Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140211

Kadang-kadang sakit pinggang


Aku bersalin umur 30 tahun. Tu pun aku rasa dah tua. Sekarang pun dah rasa sakit-sakit pinggang. Kalau tunduk lama nak mandikan Luth ke..nak basuh ukkk.. aduh sakitnya nak bangun. Tak pasti sebab umur ke ada faktor lain. Mungkin jugak tak  jaga  betul-betul masa berpantang. Makan minum bolehlah berpantang. Bergerak sana-sini memang tak boleh elak. Sapa nak urus. Kena gagah jugak. Oh mak, laki ada jugak tolong, bukan tak tolong. Tapi tahulah anak kecik nak berkepit dengan maknya aje.
Memang banyak perubahan kat tubuh badan ni lepas dah beranak ni…luar dalam.

Mak bidan aku dulu pernah cakap, tak ada apa dah cantiknya bini lepas beranak ni...kalau laki nak yang cantik memang akan jumpa yang lagi cantik. ..tu si kecil tu je pengikat kasih sayang.

 Bila nak tambah anak?...Karang tua dah tak larat.
Sunguh aku gabra bila bulan lepas dia  tak kunjung tiba.
Lega yang amat bila dia menyapa bulan ni. Dia duk datang celop, celop. Dah tak betul janji dia masa aku masih anak dara..sekarang  ikut suka hati dia nak datang bila. Misi kata normal lah tu, lepas bersalin. Tambah-tambah lagi masih menetek.

Kalau boleh biarlah Luth besar dulu baru nak fikir, pasal tu. Biar dia puas menyusu. Biar dia dapat kasih sayang secukupnya. Lagipun lepas 2 tahun baru segar sikit badan ni. Hah, masa tu baru fikir.
Tapi kalau ditakdir Luth nak dapat adik cepat, nak buat camna. Gila ke tak redha. Mestilah kena terima seikhlasnya. Cepat-cepat dapat anak seramai mungkin sebelum tua.




Dalam usia 40 an Siti Khadijah, isteri kesayangan Rasulullah masih mampu memberikan zuriat seramai 7 anak. Maksudnya dalam usia 40-an pun Siti Khadijah masih sihat dan kuat.
Aku.

Macam tak mampu nak kejar dengan umur ni.


11 ulasan:

  1. Kau yang bersalin, kenapa pulak pinggan kau nak sakit? Pinggan akorok ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. pinggan pulak dah.

      kena berurut selalu kot..supaya urat kat pinggan(g) tu tak tegang sangat

      Padam
    2. habis dah..semua sakit..
      hati je dok sakit.. jiwa tenang. hu

      Padam
  2. penat sangat la tu..badan pun perlukan rehat,...urut2.belai2..

    BalasPadam
  3. Aida dulu time lepas pantang anak 1st ..memang tak ter tanggung rasanya sakit itu..mungkin ada salah makan..berurut lah yang terbaik..

    BalasPadam
  4. Kesian pinggan...ko pulak jadi mangsa...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti Khadijah walaupun berusia 40an...tapi tubuh dan barang dia ibarat belasan tahun...Itulah kuasa Allah kepada insan2 yang terpilih...

      Padam
  5. Pengorbanan seorang ibu.Mostly mana2 perempuan yg pernah melahirkan mmg ada alami simptom sakit pinggang dgn sakit urat nu. Imah ni time xkawen lagi pun dah ada sakit pinggang dgn belakang kekadang. Kalau dah bersalin nnt xtaula mcm mana plk. Mintak2 kita semua dlm keadaan sihat selalu =)

    BalasPadam
  6. kalau rezki dtg terima je... aturan Allah tu kan terbaik..

    BalasPadam
  7. salam,

    umur pun sama 30 tahun, bezanya anak dah 3. tp yg no 3 jenis nyusu kuat. lately sakit pinggang sangat...tp alhamdulillah..kebetulan zah dah add suplement skrg, beza jugakla badan tu.

    boleh cuba ostematrix dan b complex.
    zah makan 2hari berturut..alhamdulillah tak sakit dah. :)

    kalau nak cuba habaqla na

    love,
    izzah
    019-4142469

    BalasPadam
  8. Betul la.. Sy pun gitu.. Wat keje angkat2 barang sket ke mandikan budak tunduk2 ke.. Nak bgn aduhaii pinggangku.. Bgn pun mcm robot dh.. Uwaaa lps beranak abis sume urat2.. Bdn dah x mcm dulu kannn

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...