Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140220

Makanan Luth 6 bulan ni

Aku pernah cerita dulu, aku dah langgar pantang bagi bayi makan seawal 4 bulan lebih. Ni semua angkara laki aku yang tak sabar nak menyuap Luth. Kesian katanya tengok anak terliur tengok orang makan.


Aku ada buat survey, ramai juga pakar-pakar kata seawal 4 bulan bayi memang sudah bersedia untuk makan. Cuma seeloknya tunggu sehingga 6 bulan. Sebab takut bayi tak dapat hadam, alregik atau tercekit. Alhamdulillah, setakat ni semuanya baik-baik je. Luth boleh terima semua makanan yang aku bagi. Aku pun tak adalah mak yang tak bertanggungjawab sangat, dah tentulah makanan yang aku kira berkhasiat baru aku bagi.

Awal-awal dulu,  laki aku yang paling excited gorengkan tepung beras buat bubur kat dia. Tepung tu dia letak dalam tappurware, then bila nak guna, bancuh dengan air panas. Memang Luth suka, senang nak telan. Tapi aku fikir macam-macam. Aku cakap kat laki aku, aku rasa tepung beras tu tak bersih, beras tak basuh..dia mesin beras tak basuh. Even laki aku cakap dah goreng masak-masak…pun aku rasa kesian, anak aku makan benda yang tak best. Ha..ha.

Then aku beli tepung beras perang yang dalam packaging yang cantik dan aku rasa macam organic dan berkhasiat gitu. Luth makan je. Tapi bila aku cuba, rasa pahit dan tak sedap. Betul-betul untuk orang ada penyakit kencing manis. Tawar dan pahit. Kesian Luth. Tak pe, berkhasiat kan. Nak bagi rasa  manis dan sedap sikit, aku lecek dengan buah-buahan. Kadang pisang, betik, buah naga, mangga, ikut stok buah apa yang ada kat rumah. Menyanyi-nyanyi budak ni makan.

Aku ingat tak sampai 5 kali pun aku masak bubur kat dia. Sempat la Luth rasa bubur nasi, ayam, carrot, bayam aku masak fresh-fresh. Betul tak menyempat.  Masak bubur ni lama sangat. Lepas tu, aku rebus banyak sikit isi ayam, goreng carrot dengan marjerin bagi rasa sikit,  simpan dalam peti ais. Bila nasi dah masak,  panas-panas, aku lenyek-lenyekan, campur dengan isi ayam dan carrot yang direbus tu. Campur sikit air panas. Berketul jugak, tapi dia boleh telan.

Bila nak cepat, aku guna beras perang campur dengan isi ayam dan carrot yang dah direbus tu. Beras perang ni selalu aku bawak kalau aku nak tinggalkan rumah lama, macam bailk kampung ke, senang nak bancuh.

Waktu sneknya, aku lenyek buah. Paling dia suka buat betik, pisang dan buah naga. Sebab buah tropika tu lah yang selalu aku beli. Murah. 

Minggu lepas masa pergi shopping singgah tempah makanan bayi. Teringin pulak nak belikan makanan bayi buat Luth. Beli Baby Bites Rusk dengan Cerelac. Wow, sedap rupanya makanan bayi ni. Kalau Luth tak nak makan, mak boleh habiskan. 

Biskut ni buat Luth gigit-gigit. Kotaknya kata perisa sayur, tapi tak rasa sayur.

Yogurt cerelac ni aku rasa manis sangat. Sedap sangat kat tekak mak ni. So, aku campur dengan beras perang . Kurangkan manisnya.

Tu lah makanan budak 6 bulan lebih ni. Aku rasa dah macam-macam sebenarnya masuk tekak budak ni. Gulai ayam, budu pun dah dirasanya. Ni angkara ayah dia.

Mak doa, Luth sihat selalu ye. 


Luth dah naik sebatang gigi belah bawah. Lagi 2 minggu nak masuk 7 bulan. Mak nak tengok gigi dia pun susah. Kena buat dia ketawa dulu baru nampak.. gigi nak sebatang.  

13 ulasan:

  1. Husband husna pun suka bagi makan macam2 kat irfan...aiskrim la...abc la..coklat la..
    tp bagi sikit2 la..kasi dia rasa semua...supaya dia x memilih makanan bila besar nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut gak..kan dia dah rasa yg sedap..x mau susu.

      Padam
  2. anak kite 3bulan..doc beria suruh bagi makan sbb katenye kalau nak diikutkan baby boleh makan seawal dlm pantang..tp tah la..kite rase kite akan bersabo lg 2 bulan..kalau xleh sabo silap2 sama mcm luth..4bulan dh bg makan..ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. doc suruh ek.. kita takut nk ckp nga nurse pun..kan dia suruh bg bila 6bulan.
      4bulan tu just bg rasa2 je.. 5 bulan lebih br start bg betul2.

      Padam
  3. kalau ikut doc umur bgitu sesuai..tapi masa kecil dulu2 kala..masih ingat mkn pisang lecek..lawaknya baru lahir plk tu..

    skrg kena ikut ckp org pakarlah 6 bln baru bg..tapi tak tentu juga kalau anak lelaki..mmg kuat mnyusu..sampai kering air susu selayaknya bg buburlah..btlah cair2..in shaa Allah selamat..

    BalasPadam
  4. takut jugak nak bagi makan apa2 sebelum 6 bulan

    btw, luth sihat and boleh terima apa2 sje^^


    : Kurus Macam Olive Oyl Popeye

    BalasPadam
  5. Kenyang dah Luth kalau cam tu. Budu, gulai ayam semua dah merasa :) Saya ikut peraturan aje masa si Adik kecik dulu. Katanya 6 bulan baru boleh makan, 5 bulan 29 hari saya bagi dia makan.

    BalasPadam
  6. My niece dulu lepas sehari balik dari hospital neneknya dah blend kan nasi halus-halus-halus giler. Sebab dia asyik bising aje tengah malam. Lepas sumbat terus lena tidur.

    BalasPadam
  7. Huhuhu...macam-macam dia dah rasa kan..takpelah bagi dia merasa tapi jangan selalu..huhuhu..Medina dulu je berpantang ni dah setahun lebih,semuanya dia telan..hehee

    BalasPadam
  8. kalau buleh jgn bagi segera2 ni...dia kecik lagi...kena rajin masak dan buat stock... ada byk tips nak buat stock bby food utk 2 3 hari...

    BalasPadam
  9. baby mmg la tgok kita mkn mmg intereted..seeloknya bg makan masa 6bulan.tpseawal 4 bulan okla..klulg walkesian sgt..usus baby kecik2 dh keje keras..

    so far makanan afia semua sy msk sendiri..buat puree buah, puree sayur.pastu msk bubur..sy tak pernah beli cerelac ni semua..

    sukalah luth semua benda dia dpt merasa dh ye

    BalasPadam
  10. Wah untung luth dapat makan awal hehe...Rajin betul mama dia masakkan...dulu okje ikut time PB hehe...6 bulan makan, 6 bulanlah okje bagi makan ...

    BalasPadam
  11. cayalah lutah dh makan budu.
    smga luth mmbesar sbagi anak soleh.aamiin

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...