Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140227

Kelebihan anak lelaki sorang

Anak aku sorang ni je lelaki. Kalau dia cakap, adik nak tengok papa panjat pokok kelapa, pas tu terjun… pun aku sanggup. Anak lelaki aku sorang ni je. Tak ada dah yang lain.


Beberapa hari lepas saudara mara kekanda aku datang rumah. Macam biasalah kalau dia orang berborak aku tak masuk campur sangat. Tambah pulak yang datang tu semuanya kaumnya. Aku cuma jadi tukang dengar je la. Jenis tak boleh bantah…kena angguk-angguk je.

Berapa kau beli binatang tu? Mahal jugak kan.
Binatang kijang ni aku beli rm20+ je. Luth tak minat. Mungkin dah besar sikit baru dia nak main kot.


Aku beli kereta bateri kat anak aku. 300 ratus lebih. Tak sampai tiga hari dah rosak. Punah dia godek-godek.

Aku tak habis sangat kat Luth.. Susu pun minum susu Dutch baby je. Murah.

Kecil lagi.. nantilah dah besar. Susu mahal tu bukannya bagus sangat kalau kau baca tulisan orang putihnya. EXYZ bagus. (susu mahal ni), aku bagi kat anak aku sampai 2 tahun.



Saudara aku ni bukanlah orang berada sangat. Kalau yang jenis senang aku tak kisah sangat. Tapi kalau lihat dengan keadaan hidup mereka sekeluarga, aku rasa boleh dikategorikan agak susahlah. Saudara aku ni bawak teksi, baru lepas operate jantung, selalu kena buat rawatan susulan kat hospital. Isteri dan anak-anak dah dihantar ke kampung. 

Aku tak tahu nak rasa kagum ke kasihan. Aku percaya, dia banyak berhabis untuk anak bongsu lelaki sorang ni. Bukan tak sayang anak perempuan yang 3 orang lagi tu. Tapi ni kan anak lelaki sorang.

Sapa tak sayang anak. Aku doa-doa biarlah anak lelaki sorang ni (juga Luth) jadi anak yang soleh. Boleh jadi tempat bergantung mak ayahnya bila dah tua nanti. Ingatlah betapa sayangnya mak ayah sanggup bersusah nak besarkan dia.


Aku bagi Luth susu gantung je, FOC. Dah lah berkhasiat, sedap pun sedap..macam-macam perisa. Ikut mak dia rasa nak melantak apa. Susu Dutchbaby tu buat topup je. 2, 3 bulan sekali baru beli. Tu yang jimat. Oleh kerana Luth pun masih kecil benar dan susu DutchBaby pun sesui aje..aku stay la guna susu murah ni. Tapi kalau ada company susu baca blog ni dan nak suruh aku cuba susu... 
Aku nak..asalkan halal.


24 ulasan:

  1. tingin sgt nak anak lelaki...anak sedara lelaki ramai..hehehe...

    BalasPadam
  2. Kite sendri kadang beli macam2 utk mek tembun kite sorang tuh..excited anak first tuh masih kuat lg..tp berhabis pun ikut kemampuan sendri..prinsip jite senang je, agak2 mampu beli, agak2 xmampu duk ontok2..hehehe..

    BalasPadam
  3. SB ada 2 anak lelaki..semua sama je..susu dutch lady ke baby ke, bagi telan semua.nak kasi susu mahal pon dah sekian berkira belanja..moga besar nanti dorang ni jadi anak yang berguna..aminn..

    BalasPadam
  4. memula dapat anak memang la sumer pon nak beli..asal nengok kita yang eksited..kadang anak tak layan pon..hahahaaaa..dah 2,3 ni kureng dah skit..belanja tinggi kan..kalo beli takleh beli satu..sumer kena adil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betl lah..
      br persan..semua mainan kita beli kat Luth..semua mcm x minat je. huhu..
      maknya yg excited nak beli. anaknya kuis2 gtu je..

      Padam
  5. ramai org berhabis untuk anak... kalau bawa keburukan, kati2 lah kan...

