nampak rice je.. gluta kat depan tak baca, nil ah kaedahnya bila semua benda nak cepat..bace sepintas lalu..dan hasilnya apam nasi aku melekat kat gigi bila makan. Laki aku pun agak konfius apekebenda kuih padat dan kenyal. Ditelan dalam keterpaksaan.

2nd time aku buat baru gebu sikit. 


Ada lagi tak kuih yang boleh aku buat? Tak mau leceh-leceh.

16 ulasan:

  1. kene kreatif sikit kan? takyah membazir...

    BalasPadam
  2. Rajinnya ni. Apam tu menarik nampak dengan warna pink..

    BalasPadam
  3. cekodok tu memang selalu....

    BalasPadam
  4. nasi smlm 2... sgt menarik...

    BalasPadam
  5. Ada! Tengok blog kakak hari ini ada N3 kuih paling senang hihi...

    Buat cekodok tu dah betul tapi kalau nak bulat tak boleh guna sudu. Adunan pun kena tunggu 10-25 minit baru goreng. Selain itu kena guna 5 jari kurniaan Allah ni. jemputkan elok-elok mesti bulat punya...

    BalasPadam
  6. wahhh bagus gak kan.xpenah lak buat apam nasi.nt leh try!

    jom join GA saya.hehehe
    http://lipslikesugar87.blogspot.com/2014/02/awesome-give-away-by-rara.html

    BalasPadam
  7. Kena kreatif dan rajin. Kalau tak rajin tetap tak menjadi juga.

    BalasPadam
  8. Roti tu, boleh juga buat breadcrumb ☺☺

    BalasPadam
  9. Inilah baru resepi mudah katanya. Tak payah susah pening kepala nak bersukat. Kalau setakat jemput-jemput pisang tu saya main baling aje masuk kuali. Tak duliklah dia bulat ke tidak. Janji sedap boleh telan :)

    BalasPadam
  10. kak nk cekodok bulat guna j jari jemari tu kak.hihi. in shaa Allah bulat bulat comel la nti.

    apam nasi x pernah try. hihi

    BalasPadam
  11. Bagusnya selalu buat kuih muih ni..aida memang tak pandai dan tak reti nak buat kuih muih ni..entah takde dalam imaginasi nak buat kuih cemana...heee

    BalasPadam
  12. Boleh la SB try buat apam nasik ikut cara awak ni..tq

    BalasPadam
  13. cekodok klu nk bulat kena guna tgn..pakai sudu mmg tak bulat la.huhu

    BalasPadam
  14. Okje pun suka buat kuih yg senang senang gini....
    Cekodok tu kalau okje buat mmg tak pernahnya bulat selalunya lonjong...hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...