Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140226

Merangkak pun belum pandai

Ada hati nak berdiri.



Aku rasa Luth ni dah tak boleh merangkak. Ada lah sesekali tengok dia angkat punggung macam nak merangkak..baru setapak 2 dah berhenti. Akhirnya, turunkan badanya.. heret la badannya. Lambat benar nak merangkak. Tak sempat nak ekor mak. hah.

Menjelang 7 bulan ni, asyik nak bangun je. Kalau aku baring, jadinya aku ni tempat gantung dialah. Dapat diri, lepas tangan satu..pastu 2 belah. Pas tu nak jatuh..hah..dah aku tak boleh baring-baring, rehat-rehat..ha.. Tertonggeng-tongeng punggung kat muka aku, sibuk nak berdiri. 

Kalau duduk sendiri dia tak berapa pandai lagi. Tapi kalau nak makan aku dah boleh dudukkan dia, lekat lamalah jugak dia duduk sendiri tanpa sokongan. Makan dah tak berapa nak sambil baring-baring. Dah besarkan..mana boleh makan sambil baring.

Kena buka sikit baju time nak makan..tak nak dia, kalau aku pakaikan bip. 

dah besarkan.. huh.


Kagum betul aku.hah.




22 ulasan:

  1. Amboi...nak berdiri terus ☺☺

    Tapi ada budak macam ni. Kekadang meniarap belum tapi terus merangkak.

    BalasPadam
  2. Dia x sabar nak berjalan berlari tu.....comel je tengok dia buka baju...hehe

    BalasPadam
  3. Nephew aku pun berdiri dulu baru merangkak.

    BalasPadam
  4. Budak sekarang nih memg cepat je blaja...main langkau je kan

    BalasPadam
  5. Anak sulung dan ke tiga kakak tak merangkak mungkin Luth jenis macam ini. Sebaik berdiri dia mula memapah dan tak lama jalan. Ada juga budak tak merangkak tau PB.

    Cumiiillll sangatlah kakak suka tengok:)

    BalasPadam
  6. comelnya..anak SB yang pertama tak merangkak guna lutut..dia buat mcm spiderman.merangkak guna tapak kaki dan tangan, tertonggeng la jugak rupa dia..

    BalasPadam
  7. anak akak pon jenis tak merangkak ..terus berdiri memapah jer then jalan 2 ,3 tapak..
    10 masuk 11 bulan dah jalan jatuh..kira cepat la..tapi biasanya cepat jalan tapi lambat tumbuh gigi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. gigi nan sebatang.. coming soon 1 batang lagi comel2.

      Padam
  8. Comelnya, advance tu dah nak berdiri berjalan tu, cerdik nampak Luth ni.

    BalasPadam
  9. besar dah awak luth.. tak lama lagi jenuh la mommy awak kepung.. hahaha..

    BalasPadam
  10. he3 bib tu rimas kot... asal dia makan, ok jer kan...

    BalasPadam
  11. seronok tengok anak membesar.. dari kecik abadikan dalam blog untuk jadikan kenangan.. ;)
    waktu-waktu macam ni buat jadi geram tengok budak macam ni.. rasa nak gomol2 je dia.. ;)

    BalasPadam
  12. Luth dah besar..Aqil dulu pun 9 bulan baru start merangkak lepas tu 11 bulan dah jalan..lain anak lain development nya..ibu sabar ye..tak lama lagi Luth dpat kaki jenuh nak kejar pulak..

    BalasPadam
  13. mungkin dia takkan merangkak kot, biar la dia. Jelita dulu pun tak pandai merangkak.

    BalasPadam
  14. saya nak terus jalan la mommy…. tak rock kalau merangkak ni.. hihihi
    Bila Luth dah dapat kaki, mommy pula tak menang tangan nak kawal :)
    Alamak, seksinya Luth masa makan….

    BalasPadam
  15. geramnyaaaa ada baby...baby sy dah besar...hahahaa..

    BalasPadam
  16. Alahaiiii Luth,
    Bijak ye kamu wahai anak...belum pandai merangkak lg dh nak berdiri...cita-cita mesti besar ye dak...baru luas pemandangan hehhehe...suka tgk wajah Luth...mendamaikan...nama pun sedapppp....

    BalasPadam
  17. Alahai kecil-kecil dan beraksi seksi gitu :)

    Ada juga budak yang tak merangkak terus berjalan. Kiranya Luth ni nak skip satu levellah tu. Bagus juga kalau cam gitu.

    BalasPadam
  18. Alololo...kacak nya kamu Luth..hihihi ...

    BalasPadam
  19. Tak sabo nak jalan kot luth tu sampai skip merangkak hehe....

    BalasPadam
  20. nak skip merangkak la tu... heheh kalau cepat berjalan boleh ikut mommy jalan2 kat shopping kompleks. heheheh

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...