Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140228

Panik air nak kena catu


Aku ingat Rawang tak terlibat dengan catuan air. Aku duk gelak kat mak aku yang panik, tadah semua baldi air kat rumah lepas Tan Sri Khalid bagi tahu nak catu air serta merta esoknya. Then tangguh sampai khamis dan sampai hari ni masih ada air lagi.

Baldi air pun dah kosong, takut jadi tempat pembiakan nyamuk pulak. Tengok-tengok hari ni dah confirm, Rawang pun kena catu bermula Ahad ni. Tu lah kata, dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan. Aku rasa cukuplah kot baldi-baldi kat rumah tu nak isi air. Kalau korang tak ada lagi tong air, cepat-cepat beli...aku takut nanti tong air pun naik harga esok.


Nampaknya esok aku kena pulun habis-habisan membasuh baju besar-besaran. 

Rawang ikut Zon 2. Ahad dan Isnin ni tak ada air.
Lain-lain kawasan boleh search kat Syabas.


Kilang aku pun dah kalut, kena prepare kalau-kalau machine nak kena shut down. Kalau air tak cukup, cooling system tak function, machine pun tak dapat nak operate. Tak tahulah berapa lama machine ni boleh bertahan. Ni kali pertama berlaku sejak aku kerja sini. Adohai, macam-macam kalau tak ada air ni.





Sekarang ni musim panas. Nak kena minum air banyak-banyak nanti terhidrat.
Bila banyak minum air ni, asyik rasa nak terkencing pulak, dah masalah.



11 ulasan:

  1. dugaan sungguh kalau x de air... kena catu pon da rasa lain mcm, xde air lagi la mcm-macam kan...

    BalasPadam
  2. khabarnya ada 4 negeri lagi bakal dicatu air...jadi bukan selangor sahaja...hu hu hu, sebab air di empangan mereka pun dah mula surut...

    BalasPadam
  3. putrajaya blom lagi...tp dah standby dgn 4 tong besar kat umah tu...takot tetiba air kena stop tanpa notis, naya..

    BalasPadam
  4. ehhhh..rumah saya pun kena la...alaaaaaaa....x best arrr

    BalasPadam
  5. kakak saya duk bukit sentosa, dia kata air kejap ada kejap xde

    BalasPadam
  6. Kalau rawang kene gombak kene gak ker??...panic panic..;)

    BalasPadam
  7. hihihi...sama2 la kita merasa yer....

    smoga cpt2 selesai masalah air ni...

    BalasPadam
  8. Hubby kerja kat rawang...tp belum bunyi pulak air kena catu ....
    Syukur kawasan rumah OKje ni belum lagi...

    BalasPadam
  9. noe awal2 dah tampung...walaupun taman x ada dalam list...prepare je..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum, tadi risau gak nak membuang air besar kat ofis. tengok air takda. nak solat lagi. rupanya ada makcik tengah siram pokok kat luar. dia tutup paip. adehhh lega hati ~~~

    BalasPadam
  11. kat sini pun dok kena catu je airnye.. heee-
    salam singgah dan follow.. :)

    http://aniszahirah87.blogspot.com/

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...