Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140221

Nak berkepit je

Luth dah makin cerdik. Macam biasa pagi-pagi lagi dia dah bangun. Biar semalam tidur jam 12 malam, paginya dah bangun. Sama sibuk dengan mak ayah dia nak pergi kerja.  Sekarang dia dah reti hulurkan tangan minta didukung. Mulut pun berkicau, walaupun cuma bunyi huh..hah..huh..hah.

Macam biasa, sebelum pergi kerja aku cium dia.

Luth, 
Be a good..good boy in the world today.
Tak mau nangis-nangis, susahkan Tok Ma.
Kalau ngantuk tidur dulu.
 Petang nanti, tunggu mak balik.
Mak bawak balik susu banyak-banyak…


Pagi tadi dia tak menangis. Dia cuma renung aku masa aku letakkan dia kat tilamnya. Mulutnya huh..hah..huh..hah..tangan nya terawan-awan.

Aku biarkan.

Tapi hati ni sayu. Lama aku kat pagar rumah.
Rasa tak nak pergi kerja , nak duduk rumah je. Nak duk rumah dengan Luth.

Tapi, ada banyak lagi benda nak difikir. Nak dikira.

Aku selalu tepek gambar dia kat blog,

1. Sebab dia comel


2. Sebab aku selalu rindu dia.

9 ulasan:

  1. samalah kita selalu rindu anak, semua mak macam tu...

    BalasPadam
  2. dahi luth mcm mak die hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak mak aje? Siaannn bapak nya. Penat jugak tau berusaha.

      Padam
  3. Haha.. mmg comel Luth ni. Mmg buat orang geram tgk dia

    BalasPadam
  4. Sama le sebabnya saya selalu tepek gmbr dia kat blog. Agaknya budak yg bernama Luth ni mgm comel kan? Hehehe.. Okay, ayat perasan drpd mama Luth.

    BalasPadam
  5. Alahaii...comel..memang pon,bila dia dah semakin biasa dengan bau dan keadaan bile kita ada,dia akan dan selalu nak berkepit..hihihi...

    BalasPadam
  6. Luth mmg comel mata dia mcm Apek penjaga gol tu PB!
    Kalau merindu dgn Luth mmg kena letak gambar senang mama nak tengok hehe...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...