Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140217

Belajar daripada pengalaman

Dia selalu cerita kisah zaman muda-muda dulu. Sekolahnya asyik ponteng. Pergi sekolah ikut rasa senang nak pergi. Cikgu dah tahan sabar.Periksa jarang-jarang lulus.

Mudanya bergaul dengan segala macam manuasia. Dulu nya jenis berang. Kini tidak lagi. Pengalaman dulu jadi pengajaran. Tak akan ulangi lagi. Masyallah. Bukan nak dibangga, cuma nak bagi tahu Dia sekarang dah tak macam dulu lagi. Dah banyak berubah sangat. Susah hidup dulu, Allah masih sayangkanya, jauh dari terus hanyut. Aku tak akan faham, sebab aku tak pernah lalui. 


Aku tak pernah kena marah kat cikgu.
Aku tak pernah ada musuh.
Aku tak pernah gagal periksa.
Aku budak baik.

Kalau tulis novel cerita aku sangat bosan. Tak ada tril. 

Kadang-kadang kita tak perlu mengalaminya sendiri, untuk belajar. Bukan ke orang yang bijak tu belajar daripada pengalaman orang lain. Yang tak berapa nak bijak pulak, nak rasa jugak baru nak belajar. Kalau boleh balik ke pangkal jalan, alhamdulillah. 

Kalau tak, karamlah kau.

Ingat ye Luth pesan mak ni..



Bila kau nak besar, mak tak sabar nak membebel..ko asyik wat muka blur je bila mak bebel. .

6 ulasan:

  1. Alahai comelnya dia buat mata besar...memang pengalaman lalu banyak mengajar kita erti kesilapan dan kesalahan..Semoga kita terus belajar..

    BalasPadam
  2. penat kena bebel ke buat mata gitu he3

    BalasPadam
  3. hahahahaha terbuntang mata luth.hehehe

    BalasPadam
  4. Oh, Luth juga namanya! Sama dengan Abang. Hehehe... terbuntang mata member mesti dalam hati tengah berkata, 'Apalah mak aku ni membebel tak berhenti. Aku dah jengilkan mata pun takmo stop-stop nih, apasal! '

    BalasPadam
  5. luth terkejut tgk ibu dok bebel.hihi

    BalasPadam
  6. geram tgokmata dia bulat tu..pipi tarik terus hidung kepek je macam afia.haha

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...