    BalasPadam
  6. Umi Qi pun dari Qi kecil guna susu Dutch Lady gak...mmg doktor ada suggest suh guna susu mahai2 tu...tp kami tetap ngan susu ducth lady sbb kami tahu susu tuh pun setanding dengan susu mahal yag lain...Luth, sgt bertuah punya family yag sgt amik berat terhadap anak lelaki yg seorang...rusa mainan pun Qi ada tp warna ijau hehehhe

    BalasPadam
  7. Sayang anak pun kena tangan2kan... hehe... plg baik ikut kemampuan lah..
    erm! anak sy pun duk minum Dutch Lady Madu skrg ni.. masa baby je dia minum susu mahal skit sbb sy tak dpt baby BF sepnuhnya..apapun susu ibu adalah yg terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisah nak bg susu apa pun..selagi tak membebankan. yg terbaik buat anak tercinta. since dah cuba susu dutch baby yg murah ni, luth pun okey..teruskan je.
      kalau ada yg kata(bukti) susu ni tak baik, tak bagus saya pun akan tukar.

      Padam
  8. Anak bunda 2 lelaki 2 perempuan...selang bunga...lelaki..perempuan..lelaki..perempuan...2 pasang...Cukuplah..

    BalasPadam
  9. biasanya macam tu la kan.. bila sorang tu la di sayang sayang.. di timang timang.. semoga anaknya membesar jadi anak yang tahu membalas budi mak ayah..

    anak2 kami pun susu cap gantung je..da benti susu baru bagi susu tepung.. tu pun murah2 je.. hihi..

    BalasPadam
  10. susu gantung paling terbaik kan hehehe..

    BalasPadam
  11. Sayang anak pon kena berpada2. Tak boleh nak manjakan sangat.

    Suka statement last tu. Qhalif masih susu gantung, Jimat sangat. Bulan april ni saya akan dapat Ijazah dalam breastfeeding ☺☺

    BalasPadam
  12. mungkin itu cara dia expressi sayang dia kpd anak lelaki sorang kot. harap2 anak dia akan jadi anak yang soleh dan hargai kelebihan yg dia ada.

    BalasPadam
  13. Sayang anak pun nak kena berpada-pada, terlebih menunjuk sayang nanti lain pulak jadinya. Saya ada dua anak lelaki, so no komen bab sayang anak lelaki lebih sikit nih :) Mungkin kalau ada satu anak perempuan, yang itu pulak tak tersengaja saya lebihkan berbanding dua anak lelaki ni :) Masya Allah, harapnya tidaklah terjadi kejadian seperti itu... Saya pun main perturunkan aje segala kepunyaan Abang kepada si Adik, mana yang eloklah. Takda masanya saya nak membazir wang membelikan barang yang sama untuk si Adik. Nasib baik mereka berdua minatnya pada certain things aje. Kalau semua pun nak, mahu nangis emaknya nih!

    BalasPadam
  14. Hurm....tak boleh la nak pilih kasih..anak lelaki ke perempuan ke rezeki dan amanat Allah pada kita....tapi mungkin itu cara dia...tak pe lah....Semoga anak dia membesar jadi anak yang soleh dan berguna kepada ibu-ayah...

    BalasPadam
  15. AKAK PUN SUSU CAP GANTUNG MMG BERKHASIAT.. BILA DAH BESO BARU CAMPUR SUSU DUTCH LADY GAK.. AKAK NI SUMA LELAKI.. SORANG AJE POMPUAN.. UMAH TOKSAH CAKAP LE.. PENGSAN..... NENGOK...

    BalasPadam
  16. Hehe.....nampak sgtlah pilih kasihnya pakcik sedara PB tu antara anak pompuan dgn anak lekaki. Pagi tadi Ustazah Hafizah sebut.....menjaga anak ni jgn harapkan balasan dpd anak bila besar nanti anggapkan ia satu tanggungjawab sebab manusia ni makhluk yg lemah .....berharapkah kpd Allah katanya.....Allahu a'lam...
    Elok sangat bagi susu apa apa pun PB...janji sesuai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.
      mak ayah cuma harap doa anak yang soleh.
      anak yg soleh aje yang akan ingat jasa mak ayah.

      Padam
  17. Anak laki-laki biasanya bandel.. lebih suka anak perempuan

    BalasPadam
  18. spe yang tak syang anak.. hehe

    BalasPadam
  19. Petang tadi baru dengar, dalam menjaga dan mendidik anak2 tidak boleh ada unsur pilih kasih...
    Aku tiga2 anak terpaksa bagi susu cap lembu sebab susu semulajadi tak berapa nak ada :-)

    BalasPadam
  20. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    BalasPadam
  21. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...