Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140212

Benda mudah, lagi mudah kalau betul caranya

Kadang-kadang benda yang mudah kalau kita dapat buat dengan bijaksana lagi memudahkan hidup kita.. iya tak?

Do it right way!

1. Melipat cadar dengan kemas

Kalau main lipat je, bukan sahaja tak kemas makan tempat penyimpanan juga. Simple sangat kalau betul caranya. Ingat bahagian getah bertemu getah, sorokan kasi kemas.
www.theenglishhomecompany.com

2. Menyimpan daging beku
Aku pernah cuba kaedah ni. Bahagikan daging bahagian, bahagiannya, sebelum simpan dalam peti ais. Hampir berjaya, senang nak ambil, potong bila nak guna. Daging ni kena simpan betul-betul nipis sampai boleh lipat-lipat baru senang nak ambil. Pastikan airnya kering. Maksudnya lepas kau bersihkan..kau tekan sebanyak mana air kasi keluar dari daging tu. 


3. Memanaskan roti 
Letak secawan air bersam roti dalam microwave. Roti tak lah kering je lepas dipanaskan.

4. Melipat baju dengan kaedah menegak. 
Bab melipat kain ni memang makan masa aku. Baju harian kerja aku laki bini biasanya aku hanger je. Dari ampaian, terus masuk dalam almari. Tak sempat aku nak melipat. Tapi nak hanger semua tak muat jugak. Ada yang kena lipat. Biasa hari minggu aku lipat cantik-cantik dan hari seterusnya... bersepah pasal cari baju tak jumpa. Keadah melipat kain cara menegak ni agak praktikal. Aku dah cuba kaedah ni. Tak berapa kemas lagi. Terutama kain yang jenis nipis dan licin. Kena perbaiki lagi tapi pakaian mudah nak cari, tak payah nak selerakan semua.



5. Sabun lama tak dibuang
Lekatkan sisa sabun lama dengan sabun baru. Dah lama tak guna sabun buku.. hi.. tapi aku rasa idea ni kira bernas gak.








Batuk aku tak hilang lagi. Menjadi-jadi… Si kecil tu dah sihat walafiat. Selesema dia sehari je. Jenis kuat! Makin aktif, maklumlah dah boleh bergerak sendiri sekarang.. mengesok mcam ikan duyung, lajunya.Ikut je mana orang nak pergi. Rumah dah kemas, si kecil ni dah start mengemas. Huh.



18 ulasan:

  1. yang sabun dah biasa buat..
    yang cadar tu sempoi..selalu zee lipat cadar la paling malas sebab susah skit nak bagi kemas tang getah tu..
    baju tu hurmmm okey gak susun gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 rasa susah jgk.. rupanya melipat cadar pun ada cara.

      Padam
    2. kalau aku yang lipat cadar tu, hujung nya mesti mengelembung.

      Padam
  2. Susun baju menegak? Kalau setakat sehelai dua tak jatuh melingkup ke karang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baju 2 helai tak payah lipat pun tak pe. :) Sebab baju banyak la susah nk cari.. bersepah2 mencari celah lipatan.

      Padam
    2. tata.. apasal ek sush nak masuk blog tata kat opis ni.. tak lepas loading. dulu boleh.. kat rumah boleh?

      Padam
  3. wah wah cara yang memang boleh dipraktikkan...nti nak buat jugak..

    BalasPadam
  4. wahh..bagus info2 ni... boleh di aplikasikan kat rumah nti...mmg jadi mudah..:)

    BalasPadam
  5. daging tu sangat praktikal.. biasa saya buat letak dlm individual ziploc.. senang nak ambik.. sebungkus sekali masak.. ayam/ikan pun buat gitu.. tapi kaedah ni cam best jugak..haha..

    semoga cepat sembuh..saya pulak beringus+tekak tak sedap..

    wahh..sikecik dah mengesot..jenuh la mak dia kemas lepas dia "kemas"...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah try baru ni simpan daging dlm plastic ziploc tp masuk seketul tak dapat lipat..ha.. jd sush gak nak potong. next time kena kasi betul2 nipis. smpai leh lipat2.

      Padam
  6. tip2 yang sangat berguna..

    BalasPadam
  7. Tips yang menarik ni. Boleh cuba cara simpan daging dan panaskan roti..

    semoga ceoat baik batuk ya..seksa ya menahan batuk.

    BalasPadam
  8. Umi Qi ucapkan berbanyak terima kasih tau sebab bg petua best cm ni...petua lipat cadar tuh mmg suka tgk...petua portion daging dan lain-lain...mmg boleh praktik terbaik :)

    BalasPadam
  9. Good tips. Pernah dpt video cara lipat cadar tu. Tapi bila buat tak jadi :-(

    BalasPadam
  10. yg cadar tu, dulu saya lipat mesti akan tinggi sebelah...skrg bila dah tau ada kaedah baru ni baru kemas sket...hehehe

    BalasPadam
  11. TIpss yang sangat berguna..tapi bab susun baju menegak tu memang nampak kemas dan tersusun..tapi sesuai untuk drawer je kan..kalao yang jenis almari biasa tu ,memang tak sesuai..huhuhu

    BalasPadam
  12. wahhh bagus niiii.. good idea! :D

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...