Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140228

Bercantik-cantik dengan skirt labuh

ala-ala hijabista untuk suami tercinta.

Aku ‘perasan aku ni stylo’.

Oleh kerana aku nak tulis entri pasal skirt labuh, aku ingat naklah tempeklah gambar aku pose ala-ala hijabista. Puaslah aku geledah almari aku nak cari skirt yang konon paling cun boleh aku pose..tapi tak jumpa. Apa yang ada, skirt pregnant aku. Aku takut nak pakai, takut korang cakap aku ngandung lagi.

Kemudian baru aku perasan… siang malam, hari minggu aku berkain sarung batik. Nak keluar bersembang dengan jiran-jiran pun aku sarung kain batik.

Paling aku tak malu, jiran aku boleh tegur aku…

Apasal kau pakai kain sarung terbalik?

Eh terbalik.

Aku bukan pakai kain sarung terbalik yang sebelah dalam berjahit kat luar, Cuma bunga kain sarungnya yang terbalik. Manalah aku ada masa nak tilik mana bunga, mana batangnya, mana akarnya. Teliti betul jiran aku, boleh dia perasan.

Aku kan ada anak kecil. Dapat ikat kain sarung, tak terburai dah cukup bagus. Alasan.

Tiba-tiba aku rasa bersalah kat suami aku. Apasal aku jadi selekeh sangat sejak beranak ni? Baru anak sorang ni. Jadi mak-mak sekalian marilah kita bercantik-cantik untuk suami tercinta.

Aku dapat tahu yang tengah intrend dan banyak permintaan daripada golongan berhijab sekarang ni maxi skirt labuh. Kat Zalora, maxi skirt labuh corak Aztec dan tribal paling hot. Skirt labuh ni sesuai dengan pelbagai tops seperti blouse, peplum tops dan lain-lain.


Aku yang tak berapa nak hot ni aku lebih suka yang jenis plain. Senang nak matching dengan tops bercorak atau plain.

Boleh refer Youtube nak tengok yang lebih pakar macam mana nak gayakan skirt labuh dengan tops dan accessories. Takut tak kena gaya, jadi pokok krismas bergerak.

Kata penaja, kalau nak bercantik-cantik ala-ala hijabista kena beli skirt labuh. Nak beli jangan beli kat lain. Kena beli kat Zalora baru cantik.

Dan yang paling penting, untuk mak-mak yang sibuk macam aku ni… kau kena beli skirt labuh ni sebab kau boleh sarung aje skirt ni. Time urgent, anak kau merengek-rengek..tak payah nak teliti sangat mana akarnya, mana bunganya. Risiko nak terburai pun sangat rendah.

Lepas entri ni keluar aku ingat nak sambar skirt ni kat  Zalora then pose ala-ala hijabista dengan kekanda aku. Aku terbayang aku berlari-lari anak dikejar kekanda kat tepian pantai sambil kepit skirt..angin kuat sangat.


Kat mana Luth?
Ma jaga jap.


16 ulasan:

  1. Cantik. Skirt ada kat umah tu tapi tak pernah lagi pakai gi ofiice.

    BalasPadam
  2. tgk org pakai memg cantik...tp diri sendiri nak pakai, memg x laaa..mcm x sesuey jeee....rela lg pakai baju kurung @ jubah...heheheh...

    BalasPadam
  3. Kain batik? Aku pun sama. Tidur malam kain batik. Kalau siang hari kat rumah pakai seluar trak. Asal malam aje mesti kain batik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kahwin nanti tukarlah persalinan kau ek..

      Padam
  4. Dah jadi duta Zalora pulak dah hihi... tahniah!
    Berskirt labuh memang cantik
    kain batik bermacam warna
    yg moden dipandang cantik
    yg lama jangan dilupa..

    Kakak pun suka berskirt labuh.
    Nampak macam tinggi gitu (sebenarnya tak tinggi hahaha...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki murah sejak pakai Zalora.

      ha..ha..

      Padam
  5. one of the must in my wardrobe... ^_^... skirt labuh memang cantik kalau kena gaya...kalau tak kena gaya memang nampak macam kartunlah.... salam jumaat dear...

    BalasPadam
  6. Hihihi... sy tak biasa pakai skirt labuh sebab sy kategori pendek..hehe..
    pernah juga pkai, tapi mcm tak selesa...haha..
    Semua suka shopping kat Zalora tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Zalora bc dia kena take note model yg x berapa tinggi jugak pas ni.
      ambil atie ke plk pas ni..

      kita tinggi melangit, x leh jd model kasut tumit tinggi nanti tergelencos

      Padam
  7. cantik skirt labuh n longgar ni :)

    BalasPadam
  8. Cantik juga skirt labuh ni kan....tapi tak pernah lagi cuba pakai takut tak sesuai...hehe

    BalasPadam
  9. Cantiknya skirt kuning, ramping pingang tu yang cantik :) lama tak pakai skirt ni sebab bawa budak ni, naik escalator tu yang takut, tapi nsk pakai jugak bila bole angkat skit kain ala ala princess tu, tapi now kena pegang anak hehe, colection zalora memang best.

    BalasPadam
  10. OKje dah jarang berkain batik tau PB.....sekarang mmg byk berseluar, kain batik kalau pakai pun lepas mandi je hehe...
    Suka jugak berstylo ni tapi tulah dah katanya rendang dan debab hehe...

    BalasPadam
  11. kalau dah beranak pinak macam tu la..main dan je pakai...x per..lepas ni...jadi vogue gitu...hasil zalora...hehehe...noe biasa gak pakai skirt labuh ni...tapi warna warni sangat tu tak la.....hitam..biru..purple tu ada la..tp semua plain

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, sheila pun suka pakai skirt/dress dan jubah.. seluar kurang selesa sebab perut dah kedepan. hiewhiew ~~~

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...